inara || 42

1.5K 53 2
                                    

aku terus jatuh melutut, mendengar semua cerita yang telah dijelaskan oleh haraz kepada aku, hati aku hampir pecah, retak dan merasakan pisau dapat menikam hati aku. betapa sakitnya setiap ayat yang diceritakan oleh haraz

aku menggelengkan kepala banyak kali, macam tidak percaya, lelaki maat yang aku hina, yang aku tidak suka, kini dia suami aku sendiri. muhammad anaqi al athar. kenapa dia sanggup tipu nama dia. dan aku tak percaya bahawa suami aku sendiri satu sekolah dengan aku.

betapa sakitnya hati aku ditipu hidup hidup oleh haraz dan ditipu nama oleh suami sendiri, sebab aku langsung tidak dapat tangkap figura anaqi yang dulu sampai sekarang, dulu keding, selekeh, bau badan. kini 180 darjah bertukar, badan sado, tinggi, kaya dan kemas walaupun dia bodoh disekolah sedangkan aku pandai.

"semasa aku kahwin dengan kau inara, aku sikit pun tak cintakan kau, tengok muka kau pun aku jijik. "

BANG!

satu das tembakan ia tembak keluar tingkap membuatkan bahu aku terjongket, bingit telinga. aku masih terus dan menerus menangis. tak mampu menahan rasa sakitnya. aku masih tak faham, jadi dia cintakan aku itu hanyalah tipu? dan aku percaya? Allah...

"sebab anaqi bangsat ni.." dia mula menyepak perut suami aku sehingga ia hampir tidak bergerak, aku menjerit pada haraz untuk cuba menghentikan deraan yang telah diberi pada suami aku.

aku mahu menolong, tetapi tiga orang jejaka itu tetap menahan aku dari belakang, aku cuba sedaya upaya untuk menepis, tapi hampa.

"sebab suami kau ni, dia hancurkan aku! aku sayang fiona, I'm jealous fiona likes anaqi! aku kahwin dengan kau sebab aku want revenge, balas dendam untuk anaqi rasa betapa sakitnya hati aku bila fiona suka dia"

aku memejamkan mata rapat, menekup mulut aku untuk menyembunyikan isak tangis aku, badan bergetar bersama terasa sedih pada suami sendiri yang sudah berlumuran darah dan hampir tak bernyawa. aku kenal suami aku, dia kuat dan dia mampu melawan, tapi kali ini dia tumbang.

"dan aku akan pastikan laki kau ni.. mampus! kau tengok! tengok! fiona tu dah mati sebab kau orang bunuh!" dia mula meludah ketepi seraya menarik rambut anaqi kebelakang.

"dayyan..bawa isteri dan anak aku lari" suara sayu daripada anaqi membuatkan aku ingin menjerit sekuat hati.

aku menoleh kebelakang, dayyan itu lelaki yang telah ditikam di bahu oleh fiona tadi. aku menangis merayu untuk tiga jejaka itu membuat tindakan untuk menyelamatkan suami aku.

"buatlah sesuatu! I seduce! help my husband.. saya dan anak perlukan dia.. tolong.." ayat terakhir meleret saja suara aku, sudah hampir tidak bertenaga. aku melutut kearah dayyan, bukan dayyan sahaja mereka bertiga yang entah dari mana asal usul.

"sayang...."

"abang.." aku melihat dalam anak mata anaqi, matanya memerah, aku tahu dia sedang merasakan kesakitan, aku buntu.

apabila aku betikam lidah, maki hamun bersama haraz, aku melirik sebelah, ada kayu. aku mencapai. dengan riak wajah aku yang masih sembab kerana menangis, aku terus memukul kepala haraz dengan kuat.

"useless!"

BUK!

satu tumbukan cukup sakit hinggap dipipi aku sehingga darah merah pekat mengalir keluar. aku tetap bangun tak menyerah.

"berani nya bini richard ni turun padang!"
kata dayyan.

mereka mula bergelut antara satu sama lain, diterajang, di sepak, semua aksi mengganas.

"bawa isteri dan anak aku pergi, pergi!" jerit suara anaqi dengan tegas.

" You're my friend!" jerkah seorang lelaki pula yang sedang mendukung anak aku yang seperti tertidur.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now