inara || 03

4.4K 177 2
                                    

AZAN magrib mula berkumandang, nada anakku aku mengajar ia ilmu agama, tentang solat, aurat dan lain - lain, dia dengan kusyuk solat magrib bersama opah dan atuknya.

alang - alang aku tengah cuti hari ini, aku hanya merehatkan diri dan menonton tv diatas sofa yang empuk.

selepas beberapa bulan aku bercerai, aku memang kembali menetap dirumah ayah dan ibuku, aku dihalau keluar daripada rumah bekas suami aku dengan keras.

aku tak terfikir untuk membeli rumah.. rumah ibu dan ayah aku sudah cukup aku berselasa disini bersama nada.

aku mula menongkat tanganku ke dagu, anaqi. lelaki itu mula berlegar di fikiran aku beberapa saat, siapa lelaki itu sebenarnya.. baik dan pemurah walaupun tak murah.

aku mengukir senyuman, entah kenapa bila aku dengan lelaki itu aku rasa selamat. kacak, gentlemen, mata kelabu badan tegap.. sah! aku jatuh cinta.

tapi kalau aku jatuh cinta sekali pun.. dia nak ke aku yang janda ni? yang dah jadi bekas isteri orang, lagipun aku banyak kekurangan.

"mommy!" jerit nada selepas saja dia habis solat seraya melompat keatas aku untuk diriba. aku tak mahu riba dia! sudahla gemok! tak nak!

aku meletakkan nada disebelahku. kaki nada dihayun hayun semasa duduk, kaki pendek memang.

"mommy can i ask you something?"

aku mengangguk dan tersenyum nipis kearah nada seraya mengusap pipinya dengan lembut.

"nada nak jumpa daddy lagi.. please mommy..." meleret saja suara nada, kedua telapak tangannya dirapatkan tanda memohon.

aku menghela nafas panjang. daddy.. daddy.. uncle nada, uncle! dia bukan ayah awak nada!

"uncle, nada.. he's not your father" aku memegang kedua pipi milik nada dan mencubit pipi gebunya, geram.

"nada still want to call him daddy you know mommy... please mommy.. nada nak jumpa daddy" dia terus memohon dan menggoncang lengan aku.

aku menghela nafas panjang. mula la perangai budak ni, satu hal aku nak cari dia punya daddy jadian. mana aku nak cari woi.

"mana mommy nak cari daddy awak tu? kita baru kenal dia sayang" tutur aku lembut, kenal tapi tak kenal.

hening.

"nah! nombor daddy!"

terbeliak mata aku bila nada menghulur satu kad bewarna putih, kehilatan jelas ada nombor diatasnya. aku memang syak tu nombor daddy kesayangan jadian dia. sapa lagi kalau bukan nombor mamat tu.

aku mencapai. "mana nada dapat ni?! pandai pandai eh buat kerja senyap senyap belakang mommy?!"

nada ketawa kecil sambil memegang perutnya menggunakan kedua tangan.
apa yang lucu nya aku pun tak tahu.

"masa dekat taman.. daddy suruh nada ambil ni masa mommy tak sedar, daddy says... daddy will miss me" katanya.

aku ketawa hambar lalu menggelengkan kepala. nada ni bijak orangnya, dah pandai buat kerja belakang aku tanpa aku sedar.

"lepastu? nada nak suruh mommy call uncle anaqi?" soal aku sengaja! nak aku call mamat tu memang lambat lagi! dia ingat aku ni apa?

nada mengangguk.

"daripada nada nak call uncle anaqi.. baik nada doa dekat Allah biar dipertemukan lagi buat kali kedua dan seterusnya, mana boleh mommy nak call anak teruna orang macam itu aje. tak elok."

aku mula membebel. nak marah sangat tak boleh, merengek sudahla kuat gila, bingit telinga aku dibuatnya, nasib comel.

"okey okey.. nada tidur dulu ya mommy. dengan opah tau! ecok sekul"

aku mengangguk dan tersenyum, aku mengucup dahi nada dan memeluknya erat sebelum figura nya menghilang dari penglihatan ku. sayangnya aku pada budak ni.

nada melambai dan beredar, kad yang dihulurkan oleh nada tadi aku tenung lama. telefon pintar aku capai. cuba tambah contact dalam whatsApp aku.

aku berada dalam chat anaqi, nak chat ke tak mahu ye agak agak.. banyak kali aku fikirkan benda yang sama. aku tenung lama telefon ku. tak inara!

aku laju menutup telefonku dan berlari ke anak tangga untuk masuk kedalam bilik. buat apa? aku nak tidur. mata rasa berat yang teramat. keluhan dikeluarkan sebelum mataku mula gelap.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now