inara || 01

10.6K 262 8
                                    

Aku  membawa anak kecilku yang berusia lingkungan tiga tahun. mengambil angin di taman.

Anakku, nada. peluhan didahinya sudah merembes keluar didahi dan kelihatan letih setelah mengikuti aku berjoging sejauh tiga kilometer.

"Cepat, Nada! Kejar mommy!" aku tertawa kecil sambil berlari sedikit ke hadapan, meninggalkan Nada di belakang. Hati terasa geli melihat anak kecil itu termengah-mengah.

"No, mommy... Nada tired" keluhnya, pipinya memerah akibat kepanasan. Comelnya! Rasa macam nak gigit pipinya puas-puas.

Aku berpatah balik, mendukung Nada sambil mengelap wajahnya yang penuh dengan peluh. Aku letakkan kain putih di atas kepalanya untuk mengelakkan sinar matahari yang semakin terik.

Tekakku kering. Aku membawa Nada ke sebuah kedai kecil yang menjual pelbagai minuman dan makanan ringan. Aku menurunkan Nada dari dukungan supaya lebih mudah bergerak dan membuka peti ais untuk mengambil air kotak.

Berat juga si tembam ni.

"Nada nak air apa?" tanyaku. Nada berdiri dengan tangannya bercekak pinggang. matanya fokus pada barisan minuman di dalam peti.

"Teacher said after sports, you have to drink warm water, you can't drink sweet water" katanya, menggerakkan jari telunjuknya ke kanan dan ke kekiri .

"Okay... okay... mommy faham" aku ketawa kecil. Budak baru tiga tahun dah pandai membebel, betul-betul ikut perangai aku. Aku meletakkan semula air manis dan mencapai air mineral.

Aku pergi ke kaunter untuk membayar, namun tangan meraba-raba poket seluar dengan gelisah. Ha, sudah! Mana pergi duit aku ni? Bola mataku menghala ke arah Nada.

"Kenapa, mommy?" dia bertanya, memegang lenganku.

"Nada... duit mommy tertinggal dalam kereta. Macam mana ni? Nada tunggu di sini boleh? Mommy pergi ambil duit sekejap"

kataku sambil memegang bahu Nada dengan lembut. Aku menggigit bibir, resah dengan timing yang tidak kena. sudahla tengah Haus betul!

"Ini air kau, aku bayarkan," satu suara garau mengejutkan aku. Aku menoleh pantas, melihat seorang lelaki berbadan tegap menghulurkan air mineral yang tadi aku pilih.

"What?"

“Ini air kau, aku bayarkan,” suaranya dingin. Aku perasan dia tersenyum pada Nada, dan Nada membalas senyumannya. Aku menyambut air itu perlahan.

“Thanks, su...”

“Tak susah pun. Cuma seringgit je pun, takkan setakat seringgit pun duit tertinggal dalam kereta, lemah...” sindirnya selamba, sebelum berlalu pergi.

Pipi terasa panas, malu mula menyerbu. Betul juga apa dia kata, setakat seringgit pun aku cuai. Aku mendukung Nada dan membawanya ke kereta untuk pulang.

Penatnya, dah lah kena naik tangga nanti, nak dukung budak tembam ni lagi satu hal.

"Mommy, siapa uncle tadi tu?" tanya Nada, duduk di seat sebelah sementara aku memakaikannya tali pinggang keselamatan.

"Mommy tak tahu, Nada... dia tolong kita tadi. Belum sempat mommy nak cakap terima kasih, dia dah pergi" jawabku, tersenyum nipis. Nada hanya mengangguk, senyum nakal terhias di wajahnya.

Tapi bila aku cuba hidupkan kereta, ia tak menyala. Aku cuba lagi, tetap sama. Barulah aku teringat minyak dah habis. Ya Allah!

Aku menggenggam stereng dengan kuat, menggigit bibir bawah. Kenapalah hari ini macam-macam masalah datang bertubi-tubi?

“Nada, tunggu dalam kereta” aku berkata tegas namun tenang, keluar dari kereta dan bersandar di pintunya. Peluh di dahiku mula mengalir di pipi. Panas terik waktu tengah hari membuatkan kepalaku berdenyut.

“What’s wrong?”

Aku pantas menoleh, terkejut melihat lelaki tadi muncul lagi. Dia yang sama, yang tadi sindir aku. Ini satu-satunya orang yang mungkin boleh aku minta tolong sekarang.

“Kereta saya habis minyak” kataku dengan malas.

“Tak ada minyak simpanan k—”

“Tak!” potongku cepat.

Geram aku dengan mamat ni, banyak pula soal. Kalau ada minyak simpanan, dah lama aku guna! Bruh.

“Aku boleh hantar kau balik, tapi call lah suami kau dulu ke... Nanti aku kena cop penyondol bini orang pula,” katanya dengan nada tenang, kedua-dua tangannya bersilang di dada.

Mataku membulat mendengar kata-katanya.

“Saya... saya janda!” balasku dengan suara yang sedikit tersentak, sementara jari-jemari mengurut sendiri akibat rasa malu.

Lelaki itu nampak terkejut, lalu dia ketawa, suara serak basahnya bergema. Ingat ini kelakar ke? Sakit hati aku!

“Awak nak tolong ke tak? Jangan bagi saya harapan palsu!” aku menjeling tajam, mula rasa geram bila melihat dia seronok ketawa.

“Alright... alright... jom. Aku terkejut je, tiba-tiba janda... Cantik-cantik pun kena tinggal, sian...”

Ayatnya meleret, jelas sekali dia sengaja mengejek. Aku malas layan dan terus membawa Nada untuk ikut lelaki tak guna ni. Namun dalam diam, aku terfikir... dia puji aku cantik? Real or fake? Eh, mestilah fake!

Aku masuk ke dalam kereta BMW IX M60 miliknya yang besar dan mewah. Nada duduk di ribaan aku di seat belakang, hairan melihat aku ikut lelaki yang tidak dikenal. Mataku melirik setiap sudut kereta itu... rich.

Aku berikan lokasi rumah kepadanya, dan keretanya meluncur laju di jalan raya. Sepanjang perjalanan, kami sama-sama senyap. Nada pula sudah terlelap dalam pelukan aku. Sesekali, aku mencuri pandang melalui cermin pandang belakang, namun lelaki itu lebih cepat mengalih pandangan ke arahku. Segera aku alihkan pandangan, pura-pura tak peduli.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now