inara || 14

2.5K 104 1
                                    

SELEPAS sahaja kami pulang daripada taman, aku dan anaqi bersama sama didalam kedai yang menjual pelbagai violin untuk menghadiahi semperna hari lahir nada esok.

bola mataku tidak berhenti melihat setiap sudut yang dipenuhi violin yang kemas disusun, ada saiz yang sedikit kecil dan besar.

anaqi berkata kepadaku bahawa Vienna, Mandalika, dan Pearl River adalah beberapa merek violin yang bagus untuk pemula, agak pelik nama nama tersebut, tapi aku hanya mengangguk

aku mendengar anaqi yang menyeru namaku seraya kedua tangannya dimasukkan kedalam pocket seluar bersama anak matanya tidak berhenti melihat violin tersebut.

aku berpaling.

"nada esok official four years ?" soalnya dingin. aku mengangguk setuju. nada sudah makin membesar. semakin ia membesar, semakin banyak perlu tenaga dan mental untuk aku mengurus anak, bukan senang. lagi lagi ibu tunggal macam aku, nasib baiklah anak satu sahaja.

"we have to adjust ukuran biola dengan panjang lengan nada" jawapnya dingin. seluruh tubuh badan tegapnya berpaling kearah aku.

aku baru tahu nak main biola perlu ukuran lengan. iyelah main biola perlu bergesek dan diletakkan di hujung bahu, aku faham. bila difikirkan balik, nampak sangat ilmu aku dah berkarat, nasib baik ada minyak yang dapat melicinkan karatku semula, anaqi.

"tapi nada tak ada disini?"

"kita ambil nada punya ukuran 1/16 1/2 untuk kanak berusia tiga sampai sembilan tahun" jelasnya tenang.

aku mengangguk tanda faham. aku hanya mengikuti anaqi dari belakang yang masih menyibukkan diri untuk memilih yang terbaik untuk nada.

niat aku sebenarnya hanya untuk menemani anaqi, dia pelawa aku. tak mahu aku tolak, kesian nanti. semua pembelian biola hanya anaqi yang uruskan kerana dia mempunyai pengalaman.

sedangkan aku, mahu pegang biola pun tiada pengalaman. aku tersengih sendiri seperti kerang busuk dan aku bercadang pembayaran aku yang tanggung.

aku melihat anaqi yang bertanya kepada pekerja disana tentang biola, aku hanya melihat tanpa masuk campur, kalau aku masuk campur sekali, bukannya aku faham. melainkan tambahan benak aku.

kecil besar kecil besar aku melihat tubuh sasa anaqi dari belakang, nampaknya dia memang seorang yang kacak dan pandai bergaya, tambahan pula muda dan kaya. aku sendiri kalah bersaing ibarat aku dan anaqi langit dan bumi.

aku mengelamun sendiri, terjongket kedua bahuku apabila anaqi memanggilku dengan keras. laju aku berlari kearahnya yang berada dikaunter.

aku hanya diam, anak mataku tak berhenti melihat gerak geri lincah anaqi, seorang wanita tua yang seperti lingkungan 65 tahun yang menghulurkan set biola kepada anaqi.

aku tersenyum sendiri. kecil dan comel biolanya sama seperti tubuh nada, teringat aku pada nada yang comel gebu bersama pipi merahnya.

anaqi mula mencuba alat biola untuk memastikan sesuai atapun tidak. bunyi kuat biola itu sentiasa membuatkan bibirku automatik tersenyum, aku suka sangat anaqi bermain.

anaqi mula bersetuju untuk membeli, laju aku menepis lembut lengannya menggunakan botol air plastik.

"saya bay-"

"diam" dinginnya. dia menghiraukan aku dan terus mengeluarkan kad miliknya untuk membuat pembayaran.

melompong mulutku apabila anaqi mengeluarkan kad hitamnya beserta biola yang berharga rm 450.50, mahal gila! ingatkan dah cukup kecil murah, rupanya mahal.

aku mendengus kasar, tak mahu melawan anaqi, dia sentiasa mengeluarkan duit untuk aku dan nada, sekali sekala aku ingin berbalas budi juga. macamlah aku tak ada duit! aku menjelingnya tajam.

apabila tugas kami selesai, aku dan anaqi masuk kedalam perut kereta. hening. harga biola sebentar tadi masih berlegar difikiran aku.

satu set biola beserta bag nya aku riba. membelek belek setiap sudut, cantik dan berkualitas. mungkin berbaloi untuk harga yang mahal.

"terima kasih awak."

anaqi hanya mengangguk. aku bersyukur sangat apabila anaqi sanggup membelikan hadiah untuk diberikan oleh nada, sudahla mahal, kalau setakat alat tulis tahanlah lagi. memang orang kaya gila ni.

"mahal kan biola ni walaupun ukuran dia kecil dan sesuai untuk nada yang baru nak belajar" aku memberi tahunya, wajahnya aku tidak melihat. masih sibukkan diri membelek belek biola, kagum. cantik.

"nada punya pun dah mahal, apatah lagi awak punya kan" sambung aku lagi.

memang aku yakin biola milik anaqi semuanya mahal mahal, dan aku yakin banyak koleksi biola dirumahnya, mustahil dia hanya mempunyai satu. sedangkan harga biola nada sudah mahal, apatah lagi milik anaqi.

meletus ketawa anaqi bersama suara garaunya, aku laju menoleh kearahnya. aku hanya memberikan senyuman hambar padanya.

"biola aku jenama yamaha. and of course the price is quite expensive, tapi bagi aku tak. harga dia rm 1,240.00" jawapnya tenang.

terbeliak mata aku apabila mendengar harga yang diberi tahu oleh anaqi, tak mahal kepala hotak dia! aku rasa dengan duit itu cukup makan minum, susu, pampers nada. aku mendegus geram.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now