anaqi || 24

2.3K 91 2
                                    

"termenung apa anak teruna?" soal ayahanda seraya menghampiri aku dan melabuhkan punggungnya bersebelahan.

aku terbangun daripada lamunan, memberikan senyuman nipis pada ayahanda aku, Tuan Anzar.

"ayahanda.. macam mana permulaan kisah cinta ayah dan bonda?" soal aku basa basi.

nama naila inara, simpan didalam hati aku buat selama lamanya, namanya juga sentiasa berlegar didalam fikiran aku seraya melihat kelangit yang tenang.

"ayahanda mana pernah cinta antara satu sama lain, bila sudah berkahwin baru ayah dan bonda bercinta" ujar Tuan Anzar.

aku hanya mengangguk faham, anak mata tetap melihat kearah langit biru, menghela nafas dan rambutku diraup.

nikah dulu baru bercinta menunjukkan lebih ikhlas pada pasangan, aku tak menafikan. selepas kahwin adalah satu idea yang menarik dan ada keindahannya yang tersendiri. malah, fasa percintaan itu lebih halal dan berkat, serta boleh mendapat pahala.

"macam mana kalau anaqi bercinta sebelum nikah, dan selepas bernikah i will always be with my wife"

aku menoleh kearah tuan anzar tanpa berkelip, tuan anzar memberikan aku ketawa kecilnya beserta menepuk nepuk bahuku.

"tak salah.. naluri semula jadi manusia memang macam itu. dengan cinta juga dapat melembutkan hati yang keras, mampu mendekatkan jiwa yang jauh, merapatkan yang renggang"

kata ayahanda lembut, setiap ayat yang dilontarkan olehnya masuk ke hati, memang benar. selepas sahaja kedatangan wanita itu hidup aku berubah, banyak kawan, tidak mudah putus asa dan peramah, benda yang tak dijangka.

aku mendengus kasar, rasa beban yang berat menimpa diri aku, entah kenapa berdebar debar, takut untuk menjadi milik inara, takut gagal menjadi suami yang baik.

setiap perkahwinan itu semestinya mempunyai ujian dan cabaran yang mesti ditempuhi oleh setiap pasangan. adakalanya terdapat salah faham dan pengabaian tanggungjawab berlaku daripada suami atau isteri.

perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana Islam meletakkan kasih sayang dan saling mencintai sebagai asas utama dalam perkahwinan.

kaki mengorak langkah masuk kerumah dan bersiap sedia untuk sebentar lagi, rasa gembira, takut semua ada, bercampur aduk. tanpa disedari bibir menguntumkan senyuman.

"naila.. naila.." meleret suara.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


JAM menunjukkan pukul empat petang, selepas habis sahaja perbualan kami sekeluarga dan juga keluarga wanita itu, aku berasa lega, tiada masalah yang kami hadapi semasa berbual.

sekali sekala kerling kearah jam, aku berada diluar rumah dan bersandar didinding itu seraya memeluk tubuh.

melihat seorang wanita yang ayu berlari anak pada aku, aku melirik seraya tersenyum sinis, badan aku ditegakkan.

"kenapa datang sini?" soal aku basa basi dan membosankan.

"terima kasih.."

aku hanya mengangguk perlahan, paham maksud disebalik terima kasih itu. terima kasih kerana terima perempuan macam dia, janda. aku tersengih.

"thank anaqi, sebab terima saya, walaupun saya banyak kekurangan"

kekurangan? tiada istilah kekurangan untuk orang yang kita cintai, aku menghela nafas panjang.

"aku pun banyak kekurangan" sahaja aku ingin menguji dirinya supaya ia sedar bahawa 'kekurangan' itu tidak ada kalau pasangan saling bertolak ansur.

"mana ada awak kekurangan! awak sempurna lah dimata saya dan orang sekeliling" tegas sahaja suaranya seraya memeluk tubuh dan memuncungkan bibirnya seperti itik.

aku gelak kecil sambil mengurut tengkuk aku yang agak sakit. kecomelan attack apakah ini?

"sekarang kau dah rasa kan macam mana perasaan aku bila kau kata kau banyak kekurangan." dingin suara aku seraya memeluk tubuh.

anak mata hazelnya aku renung tajam.

"tengok aku"

dia menundukkan pandangan, mungkin baru sedar kesilapan atas dirinya. aku kemam bibir, menahan ketawa melihat reaksinya.

"i said look at me naila" ayat terakhir aku tekankan dan suara aku agak keras berbanding sebelumnya.

laju kepalanya mendongak, aku menunduk melihat tubuh badannya yang kecil dan agak pendek.

"there is no point in lacking from the two of us, kalau rasa ada kekurangan, kita saling melengkapi. cinta tak harus mencari kekurangan dari pasangan. yang terpenting bagaimana saling melengkapi dalam kekurangan."

ingat , di dunia ini tidak ada manusia yang sempurna. setiap orang memiliki kekurangan dan kelebihan.

begitu juga dengan pasangan, kita pasti akan menemukan setiap kekurangan dalam proses hubungan. namun, faktor kekurangan inilah yang menjadi kunci agar pasangan lebih peka, saling mengerti, dan melengkapi satu sama lain.

"tapi awak..."

"no but naila, apa function kita nikah kalau macam tu. kita bukan mencari cinta. namun, cinta yang menyatukan kita. saling melengkapi hingga akhirnya menjadi cinta yang sempurna."

aku menghela nafas panjang, melihat wajah kemurungannya kerana sedih membuatkan aku simpati.

"kenapa nak menangis sayang... orang cantik kena senyum". meleret saja suara aku padanya.

"saya bersyukur awak terima saya, saya.. saya tak kerja, belajar tak pandai, janda dan banyak lagi, awak belajar sampai degree sedangkan saya lepas spm terus kahwin betapa siksanya hidup saya"

aku meraup wajah, aku benci, benci melihat wanita itu sedih bersama suaranya yang agak lembut, aku tak nak tengok dia sedih, tolong gembirakan dia Ya Allah.

"naila tengok aku"

"kau tak kerja? bukan masalah. sebelum ni aku kerja untuk siapa? untuk kau naila. untuk halalkan kau, untuk tuntut segala kemahuan nada"

isteri tidaklah diwajibkan oleh syarak untuk menanggung keluarga sebagaimana yang ditetapkan ke atas suami. oleh itu, tidaklah salah jika wanita memilih untuk berhenti kerja dan tidak menyumbang kepada nafkah keluarga bersama suami.

"kau tahu kan syaraknya?"

dia mengangguk perlahan, melihat matanya berkaca membuatkan aku ikut sedih dan simpati terhadapnya.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now