inara || 07

3.2K 130 1
                                    

Jam menunjukkan tepat 12malam. aku bersandar di kepala katil, alang alang nada sudah tidur bersama opahnya. aku membuka telefon pintarku, nombor telefon anaqi ditekan.

aku beri salam, mendengar suara garaunya seperti baru sahaja bangun daripada tidur, maaflah kalau kacau.

"sorry kacau, boleh kita jumpa esok pagi? alang alang esok holidays, saya tak bawa nada, kita berdua."

hening.

"hm.. okey, share location, bye" berat saja suaranya, terus talian diputuskan oleh pihak sebelah.

aku naik menyampah, kurang hasam punya mamat! selamba badak dia aje malas malas nak bercakap dengan aku. tau lah baru bangun tidur, bersyukur lah sikit.

aku terus meletakkan telefon jauh daripada diri aku. malas mahu main telefon, novel disebelah rak tidurku, aku capai. aku seorang yang ulat buku.

pergi kemana mana, mesti aku akan bawa buku, untuk dibaca kalau ada peluang, peluang tidak boleh disia siakan, daripada aku bermain telefon macam generasi sekarang, ada faedahnya aku membaca buku.

buku yang berunsur genre fairytale itu aku buka, menghayati setiap helaian helain kertas, banyak isi tersurat dan tersirat yang dapat aku pelajari walaupun hanya kisah dongeng.

aku sangat suka membaca cerita dongeng, aku terlebih banyak koleksi novel tentang fairytale.

dongeng merupakan sebuah cerita khayalan atau cerita yang tidak benar-benar terjadi. pada umumnya dongeng memiliki sifat menghibur dan mengandung nilai pendidikan.

dongeng ini sendiri dikarang dan diceritakan kembali secara berulang-ulang oleh orang. Cerita tersebut dibuat karena terinspirasi dari suatu peristiwa.

dongeng ini juga merupakan suatu warisan dari nenek moyang yang secara turun temurun perlu untuk dilestarikan keberadaannya. Walaupun benar atau tidaknya suatu dongeng tersebut perlu dipertanyakan kembali.

dongeng ini sendiri merupakan karya sastra yang dapat membangun sebuah karakter anak untuk belajar berimajinasi.

aku sangat suka berimajinasi sama ada cerita itu sedih ataupun gembira. entah.. kadang kadang aku berhayal nak jadi princess dan ada fairy godfather tak pun prince charming.

aku ketawa sendiri memecahkan kesunyian didalam bilik aku, aku tutup buku novel dan melatakkan semula di rak. badan aku rebah.

aku tenung siling atas. lagu carol of the bells yang dimainkan oleh anaqi terngiang dibenakku, bulu roma mula tegang. lagu yang memang sangat aku sukai, lagu itu sendiri mengingatkan tentang cerita fairytale tadi, ya!

tak boleh aku menafikan bahawa anaqi berbakat dalam memainkan violin. aku pernah dengar dari media social.. harga violin ini paling mahal dalam sekitar enam belas ribu.

fuh.. mahal babe.. anak orang kaya biasalah.. aku ini enam belas ribu boleh beli gelang emas untuk nada dan aku, silap hari bulan aku beli sebijik rumah.

sekejap kelopak mataku buka tutup, aku cuba melelapkan diri aku, tapi hampa. entah kenapa malam ini aku tak bisa tidur, aku kembali bangun dan bersandar di kepala katil.

bila aku melirik jam dinding, tepat pukul 1pagi, lewat sangat ni. aku menghela nafas panjang, kaki aku melangkah masuk kebilik air untuk membuat solat istikharah.

aku risau, takut, sangsi dan asyik terfikir yang mana satukah pilihan yang terbaik untuk aku, ataupun anaqi, aku cuba berdoa supaya takdir kedua aku adalah dia.

antara tanda kebergantungan kita kepada Allah adalah dengan memohon petunjuk daripadanya dalam melakukan apa apa perkara, terutamanya apabila melibatkan keputusan yang berat dan besar untuk diputuskan.

dengan sekali lafaz aku niat dan mengangkat takbiratul ihram dan meneruskan rukun solat yang lain.

solat sunat dua rakaat aku selesaikan. aku berselawat keatas nabi dan membaca surah surah pendek yang aku hafal. kedua telapak tanganaku mengangkat untuk berdoa.

Ya Allah, aku memohon pilihan yang terbaik daripada-Mu menurut ilmu-Mu. Aku juga mohon takdir yang terbaik menurut takdir-Mu.

Aku mohon limpah kurnia-Mu yang agung, kerana hanya Engkau sahaja yang mentakdirkan bukan aku yang mentakdirkan.

Hanya Engkau sahaja yang tahu dan aku tidak tahu. Hanya Engkau sahaja yang mengetahui ilmu ghaib.

Ya Allah, jika Engkau tahu perkara ini baik untuk diriku, untuk hidupku dan untuk matiku, atau Baginda bersabda; Untuk urusanku di dunia dan akhirat, takdirkanlah ia untukku kemudian berkatilahku dalam urusan ini.

Jika Engkau tahu perkara ini tidak baik untukku, untuk agamaku, untuk hidupku dan untuk matiku, Untuk urusanku di dunia dan akhiratku, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah diriku daripadanya.

Takdirkanlah diriku beroleh kebaikan yang sepatutnya kemudian buatkanlah diriku redha dengannya. Seterusnya nyatakanlah hajatnya."


aamin ya Allah. aku terus menggosok kedua telapak tanganku dan disapu rata oleh setiap sudut badanku. aku rasa lega apabila solat sunat. aku kembali baring diatas katil, sedikit demi sedikit pandanganku mula gelap, tidur.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now