anaqi || 25

2.3K 89 3
                                    

Hari paling bahagia dalam sejarah hidup aku, hari perkahwinan aku dan seorang wanita bernama naila inara, bahagia yang tidak aku ungkapkan, aku digelar menjadi suami.

Saat perkahwinan itu memang sesuatu yang dinantikan oleh pengantin baru, keluarga serta sahabat. perasaan gembira yang membuak-buak yang perlu dilepaskan boleh dinyatakan dalam bentuk ucapan kepada sang pengantin.

"aku nikahkan kau dengan anak perempuanku naila inara binti nash inas dengan emas kahwinnya bernilai RM300 tunai!"

"aku terima nikahnya naila inara binti nash inas dengan emas kahwinnya berjumlah RM300 tunai"

ayat sah merata tempat disebutkan, seraya kawan kawan aku bersorak riang dibelakang membuatkan aku meletus ketawa.

selepas sahaja akad nikah, aku membaca lafaz taklik yang disuruh tok kadi. merupakan syarat untuk membubarkan perkahwinan jika antara pihak suami atau isteri telah membuat sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan syarat taklik itu.

"sekiranya kau berzina atau mencuri, maka kau tertalak." itu lafaz taklik yang terbit dibibir aku.

lafaz taklik adalah syarak mengikuti undang udang dan tidak diboleh buat main, haruslah bercakap dengan betul dan tidak boleh ditarik semula, apabila ayat ayat itu dilangar oleh sang isteri, maka jatuhlah talaknya.

kaki mengorak langkah ke sang isteri, naila inara. aku tersenyum kearahnya, betapa cantiknya isteri aku pada hari istimewa ini, membuatkan aku lemah lutut.

"wooooo!! mantap naqi! dah jadi laki orang!" jeritan daripada kawan aku membuatkan aku membulat mata memberi isyarat, meletus ketawa aku bersama tetamu tetamu disana.

inara yang duduk sopan diatas pelamin, aku berdiri dihadapannya, lalu telapak tangan diletakkan diatas kepala sang isteri dan mendoakan seraya memejam kelopak mata.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوْذَ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. itu doa yang diterbit dibibir aku dengan ikhlas.

seterusnya, aku menyarungkan cincin di jari manisnya dan mencium dahinya, lama. bermulalah segi ambil gambar, cahaya kamera dimana mana.

ubun ubun si isteri aku pegang dan membaca doa doa lain untuk mendoakan si isteri sentiasa berada dilindungan Allah, fi amanillah.

aku sujud syukur, dan membuat perkara sunat selepas saja akad nikah, ramai yang tidak buat, tapi aku kekal buat.

inara bersalaman ditangan aku dan mengucapkan dua kalimah syahadah secara berbisik, salah satu sunat.

ini perkara sunat kepada si isteri untuk bersalaman sambil mencium tangan si suami sambil mengucapkan dua kalimah syahadah. Ini sebagai tanda hormat dan kasih sayang kepada suami iaitu ketua keluarga.

sesi mula ambil gambar. tetamu, keluarga, dan rakan turut berdiri disamping pelamin untuk mengambil gambar bersama pengantin baru. 24jam aku tak berhenti senyum, kang berhenti kena cop sombong pula, aduhai.

Apabila masa mula makin beranjak, tetamu pun makin mengurang, aku masih melayankan tetamu tanda hormat berterima kasih kerana datang.

aku dan kawan kawan yang lain berkumpul dihadapan rumah.

"congrats bro"

"cinta sesama manusia kerana Allah akan menuju syurga nan indah. bawalah cinta ini mencari redha Allah agar pertalian ini kekal abadi selamanya."

"selamat berbahagia sahabat setan ku, kamulah yang terpaling taknak kahwin, kamulah paling diam didalam circle, tau tau kahwin dulu"

kami semua meletuskan ketawa, terima kasih sentiasa dilafazkan, banyak tetamu yang memberikan kata kata pengantin baru untuk aku dan inara.

sekali sekala kerling kearah isteri aku tercinta, suka tengok dia senyum, peramah dan lemah lembut.

"cantik bini kau, lembut je." puji salah seorang kawan pembawa bala aku.

aku menayangkan wajah bangga. "well".

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now