anaqi || 27

2.4K 101 3
                                    

Aku memeluk tubuh inara rapat dalam pelukanku dan menyenggol mukanya ke leher aku, menghirup bau si isteri. aku tersenyum sambil mendengar nafas lembut miliknya, menyukai perasaan naila inara dalam pelukan aku.

aku kemudian meletakkan ciuman lembut di dahi milik isteri dan berbisik

"aku sayang kau."

aku perlahan-lahan membelai rambut nya sambil terus memeluk inara rapat. aku boleh menghabiskan sepanjang malam hanya memeluk bini aku, mendengar bunyi pernafasan miliknya dan merasakan kehangatan badan inara terhadapku.

"kau cantik, kau tahu tak ni?" aku tersengih seraya membelai rambut panjang miliknya, aku mencium pipi gebunya sebelum meninggalkan dia tidur sendirian.

kaki mengorak langkah turun daripada anak tangga melihat figura mama papa mentua dan nada yang sedang menghidangkan makan malam.

aku memberikan senyuman nipis, mereka membalas dengan ikhlas. melabuhkan punggung dikerusi makan, mama menghidangkan aku nasi beserta lauk pauk.

"nara mana?" soal papa pada aku yang duduk bersebelahan dengan aku, mama pula hanya tersengih menyibukkan diri menghidang makanan.

"nara tidur papa. nak kejutkan tak sampai hati, mama papa nak ke naqi kejutkan?" aku menyoal. berat hati sebenarnya mahu kejutkan si isteri, dahla tengah sakit, datang bulan pula jenis marah marah, tak ke kalau aku kejutkan kena terajang?

"daddy!" nada berlari terkedek kedek menghampiri aku, aku mendukung dan meletakkan diatas riba aku.

"tak ape, biarkan dia berehat. dia sakit kan" papa mencelah. aku mengangguk, mama pula pelawa aku makan. ayat bismillah terbit dibibirku sebelum nasi disumbat kedalam mulut.

"daddy.. mommy sleeping?" soal nada yang mendongak melihat kearahku, aku menyuruh nada duduk disebelahku, senang sikit aku ni nak makan. nada hanya akur.

"yes my precious princess"

nada menayangkan wajahnya yang cemberut kearah aku seraya memeluk tubuhnya. geram saja aku tengok, nak je cubit puas puas.

"hish! mommy ni tipu nada lah! kata nak main masak sama sama dengan nada, lepastu mommy kata nak main dengan daddy atas katil, kesian nada dan daddy kena tipu!"

"uhuk!" tersedak aku dibuatnya, air sirap aku teguk dengan rakus, pedih tekak. melihat wajah mama papa yang hanya tersengih yang mendengar ayat daripada nada.

macam tak percaya si isteri cakap macam itu, meletus ketawa aku dibuatnya, budak budak mana pernah menipu. tangan kecil nada menggosok belakang aku akibat tersedak.

"inada alana, mommy awak tu sakit" celah mama.

"opah, nada rasa malam ni nada nak tidur dengan daddy lah" ujarnya

papa mula mengusap rambut nada dan mencubit lembut pipi gebu miliknya, persis sama macam mommy dia, naila inara, isteri aku.

"mana boleh.. dorang nak tidur berdua, sibuk je kamu" papa mula ketawa kecil, ayatnya seperti mengejek. aku hanya tersengih.

"boleh sayang.. pergi sana nada, tengok mommy dalam bilik, mommy awak sakit, nanti daddy datang ya?"

risau juga dengan keadaan isteri aku, alang alang ada anak aku, ada manfaatnya juga, kesian budak comel!

"daddy halau nada! bye! nada kunci pintu!" laju ia berlari keanak tangga dan menghempas pintu dengan kuat, dapat mendengar dari tingkat bawah.

aku senyum senget seraya menggelengkan kepala, fitrah dapat anak tiri yang comel dan nakal. tak.. aku anggap dia macam anak kandung aku sendiri.

"biasalah... nada tu memang macam tu, samalah macam mak dia masa kecil, degil."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Aku menghela nafas panjang, langit gelap, jam menunjukkan sudah satu pagi, aku cuba tidur tapi gagal. jadi aku bertindak untuk keluar duduk didepan rumah.

naila inara dan inada alana sentiasa berlegar didalam fikiran aku, setiap masa setiap saat. sayang aku pada mereka tiada batas, dua bidadari syurga aku suatu hari nanti.

"termenung apa tu?" satu suara yang aku kenal, menoleh ketepi. papa. dia tak tidur lagi, mana boleh orang tua tidur lewat. kang makin kerepot pula.

"tak adelah papa.. only thinking about my wife and children, what if they live without me one day.."

papa ketawa kecil, aku menoleh. tangannya menepuk nepuk bahu aku.

"kamu sayang dia sangat?"

aku angguk laju. memang sayang, orang gila mana tak sayang perempuan macam dia.

"kalau suatu hari nanti kamu dah tak sayang dia... pulangkan balik ya dia pada papa dengan cara baik.. inshaallah papa sayang dia sampai papa mati"

aku ketap rahang kuat, menahan sebak setiap ayat yang terucap dibibir bapak mentua aku. Ya Allah... isteri aku, bidadari aku sentiasa terikat didalam jiwa aku.

akan aku usahakan mendidik isteri dan anak anak aku menjadi insan yang beriman dan bertakwa.

aku tanggung segala dosa dosanya naila inara, isteri aku. dosa yang ia buat dari dedah aurat, dan meninggalkan solat bukan lagi ibu bapanya tanggung melainkan aku sebagai suami. dan aku tanggung semua dosa dosa anak aku.

jika aku gagal, maka aku fasik, dan aku rela malaikat melibas aku di akhirat hingga tubuh aku berkecai.

Allah. Allah. Allah

itu sahaja yang aku sebut seraya kaki mengorak langkah mula masuk kerumah semula dan melelapkan mata diatas katil bersama dua bidadari syurga.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now