inara || 30

2.1K 81 0
                                    

hari demi hari berlalunya dengan cepat. suami tiada dirumah, dia sudah bermula kerja seperti biasa meninggalkan aku dan nada dirumah kami, yang baru dibeli sejak berkahwin.

aku merenung tubuh nada yang sedang lena tidur diatas katil yang empuk, tubuh aku ditegakkan, rasa sunyi apabila anaqi tiada dirumah. selalunya pagi buta macam ni lah suka kacau aku dan nada.

kaki mengorak langkah turun daripada anak tangga, menjejak kaki di dapur untuk masak supaya nada tidak kelaparan, tangan membuka kabinet, peti ais, kosong.

aku mendegus kasar dan meraup wajah aku, nampaknya aku perlu tinggalkan nada lagi dan meminta bantuan aria. maaf sahabat aku kerana menyusahkan kamu.

telefon bimbit dicapai, apabila berfikir banyak kali. lebih baik bawa nada alang alang membelikan ia mainan anak patung yang baru, kesian pula dilihatnya anak patung dah comot.

kaki melangkah masuk kedalam bilik, lalu menggoncang lembut bahu nada. ku usap ubun ubunya dengan lembut, sebagai ibu, perlulah kejut anak dengan penuh kasih sayang.

"assalamualaikum anak mommy, time to wake up inada alana binti haraz, jom.. teman mommy beli barang dapur" ujar lembut seraya mencium dahinya.

nada mengeliat dan sedikit merengek, aku hanya memberikan senyuman manis, rambut kusutnya, pipi merahnya membuatkan nada tambah comel, geram!

dengan perlahan ia bangun dan memegang lenganku, jari jarinya yang gemuk itu aku main, matanya bulat. nampak sangat segar daripada bangun kerana tidur awal.

"mommy.."

"ya sayang?"

"can you stop call papa name? nada dont liked it mommy.."

aku memberikan senyuman nipis, menolak rambut nada yang serabai daripada mukanya tertutup dan mencubit lembut pipinya. aku buntu, aku mati kata. tubuh kecilnya aku dukung dan meletakkan nada diatas riba.

"mommy.. tak boleh ke binti nada tukar nama daddy? nama daddy lagi sedap dari nama papa, nada hate papa" katanya.

budak budak mana pernah bohong, sekali dia kata, memang benda itu terjadi. aku senyum kelat, mati kata, hati terasa sakit dan kepala aku mula berdenyut apabila teringat kisah silam bersama haraz, Ya Allah.

"tak boleh sayang... nama papa mana boleh tukar, baik buruk papa dia tetap ayah kandung nada.. daddy tu bapa tiri awak nada, tapi dah jadi mahram dan dah jadi suami mommy. mommy boleh benci papa, tapi nada jangan okey sayang?"

aku kucup kepalanya, memejamkan mata, cuba menahan diri daripasa menangis didepan anak aku, aku tak mampu, tak kuat.

"nada kena ingat sampai bila bila, jangan bencikan orang yang buat jahat pada nada, mommy didik nada untuk jadi anak yang berguna.. biar orang buat kita, kita jangan buat orang, dan nada kena ingat, daddy awak tu hanyalah tiri, ingat yang papa haraz tu bapa kandung awak, dia yang menghasilkan nada, bukan daddy.."

"but why mommyyy, jadinya nada tak boleh sayang daddy ke? mommy sayang dekat papa lagi ke?"

aku tersenyum nipis dan menggelengkan kepala, tangan aku tidak berhenti mengusap rambut nada.

"I will never love the one who dumped me, mommy sayang daddy sorang je. nada boleh sayang daddy macam ayah kandung sendiri, tapi nada perlu ingat siapa lelaki pertama yang bersama mommy"

aku benci haraz sampai sekarang, aku tak akan lupa yang dia buang aku dan nada dan curang bawa sundal masuk dalam rumah.

nada hanya mengangguk, dengan laju leherku dirangkul erat oleh nada, lengan aku memeluk tubuh nada erat, betapa sayangnya aku pada dia. tubir mataku hampir panas dek kerana mahu menangis, aku tahan.

"nada pergi mandi.. mommy tunggu dekat bawah, anything just call me okey?"






Aku sibuk membeli barang barang keperluan aku di pasar mini, nada hanya memegang jari telunjuk aku, tangan membelek belek setiap barang yang aku perlu beli

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku sibuk membeli barang barang keperluan aku di pasar mini, nada hanya memegang jari telunjuk aku, tangan membelek belek setiap barang yang aku perlu beli.

"mommy.. lambat lagi ke? nada penat"
pintanya.

aku mendukung nada, kaki tetap berjalan bersama nada didalam dukungan aku, berat. tapi apa boleh buat? nanti merengek tak fasal ramai orang tengok.

"mommy"

"mommy"

hening.

"mommy!" nada menarik narik lembut tudung aku, laju mata melihat kearahnya, mengangkat kening. "apa?"

nada menunjukkan seorang figura lelaki, kecil besar kecil besar aku melihatnya, laju darah aku berdesup naik, lelaki yang aku kenal, haraz. siapa sangka baru sahaja sebut nama dia, Ya Allah janganlah bagi dia nampak aku.

"nada.. jom balik." suara aku berubah sekelip mata kaki mengorak langkah laju meninggalkan tempat itu, membayar barangan dikaunter dan beredar pergi ingin cepat masuk kedalam perut kereta.

tidak sampai untuk masuk kedalam perut kereta, tiba tiba lenganku terasa seperti ditarik kuat, aku terus mati langkah. mampus!

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now