inara || 47

1.3K 61 0
                                    

melompong aku dibuatnya, mendongak. melihat bangunan syarikatnya yang gah itu membuat aku terpegun, bapak besar.

aku hanya mengekori anaqi dari belakang, pintu kaca itu terbuka luas, melihat ramai pekerja pekerja disini menunduk tanda hormat, wajah suami aku 180 darjah bertukar beku.

dia berhenti di tengah tengah, aku hanya mengekori. kedua tangannya dimasukkan kedalam pocket seluar. wajahnya terlalu beku sampaikan aku lupa dia suami aku sendiri.

"Introduce, she is a new employee. become my p. a assistant starting today" katanya beku bersama riak wajah yang kosong.

aku hanya memberikan senyuman seraya menunduk sedikit tanda hormat kepada mereka. semua mata mata melihat kearah kami berdua yang berada ditengah tengah.

aku melirik kearah anaqi, melihat anak matanya tajam memberikan isyarat untuk menyuruhku memperkenalkan diri sendiri. aku mengangguk kecil.

"hi, my name is naila inara. new employees there, I hope you can all accept me as a new employee, and I'm sorry if I lack a lot" kataku. bergema suaraku seraya tersenyum manis sehingga menampakkan gigi.

tepukan tangan yang gemuruh masuk kedalam gegendang telingaku, jadi malu dibuatnya. aku sedikit janggal tetapi rasa seronok kerana pekerja disini semua ramah ramah dan baik hati.

"hi cik naila, saya puan nainah, nama kita dekat dekat aje" dia tersenyum kearahku laju aku membalas. melirik kearah anaqi yang memasuki lift tersebut meninggalkan aku. aku nak ikut, tetapi aku buntu. dia seolah seperti tidak mengenalku.

aku senyum nipis pada puan nainah, sedikit terkejut. cik? cik naila? kenapa cik sedangkan aku sudah berkahwin. berhak untuk panggil aku puan naila. nampaknya mereka tidak tahu bahawa akulah isteri kepada ceo pemilik syarikat yang digeruni ini.

"jom.. saya bawakan cik naila tempat tempat yang patut. mesti awak suka." aku hanya mengangguk dan mengekorinya dari belakang, hanya mengikuti langkah tapak kakinya. sedikit kecewa apabila anaqi tidak memberitahu tentang perkahwinan kami sehingga mereka memanggil aku cik.

aku hanya mengekorinya dari belakang, anak mata tidak berhenti melihat setiap sudut syarikat yang gah ini. sambil itu puan nainah bersembang bersamaku, aku hanya mengiyakan saja,masih janggal. aku sendiri tidak tahu apa yang mahu dibicarakan.

tiba tiba benak aku berfungsi, pelbagai soalan yang hendak aku tanya kepada puan nainah.

"yang ini lift milik sir anaqi, dia seorang sahaja yang boleh guna" ujarnya seraya menunjukkan jari telunjuknya.aku hanya mengangguk paham.semakin ia menjelaskan, semakin banyak soalan yang perlu aku soal.

"apa jadi kalau orang lain guna?" aku menyoal,memang betul betul nak tahu. hebat juga suami aku,bilalah aku boleh jadi macam dia agaknya. aku sengih sendiri.

"ikut tindakan dia,kalau dia berikan hukuman,orang tu kenalah hukuman dia"

"contoh hukuman?"

"erm... contohnya orang yang bersalah itu, mungkin dipotong gaji ataupun di hentikan kerja buat masa yang lama" katanya. hampeh punya suami! sekejam itukah kamu wahai suami tercinta.

"berapa tingkat keseluruhan?"

"30,cik naila" dia tersengih sedikit manakala aku hanya senyum kelat.tak suka. aku puan lah! dalam masa yang sama aku teruja juga, 30 tingkat bukan biasa biasa,tinggi dan mewah. baru aku jejak ketingkat satu sudah terlihat mewah,apalagi bila aku jejak di ditingkat seterusnya. wow!

kaki kami mula mengorak langkah ketempat lain. menaiki lift, keluar masuk pekerja disana, mereka sangat tekun. nampak gayanya tak penat. tapi aku suka melihat gerak geri mereka.pintu lift terbuka luas, kami keluar.

"yang ini tempat berehat pekerja, kalau nak solat boleh disurau. tapi telekung tak ada, dan locker disini setiap pekerja ada. boleh letak barang peribadi cik naila disini" jelasnya panjang lebar. aku faham dan hanya memberikan senyuman lebar.

"dan lagi satu"

laju aku menoleh kearahnya. setia menunggu ayat yang dilontarkan.

"bilik sir anaqi dekat atas sekali, cik bila bila je boleh masuk. sebab cik personal assistant dia. dia perlukan cik naila bila bila masa." sambungnya. aku mengangguk. senyuman senget mula terbit. bila bila aje boleh masuk, bagus.

"okey saya dah faham, terima kasih puan nainah, tapi saya nak tanya satu soalan boleh?" tuturku lembut, tangan mula mengyilang kedada.

"yes"

"tuan anaqi.. dah kahwin ke?" basa basi aku tanya, saja mahu ingin tahu. jantung mula berdegup kencang, menelan air liur sekali.

"dia belum berkahwin kalau cik naila nak tahu, dia single. ramai perempuan nak kan dia, tapi dia tak pernah pandang."

zap! ayat yang dilontarkan oleh puan nainah membuatkan dadaku naik turun, kecewa. cukup menusuk dalam hatiku. kecewa perkahwinan aku dan anaqi selama ini dirahsiakan. kenapa? kenapa dia sanggup buat aku macam ini.

aku mengehala nafas panjang, cuba menenangkan diri, tidak mahu puan nainah syak kan sesuatu padaku.

aku hanya mengangguk kepada puan nainah sebelum ia minta pamit dari situ, figura puan nainah sudah menghilang dari sudut mata aku. terus kaki melangkah menuju ke lift dan masuk.

nak pergi ketempat bilik yang terpaling ceo si paling bujang katanya! habis aku ini apa! kau tunggu anaqi! siap kau aku lunyai.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now