inara || 29

2.4K 82 1
                                    

aku bersiap sedia untuk dibawa keluar oleh anaqi, mengenakan pakaian yang agak biasa untuk lebih senang aku bergerak, tudung sarung dan jersey lengan panjang.

nada aku tinggalkan bersama opah dan atuknya dirumah, susah untuk pujuk, merengek tak tentu fasal. akhirnya aku membuat keputusan untuk berhubung dengan aria untuk temankan nada.

kalau bawa nada sangat berisiko tanpa disedar, aksi mengganas bahaya untuk dia lihat, takut dibawa dan disalah gunakan.

tangan laju mencapai bag tangan dan kaki mengorak langkah keluar daripada rumah, sebelum keluar. aku membelai rambut nada dan bersalaman dengan orang tua aku.

melihat anaqi yang sudah menunggu ku dihadapan kereta miliknya.

"abang! jom" suaraku yang agak bergema, teruja. hidup aku memang jenis tak reti menyabar.

anaqi dekat pada aku, anak matanya renung tajam setiap inci tubuh aku. melihat aku atas bawah membuatkan jantung aku berdegup kencang.

"handsock sayang mana? stokin?" soalnya tenang bersama wajahnya.

aku menghela nafas lega, hati terasa sejuk apabila suami sangat ambil berat tentang aurat aku dan tidak meremehkan.

"ada nara bawa.. nanti nara pakai dalam kereta" kataku lembut seraya memegang tanganya.

panas terik, aku tak tahan. maaflah.. iman aku masih tidak kuat untuk aku kekal istiqomah. akan aku cuba sebaik mungkin.

anaqi angguk.

"pakai tau, abang tahu sayang panas, tapi nak buat macam mana. setitik air peluh yang jatuh hanya kerana menutup aurat dikira pahala"
ujarnya lembut.

"abang bawa sayang latihan tu dalam dewan yang tertutup ada aircond, nanti handsock tu sayang bukalah, bab tu jangan risau, ada abang je dalam tu, abang booking satu dewan tu untuk sayang."

katanya seraya mengusap kepala aku dengan penuh lembut dan kasih sayang dan membuka pintu untuk aku masuk kedalam kereta.

aku memberikan senyuman manis padanya dan masuk kedalam perut kereta BMW IX M60 miliknya. besar nak mampus. semasa perjalan, ayat yang dilontarkan tadi masih terniang ngiang dikepala aku.

sewa dewan ada aircond semata mata untuk aku? luar biasa. agaknya berapa duit agaknya dia keluar, betapa hebatnya seorang suami yang sanggup berkorban hanya demi seketul naila inara yang tak betul.

aku membuangkan pandangan kearah luar tingkap seraya menongkat dagu, tiba tiba wajah nada terpampang didalam lamunan aku. rindu pula, baru tinggal sekejap.

aku tersengih.

"sayang, abang nak peta lah"

mendengar sahaja suara serak basahnya laju aku menoleh kearahnya yang kacak menggunakan cermin mata hitam yang kemas diletakkan dibatang hidung.

"ha? peta? abang nak buat apa?" soal aku. zaman bila pula guna peta peta ini, paling paling pun aplikasi waze yang aku tahu yang masyarakat guna sekarang.

"abang hilang arah selepas abang memandang sayang" ia tersenyum senget.

aku pula ketawa kecil, pipi hangat dan berona merah, sekali sekala anaqi melihat kearah aku beberapa detik sebelum kembali fokus pada panduannya.

"abang ni sweetlah kenapa ni tiba tiba?" aku hanya melihatnya yang fokus memandu, kacak.

anaqi senyum senget pada aku. "dah sayang termenung jauh je, abang kacau lah, kenapa? sayang fikir fasal apa?" soalnya.

"tak ada lah" ujarku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now