inara || 17

2.3K 96 0
                                    

AKU berjalan menuju ketempat yang disuruh oleh anaqi, banggunan yang gah, melompong aku dibuatnya.

suasana agak hiruk piruk, suara yang asing, dan orang keluar masuk dari syarikat ini, setapak kaki melangkah. banyak mata mata yang melirik kearahku, terkulat kulat aku dibuatnya.

"cik.. inara ke?" soal seorang wanita berbangsa cina kepadaku dengan sopan.

aku mengangguk.

"jom, saya bawa kebilik anaqi" pelawanya. aku hanya mengikuti jejaknya dari belakang. macam tahu tahu saje aku nak berjumpa anaqi.

mungkin anaqi sudah memberi tahu tentang aku padanya, pekerja disana semua ramah ramah, sentiasa melemparkan senyuman padaku. pipi aku hampir lenguh membalas senyuman. bahkan mereka tunduk padaku, aku tak faham. jantung aku mula berdebar, apa yang hormat sangat aku sampai mereka tunduk?! aku janggal.

sepatutnya aku yang patut tunduk kearah mereka, aku orang luar yang pertama kali jejak disyarikat mewah ini. aku mengela nafas.

aku mengucapkan terima kasih pada wanita muda itu, lalu ia beredar pergi. aku membuka pintu kaca hitam itu dengan perlahan dan memberi salam dengan lembut.

lalu aku menutupi pintu perlahan, melihat anaqi yang memandang tajam kearahku seraya duduk di sofa. aku meminta izin sebelum masuk tanda hormat.

anaqi senyum nipis padaku, dan memberi isyarat duduk dihadapannya, sofa empuk yang ada dua, ditengah ada meja kecil diperbuat daripada kaca.

bola mataku tidak berhenti melilau melihat setiap sudut. besar gila! dia punya besar setara dengan bilik tidur aku.

anaqi hanya memberikan senyuman manis padaku, lemah lutut aku melihat senyuman dia yang tenang sehingga menampakkan lesung pipinya. aduhai cik jantung!

"i miss you"

aku mati kata. terkejut dengan ayat yang dilontarkan oleh anaqi, aku berdebar debar setiap kali melihat anak mata kelabu milik anaqi.

"kau kemana sampai berminggu hilang? why don't you tell me" soalnya dingin tetapi tenang.

aku dah memang syak mamat poyo ini, mahu berjumpa aku hanya bertanya khabarku dan kenapa aku hilang semata mata.


beberapa jam yang berlalu, aku menceritakan semuanya dari a hingga z kemana aku disana dan apa sahaja yang aku buat disana bersama nada.

aku mengerling jam tanganku seketika, jam terpampar menunjukkan enam setengah. aku dan anaqi masih setia duduk ditempat yang sama, sekali sekala aku ketawa kerana anaqi menyakat aku.

"you know what, aku rindu nak dengar suara kau, aku rindu nak kenakan kau macam ni" ayatnya membuatkan aku berbunga bunga, sah aku jatuh cinta!

pipi aku mula hangat dan berona merah, tersipu malu ayat yang diberikan anaqi padaku. sejujurnya aku pun rindukan mamat poyo ini, aku pun kadang kadang ikut perangai nada mahu video call bersama anaqi.

"bila aku sudah lama tak nampak batang hidung kau, hidup aku Like colorless, i became a redflag"

aku tersentak dengan ayat anaqi, membulat mataku, aku tak faham. apa kena mengena aku dan redflag.

anaqi melepaskan ketawanya, macam biasa, aku menjeling tajam kearahnya.

"kau ibaratkan cikgu aku, kau yang mengajar aku apa itu sabar, apa itu cara menghormati orang, dan segala galanya, bila kau tak ada, ilmu itu hilang" jawapnya tenang seraya memeluk tubuh.

"really?" aku tegas, masih tidak percaya. dalam hatiku sudah berkata macam macam, macam tidak percaya aku dapat membantu anaqi sampai ketahap ini, syukur.

anaqi mengangguk.

"that's why I don't want to lose you, aku nak kau sentiasa ada dengan aku, aku nak jadi baik macam lelaki dekat luar sana, aku tak nak jadi lelaki dayus"

"aku tahu, aku bukan lelaki yang kau nak, sebab aku jahat"
sambungnya lagi, suara serak basahnya sudah cukup membuatkan aku mati kata.

sekali lagi aku tersentak, ayat yang dilontarkan anaqi sudah cukup menusuk kalbu dihatiku, ikhlas dia mengata diri sendiri. tetapi aku tak tahu kenapa aku sendiri yang sedih.

"jangan! don't say that. semua orang ada khilaf dan ada dosa, tak semua orang suci daripada dosa kecuali kekasih Allah, nabi muhammad"

aku jujur dan simpati pada wajah anaqi, kesian pada dirinya yang sentiasa menyalahkan diri sendiri.

gelaran kekasih Allah tidak diilhamkan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya tetapi hanya khusus untuk nabi muhammad sallallahu a'laihi wasallam.

begitu juga dengan nama 'Muhammad'. Sejak daripada Nabi Adam dan keturunannya, tiada siapa diberi nama Muhammad kecuali Nabi kita Muhammad sallallahu a'laihi wasallam.

"Allah nak ke terima taubat orang yang kotor macam aku?"

aku laju mengangguk. aku tak menafikan. keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya.

anaqi hanya tersenyum padaku, cukup senyuman ikhlasnya tanda berterima kasih padaku, sama sama.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now