inara || 50

1.4K 48 0
                                    

Sekarang waktu pulang kerja, aku sebagai isteri dia, mestilah setia menunggu dia siapkan tugas apa yang patut. sekarang dibangunan ini tinggal aku dan anaqi.

aku menunggunya dibawah, dihadapan pintu keluar masuk utama. kerling jam menunjukkan pukul 6 petang. aku sebenarnya bukan mahu balik, tetapi meminta izin si suami untuk temankan aria hari ini.

tengah hari tadi aria baru sahaja menghantar message padaku, menyuruh aku menemaninya untuk hari ini. temankan dia beli barang dan lain lain.

"jap! jap!" aku menjerit kecil kearah aria yang sudah menunggu aku didalam keretanya. dia menunjukkan thumbs up.

aku menoleh kebelakang apabila figura jejaka yang kacak yang tersenyum nipis kearahku. apa lagi? aku membalas.

"sayang jom" dia berhenti dihadapan aku.

"abang nara nak minta izin nak balik lewat sikit boleh?" aku menyoalnya dengan lembut. memegang lengannya dengan lembut.

dia berkerut dahi, mengangkat kening lebatnya. "for what reason?"

"nara whatsapp abang tak balas, call tak angkat, cuba abang check telefon abang"
ujarku. setapak kaki melangkah mendekatinya dan menjengket kaki sedikit untuk melihat telefon bimbitnya.

"oh damn. sorry I accidentally sayang, abang busy sangat harini" katanya. aku menggeleng kepalaku, tidak perlu minta maaf disini. lagian tiada sebab.

"sebab tu ke sayang nak minta izin, nak keluar?" sambungnya lagi.

aku mengangguk. "haah, abang bagi ke? kalau tak boleh tak apa, sebab nara nak jadi isteri yang solehah, kalau suami tak izinkan nara tak boleh pergi." ceh! nak nampak baik.

dia ketawa kecil, kepalaku diusapnya lembut. "abang izinkan tapi dengan siapa? kawan ke? dia duduk dekat mana? dah berapa lama kenal dia? lelaki ke perempuan? jauh ke sayang nak pergi?"

bertubi tubi soalan yang dilontarkan oleh anaqi membuatkan aku ketawa sehingga aku memukul dadanya dengan lembut. nampaknya dia memang ambil peduli fasal aku.

"aria lah abang..." meleret sahaja suara aku. cukup dengan nama aria anaqi sudah faham, kerana aria memang sudah lama berkawan dengan aku dan anaqi sendiri sudah terbiasa.

"lepastu nanti balik aria hantarkan, nara tak naik teksi, abang jangan risau tau" sambungku lagi.

"good, never take a taxi without my permission." arahnya. aku hanya mengangguk tanda faham. anaqi pernah memberitahuku bahawa aku tak boleh naik teksi kerana sekarang sudah tidak selamat.

"so, bolehke abang?"

anaqi mengangguk bersama wajahnya yang kosong, tak terasa. sebab sudah biasa. seorang anaqi memang begini, kadang kadang beku, senyum berapa saat lepastu lesap.

"i love you abang, thanks abang" aku terus menarik lengannya untuk bersalaman dan dia menurunkan sedikit tubuhnya untuk aku merangkul lehernya untuk dipeluk.

"be careful zaujati, apa apa" dia menunjukkan isyarat tangannya tanda menghubunginya jika berlaku apa apa.

aku mengangguk, dan melambai lambai dirinya sebelum melintas jalan untuk masuk kedalam perut kereta aria.

"abang! jangan lupa ambil nada dekat rumah bonda, cakap yang mommy balik lewat sikit tau abang!" aku menjerit dari jauh. anaqi menunjukkan thumbs up. samar samar saja figuranya.

aku masuk kedalam perut kereta milik aria, laju kereta meluncur kejalan raya yang besar itu.

"lamanya, bersembang apa tu dengan husband kesayangan" aria menyakat aku. nampak nada suaranya seperti mengejek.

"dia risaukan aku lah, dia kan sayang aku" aku melirik kearah aria, mengangkat kedua kening aku seraya menayangkan wajah bangga.

aria menjeling tajam kearah aku, dan akhirnya kami sama sama meletuskan ketawa.

.



.



.

.



Matahari sudah terbenam, aku dan aria bercadang singgah kelaut sebentar. aria yang mengajakku untuk menemaninya menenangkan diri selepas sahaja petang tadi aria membeli barang keperluan.

aku dan aria duduk diatas pasir pasir itu, aria duduk secara bersila manakala aku memeluk lutut. angin malam yang menampar tubuhku membuatkan aku tenang.

"kenapa kau ajak aku duduk sini?" aku menyoal tanpa melihat kearahnya.

"saja.. ambil angin, nak tenangkan diri. parents pun asyik tak ada dirumah." ujarnya. tangan sebelah menggosok gosok belakangnya, cuba untuk menenangkannya.

"kau mesti sunyi kan?"

aria mengangguk. "mestilah.. aku cemburu dengan kau, sangat. kau sentiasa gembira, ada suami yang baik, ada anak. sedangkan aku kosong."

aku mengehala nafas, tangan masih menggosok bulatan belakangnya. terasa simpati dan kasihan. apabila aria sedih, aku ikut sedih.

"nanti adalah tu lelaki nak kan kau, trust me okey? kau cantik apa." aku mencubit pipinya seraya ketawa kecil, apabila melihat senyuman nipis daripada aria membuatkan aku lega.

"kau yakin ke suami kau baik?"

aku tersenyum nipis dan mengangguk. aku faham maksudnya. aku mula duduk rapat bersama aria dan membuangkan padangan kelaut yang gelap gelita itu.

"alhamdulillah.. setiap isak tangis dalam solat istiqarah ku, tahajjud ku, Allah maha mendengar. Allah hadiahkan suami yang sentiasa membimbing aku ke jalan Allah."

"dia sentiasa mengutamakan aku, utamakan anak aku. dia tak pernah kisah tentang masalah dia, yang penting dia risaukan aku."

"dia tak pernah naikkan suara pada aku, dia selalu tegur aurat aku, dia selalu bagi pelukan dia, ciuman dia. aku tak boleh bayangkan kalau aku hidup tanpa dia."

"Allah berikan aku suami yang penyabar dan penyayang. walaupun aku banyak kekurangan, dia mampu terima kekurangan aku, setiap kesalahan aku dia tegur."

aku memejam mata, nak menangis tapi tak mampu. semua yang aku luahkan pada aria semua daripada isi hati aku.

dapat suami baik itu pun satu rezeki dari Allah SWT. rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja. tetapi mendapat pasangan yang saling memahami dan anak-anak yang membahagiakan juga satu rezeki dan rahmat daripada Allah.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now