anaqi || 02

4.7K 213 6
                                    

AKU berhenti tepat di hadapan rumah wanita itu, aku keluar untuk membantu membuka pintu. melihat wanita itu mendukung anak daranya yang baru sahaja bangun.

tangan aku gatal mencubit pipi gebu milik budak itu. geram. teringin pula nak ada anak.

"comelnya kau budak.. apa nama?" soalku seraya menyikat rambut perang miliknya dengan jejari ku. kusut betul. mak dia ni tak nampak ke?

"inada alana, uncle can call me nada, matching nama dengan mommy tau! inara and inada" tutur budak kecil itu.

nada? nara? like daughter like mother lah ni? aku tersenyum segaris. pandai kan kau budak speaking, agak agak berapalah umur kau kan?

"nama uncle anaqi, panggil daddy pun boleh" aku senyum sinis pada ibunya yang digelar inara sebelum kembali melihat nada.

"daddy anaqi? kahwin dengan mommy kita lah kalau macam itu, mommy pun dah single mom" kata nada yang tersengih dan mengeliat gedik. 5 batang giginya kelihatan.

"nak ke nada terima uncle? nanti uncle lah pulak dukung mommy.. asik mommy je dukung nada, ye kan?"

aku ketawa, geli hati melihat inara yang mendukung nada menjeling kearah aku tajam. menyampah ke tuuu.

boleh lah kesempatan aku nak mengurat mak dia, alang - alang dah janda anak satu. bekas pun bekas lah! asalkan apa yang aku nak aku dapat.

"thank you, menyusahkan awak harini, dah tolong belanja air dengan hantar saya balik. saya tak tahu nak balas budi macam mana"

lembut sahaja aku mendengar suara wanita ini. sekali sekala ia mencium pipi anaknya yang hanya mengeliat apabila didukung.

"jom kah-" aku senyum nakal, sahaja ingin bergurau. nada pula hanya ketawa dengan suara kecilnya.

"eh jangan nak mengarut ya encik!" tegasnya lalu menjeling kearahku, aku dapat menangkap pipi merahnya.

aku hanya melihat figura inara dan nada yang sudah mula beredar pergi untuk masuk kedalam rumah.

"bye daddy!! nanti kita jumpa lagi ya!" sempat aku dapat mendengar suara nada yang melambai kearahku, inara pula sibuk mengunci pagar rumah.

aku memberikan flying kiss pada nada lalu masuk kedalam kereta dan menekan minyak.

semasa perjalan ingin pulang, aku tersengih sengih seperti kerang busuk, entah.... figura nada sentiasa ada dalam fikiranku semenjak aku jumpa dia.

seorang yang tembam, putih melepak,pipi merah, gebu kulit putih,mata bulat, semua ada di tubuh nada, ikut ganetik emaknya lah ini. kalau perangai? bapak?

tak! tak ada bapak! aku tersenyum sinis. sesi memikat bermula. dah jumpa jodoh.. tunggu inara, kau tunggu!

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now