inara || 37

1.3K 54 0
                                    

"sakit. lepaskan aku! lepaskan anak aku!" tudungku ditarik kebelakang sehingga kepala ku mendongak, melihat nada yang merengek kesakitan diikat berterusan dan tiada rasa kesian.

wajah wanita itu ketawa sinis, wanita ini, p.a assistant suami aku, fiona. tak sangka dia bersubahat dengan bekas suami aku sendiri.

yang fiona mahukan laki aku, si haraz mahukan aku. elok la jodoh fiona dan haraz, perkahwinan yang tidak diundang.

"perempuan sampah macam kau ni, mana layak hidup, sebab kau dah rampas anaqi dari aku, aku nak seksa kau" dia menarik kuat kepala aku.

"setakat jual badan dekat anaqi, aku pun boleh la!"

PANG!

satu tamparan cukup hinggap dipipiku membuatkan telingaku berdesing, manik jernih jatuh hebat dipipi aku. tubuh aku tersungkur kelantai, nada pula hanya menangis teresak esak bersama mulutnya yang tidak berhenti menyeru namaku.

jarak aku dan nada sedikit jauh, bilik usang ini sedikit lebar.

"kau bising kan budak! macam mak kau! kau sini" kaki fiona mengorak langkah mendekati nada dan memukul mukulnya sehingga nada terbaring kelantai.

hati aku kecewa, sakit dan marah. berasa gagal jadi seorang ibu, aku hanya mampu menangis, meminta pertolongan kepada Allah untuk mempermudahkan aku.

"abang.. tolong nara.. tolong nada.. nada sakit" meleret saja suaraku, berharap si suami datang menolong ku, tapi mustahil. teresak esak aku menangis seraya bibirku tidak berhenti menyeru nama suami dan tuhan.

hidung dan kepala aku mengeluarkan darah yang pekat semasa didera oleh mereka semua, nada badannya dipenuhi dengan lebam, sakit. sakit apabila mereka mendera anak aku, aku tidak pernah naik tangan pada nada.

"anaqi bodoh tu! tak akan tolong kau, sebab dia tak sayang kau, kalau dia sayang, dah lama dia datang lah perempuan!"

BUK!

aku disepak sehingga kepala berdenyut denyut. Allah. Allah. Allah. tidak berhenti aku berdoa didalam hati, aku lemah, aku tidak mampu melawan. aku hampir berserah diri kalau ajal aku disini, sakit yang pertama kali aku rasakan.

"what you want from me! don't touch my child! If you want to kill, kill me but don't kill my son! tegas ku, aku menangis dalam kemarahan. at the same time, nak je aku tarik seluar dia biar separuh bogel.

"aku nak anaqi, aku pastikan aku akan dapat apa yang aku nak"

aku tersenyum sinis, yakin nye kamu.

"huh really? anaqi only loves me, he just wants me, he hates women like you. you know? anaqi said that he had long wanted to fire you from work, kalau dia cintakan kau, dia dahlama halal kan kau, tapi kenapa dia halal kan aku, hebat tak?"

aku perlinya, rasa puas membuak buak, dah lama ingin bersuara, tetapi disekat, mulutku ditutup menggunakan kain

melihat riak wajahnya sudah mula merah dek kerana amarahnya, diperli oleh aku. cepat koyak. anaqi nak ke perempuan macam dia ni?

"melampau kau sial!"

dia mula mengarahkan pistolnya tepat didahi aku seraya mencangkung kearahku, pipi aku dicengkam kuat olehnya.

"kau tahu.. banyak benda yang suami kau tu rahsiakan daripada kau, kalau kau tahu, tengok muka dia pun pasti kau jijik, ya?" dia mengusap pipiku dan menampar nampar pipiku dengan lembut.

aku tersentak, rahsia? rahsia apa. apa yang cuba fiona sampaikan pada aku sehingga melafazkan ayat aku jijik pada anaqi? setahu aku.. anaqi tidak pernah merahsiakan sesuatu dari aku.

"good bye girl" dia mengoyakkan senyuman sinis.

"one.. two.. three" jantung aku mula berdegup kencang, menutup kelopak mataku serapat rapatnya, aku tak takut mati. tapi aku tak mahu mati.

BANG!

Allah...

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now