inara || 21

2.2K 99 2
                                    

Aria merawat lukaku yang baru sahaja dibuat oleh haraz sebentar tadi, bekas suami aku memang tak serik. gila talak. aku benci lelaki gila talak macam dia.

aku meraung kesakitan, dahi sentiasa berkerut ada luka di pipiku dan hidung, sempat ia menumbuk muka aku sebelum lari tak cukup tanah.

nada duduk diriba anaqi, mereka dua beranak hanya melihat kearahku. nada seperti risau padaku, riak wajahnya sahaja aku dapat baca. anaqi pula menayangkan wajah kosongnya.

"mommy macam mana mommy boleh jadi macam itu, must be sick mommy.." meleret sahaja ayat terakhirnya, aku memberikan senyuman nipis.

"mommy jatuh sayang masa nak pergi tandas, daddy awak selamatkan mommy lah" aku tipu. aku tak mahu nada tahu semuanya, aku tak mahu dia terlibat dalam kes orang tua, lagi lagi papa haraz dia.

aku melirik kearah anaqi, mengangguk perlahan tanda setuju dengan jawapan aku. anaqi sendiri tidak mahu nada tahu tentang hal sebenar. nada masih kecil, dia tidak layak tahu dunia yang kejam.

"siap" aku berterima kasih pada aria yang membantu merawat aku. syukur juga kebetulan aria disini, cuba bayangkan kalau anaqi yang merawat aku, malu.

"terima kasih sebab tolong kawan aku, kalau kau tak ada dah lunyai budak ni.." aria membulatkan matanya seraya mencubit lengan aku, ayat terakhir saja dia tekan.

aku mengeluh kesakitan, kurang hasam punya kawan. anaqi menayangkan wajah kosongnya seraya mengangguk perlahan beserta matanya ikut tertutup.

aku pelik, dingin semacam anaqi. dia mana pernah sedingin macam ini pada aku. jangan jangan dia sombong pada wanita lain tapi baik padaku. ceh! aku tersengih.

"naila.. aku nak cakap sikit dengan kau" jawapnya tenang. aku tak salah dengar kan. dia. panggil aku menggunakan nama awal. mana ada orang panggil aku nama depan! dia sendiri pun panggil aku inara.

aria tersengih melihat aku dan anaqi, dengan pantas ia bangun dan menghulur tangan untuk nada mencapai.

"jom nada.. teman auntie beli jajan" pujuknya, aria ingin memberikan ruang pada aku dan anaqi, menjaga privasi. nada pula hanya akur, selalunya dia mana mahu. mungkin ayat jajan dapan menarik perhatiannya.

Hening. aku janggal. jari jemari aku urut sendiri, hanya menunggu ayat diberikan pada anaqi sebelum aku menjawap.

"you weak."

aku laju mengangkat kepala, apa ini miska... ingatkan nak cakap apa. rupanya nak mengata aku lemah, sampai hati mamat poyo ni.

"memang, saya lemah. kenapa?" selamba badak, malas saja aku nak bercakap dengan jejaka kacak ini. aku mengalihkan pandangan.

anaqi medengus kasar sebelum bersandar dan memeluk tubuh. menayangkan wajah kosongnya pada aku.

"Kenapa kau kata? you need to ask yourselft naila. kau tahu bekas suami kau tu sentuh kau, cederakan kau" tegasnya, setiap patah perkataan dia menekan kuat.

aku hanya diam membisu, bukan mati kata. tapi menunggu anaqi menghabiskan bebelannya. aku tahu, dia dengan aku sama suka membebel.

"aku tak suka orang sentuh hak aku."

aku tersentak. merenung anak mata helang kelabunya. jantung aku bekerja dengan laju. berdebar debar dengan secara tiba. aku terkesima, apa maksud haknya? aku hak dia?

"aku sayang kau, sayang nada, aku tak suka lelaki tu sentuh kau. kau hak aku. lelaki tu bukan lagi mahram kau, sedangkan aku sendiri tak pernah rasa kulit kau, naila."

lidah aku seperti dipaku keras, aku terkejut ayat yang dilontarkan oleh anaqi, mengatakan bahawa dia sayang pada aku. sejujurnya, aku pun.

"saya..."

"belajar seni mempertahankan diri naila, belajar. belajar. belajar. sampai bila kau nak jadi perempuan lemah? cukup kisah lama kau orang pijak kau, aku ada. im here with you"

aku memejamkan mata serapatnya, hati aku berbunga bunga ayat terakhir anaqi, dia ada dengan aku. sekarang. dalam masa yang sama aku ingin menangis sekuatnya.

memang betul, aku kosong. tiada apa.. dulu aku sentiasa dipijak pijak oleh orang sekeliling.

"macam mana.. saya tak pandai." ujarku lembut. saja menayangkan wajah comel dan kesian.

"kahwin dengan aku"

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now