inara || 45

1.5K 60 1
                                    

mencecah empat bulan perkahwinan aku dan anaqi, kami bahagia walaupun sering bergaduh. gaduh gaduh manja gituw. tetapi, tentang konflik di united kingdom tidak akan pernah aku lupakan. dan kewujudan haraz aku tak tahu, sama ada hidup ataupun mati.

aku duduk diatas katil, menongkat dagu. benak aku tiba tiba memikirkan tentang kerja, aku mana pernah kerja, semua makan minum aku anaqi yang tanggung, hish..kesian suami aku dapat isteri beban.

aku melihat anaqi yang sedang sibuk menaip naip dipapan kekunci komputer ribanya, busy sangat tentang syarikatnya, mentang mentang ceo. dia duduk diatas meja kerjanya, manakala nada sedang bermain anak patung dibawah lantai, aku ajaknya main diatas katil, dia tak mahu.

"abang" aku menyeru namanya. laju ia menoleh,  mengangkat kening sebelah seraya menayangkan wajah yang kosong.

"yes zaujati" dia mula bangun daripada duduknya dan melompat keatas katil mendekatiku membuatkan aku ketawa kecil. dia membaringkan tubuh seraya kepalanya diatas pehaku, aku mengusap usap rambutnya lembut.

"abang.. nara bosan lah abang. asyik duduk rumah aje, nara pun nak kerja macam abang.." aku menayangkan wajah cemberut.

"nanti sayang penat macam mana?"

"penat itu normal lah abang, nara pun ada je rasa penat walaupun tak kerja. macam nara jaga nada, masak, gosok baju abang nak pergi kerja and others.." ayat terakhir membuatkan aku menjulingkan mata.

tiba tiba ia menarik tubuhnya, duduk bersila diatas katil dan mendekati aku. berkerut dahi aku."abang kenapa?"

"sayang.. kerja dengan abang lah kalau macam itu, jadi p.a abang, gantikan tempat fiona" katanya.

kepala aku dengan laju berdenyut, tangan sebelah hinggap didahi aku untuk mengurut ngurut, berkerut dahi akibat kesakitan.  figura fiona mula berlegar difikiran aku, aku trauma.

"hey sayang.. im sorry.. I don't mean to hurt you" riak wajanya seperti risau pada aku, kedua tanganku diusap lembut olehnya. aku memberikan senyuman kelat. dengan perlahan aku membuka kelopak mataku.

"betul ke abang offer nara kerja dengan abang? habistu nada siapa nak jaga nanti? nak suruh mama jagakan?" aku menyoal, tukar topik. malas mahu memikirkan tentang sakit kepala aku.

"anda ada masa untuk sakit kepala?" dia ketawa bersama suara garaunya, cis! sempat lagi nak menyakat aku, laju tangan aku mencubit lengannya yang ada bisep. uuu sadohhhh.

dia mula mengeluh kecil, lalu memggosok gosok tempat yang aku tinggalkan kesan cubit, padan muka. dia mula aku sambung.

"yalah.. sayang jadi p. a abang, esok kita mula kerja, okey?"

aku hanya mengangguk. "tapi apa tugas p.a?" aku menyoal. maaflah aku bodoh, mana tahu tentang hal hal macam ini. tambah pula si suami kerja mewah, kaya raya ceonya, kahwin dengan aku. aku pandai waktu sekolah aje, bila dah habis jadi bodoh semula, tak sambung belajar hanya kerana haraz lahabau tu.

dia menghela nafas lalu mencubit lembut pipiku banyak kali.

"sayang kena menguruskan jadual, mengendalikan perjalanan dan penginapan, menyediakan laporan kewangan, and you should create a task dengan tertentu. and sayang diberi amanah untuk menguruskan perbelanjaan, merancang acara, dan mengendalikan urusan peribadi majikan."

"siapa majikan nara?"

"abanglah.. abang ceo sana!"  dia mengoyakkan senyuman lebar. aku menepuk dahi, baru teringat suami sendiri majika aku. boss aku.

"abang boss sayang, jangan buat hal sudah. bangga tak dapat suami macam abang?"  dia mula mendabik dada bidangnya bersama wajahnya yang bangga.

cis! naik menyampah aku dibuatnya, menjulingnya tajam seraya menunjukkan jari tengah, bergurau secara kasar.

"oh, dah pandai melawan suami.. kau sini kau!" dia mula menarik kepala aku masuk kedalam celah ketiaknya. aku dan anaqi ketawa bersama. bergelut aku untuk melepaskan diri apabila dia menonyoh kepala aku dalam ketiak dia.

nasib suci dan wangi, bau minyak bleu de chanel berharga RM 670. 00. melompong aku dibuatnya. aku mula menarik kepalaku dan membetulkan rambut ku yang sedikit serabai.

"abang ni, nasib ketiak wangi. cuba kalau bau bangla, mahunya nara pengsan" aku memeluk tubuh.

hening.

"abang, nara nak tanya sesuatu"

"apa?"

"betul ke abang sayang nara?" aku mengangkat kening sebelah, saja mahu tahu respon suami aku macam mana. adakah lelaki idaman?

tangan aku diusapnya lembut membuatkan aku hanya diam renung anak matanya lama.

"of course zaujati abang, why not? you're everything for me. In my life, you are the most beautiful gift from Allah who can save my lost soul."

hatiku terasa sejuk apabila ayat anaqi cukup dapat merasakan bahawa kasih sayang seorang suami itu tinggi.

"apa contoh lain yang abang boleh buktikan kalau abang sayang nara?"

"ibaratnya seperti Allah SWT juga sudah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam untuk menemaninya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan."

dia memegang kedua bahuku. setiap patah perkataannya membuatkan jantung aku berdegup kencang. suara rendahnya sangat hormat pada aku, sentiasa rendah diri.

"i love you abang.. terima kasih sebab terima kekurangan nara, terima kasih terima nada juga. no one can replace your place"

aku laju merangkul lehernya erat dan kepalaku ditenggelamkan di lehernya. merasakan tubuhku dirangkul erat dan ubun aku diusap usap lembut.

"i love you more, zaujati" balasnya bersama ketawa kecil. merasakat kehangatan didalam pelukannya, sudahlah wangi, tubuh sado. fuh! boleh aku tidur dibuatnya.

"abang always there for you" dia mula mengucup dahiku, pinggang aku dibelit erat oleh lengan anaqi. dia mula meninggalkan kesan ciuman dileher aku, lalu pelukan kami mula longgar.

"abang janji dengan nara, kekal sihat tau! nara nak abang sentiasa ada dengan nara dan nada"

"abang tak janji akan kekal sihat, tapi abang janji abang akan sayang isteri abang sampai keakhir hayat" dia mula mengusap pipiku dengan lembut, aku memegang tangannya. mengoyakkan senyuman manis padanya. nak menangis tapi tak mampu.

"okeylah abang.. nara nak turun bawah kejap" setapak kaki mula mengorak langkah untuk turun kebawah, niatnya ingin masak special untuk suami tercinta dan anak dara aku.

"sapa gerak dia kena masak" aku laju menoleh apabila mendengar kata kata anaqi, tengok tubuhnya seperti robot tak bergerak.

aku mula mencekak pinggang.

"hish abang! sebelum ni nara juga yang masak tahu?! tak kan megalodon yang nak masak dalam rumah ni?"  aku menjeling tajam kearahnya. sekali sekala melirik kearah nada yang leka bermain.

tubuh suami aku berguling guling diatas katil seraya meletus ketawa, aku ikut senyum. geli hati dibuatnya.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now