inara || 09

3K 117 4
                                    

Laju terjaga dari mimpi, nafas aku mula sangkut, naik turun dada aku dengan laju. rupanya aku baru sahaja bermimipi aku berkahwin dengan anaqi.

dahiku yang berpeluh aku lap menggunakan lengan belakang aku, jam menunjukkan pukul 9 pagi, aku sudah berjanji untuk betemu dengan anaqi.

setapak aku melangkah masuk ke bilik air dan mula membersihkan diri. aku mengenakan skirt ruffle hitamku bersama baju hitamku dan selendang.

menghias mukaku dengan sedikit solekan untuk menutup cela wajahku. apabila aku berlari turun kebawah, kelihatan nada sedang sarapan pagi bersama mama.

"morning mommy" sapa nada pada aku seraya makan koko crunchnya bersama susu.

"morning.. nada mommy keluar sekejap, nanti mommy balik" aku bergegas dan tergesa gesa untuk hari ini, aku memberikan satu kucupan hangat pada dahi nada dan menyalam mama sebelum beredar pergi.

kereta honda civic aku pandu laju, sekali sekala melihat deringan daripada telefon aku entah dari mana. bila sahaja sudah sampai di destinasi ditetapkan. aku terus keluar.

masuk kedalam mall dan mencari cafeteria yang anaqi cadangkan, mata aku tak berhenti melihat setiap sudut untuk mencari, risau kalau lambat. ini semua salah mimpi!

aku mengeluh kesakitan, dahiku terasa adanya seperti dilanggar dada bidang milik seseorang, laju kepala aku melihat kerahnya, membutang mata aku.

"ha tulah! jalan tak tengok depan!" aku bebel kearahnya, memeluk tubuh dan menjelingnya tajam.

terbeliak mata aku apabila kesan lipstick dibaju kemeja hitam milik anaqi terlihat jelas, aku tercium.

dia ketawa nakal kearahku tanpa memberikan sebarang respon."jom" katanya singkat. aku hanya mengekori dari belakang.

aku duduk, dia duduk. hening.

dia menongkat dagunya, aku tenung anak matanya lama. suasa aku dan anaqi senyap sementara.

"so? what you want to say?" saolnya dingin, kening sebelah diangkat.

aku menghela nafas, cuba menenangkan diri dan mengambil nafas sebelum berkata kata, aku buntu dengan jawapan aku sendiri.

"saya tak tahu macam mana nak beritahu awak, saya buntu" jawapku dengan sedikit kecewa, kepala aku dibaringkan keatas meja sebelum naik semulam.

anaqi binggung, dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada diri aku, dia hanya diam dan merunung tajam anak mata hazelku.

"nada..." meleret suaraku.

"nada?"

aku mengangguk. "inada alana, dia perlukan awak. hari hari merengek nak dekat awak"

aku tak nafikan, aku rasa baru tiga hari menjelang, nada dan anaqi sudah rapat, tak ada rasa janggal pada riak wajah nada setiap kali bertemu anaqi, sedangkan aku..

"maksud kau?" soal anaqi padaku. ia duduk agak tegak dan memeluk tubuh, riak wajahnya bertukar beku.

"she asked me that I didn't want to marry you, mommy tak mahu berkahwin dengan daddy ke?" aku cuba menenagkan diri.

ayat yang dilontarkan oleh nada aku imbas semula, aku pejam mata.

"nada kata awak layak jadi daddy dia, dia kata awak tak sama macam papa, papa jahat. " aku sambung.

hening. aku melihat anaqi yang seribu bahasa, meraup wajahnya kebelakang. jantung aku muka bekerja dengan laju.

semalam aku solat istikharah dan selepas solat, aku terus bermimpi anaqi aku berhakwin dengannya. adakah ini sebaik petunjuk allah?

ini membawa erti bahawa solat istikharah adalah satu cara memohon petunjuk dan jalan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dihadapai. ianya adalah satu sunnah yang diajarkan oleh Nabi saw kepada umatnya.

aku mengela nafas, aku yakin allah sebaik baik perancang.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now