Bibir Zayyan sedikit berdarah akibat tumbukan tadi. Darah yang terkumpul di dalam mulutnya mula diludah keluar. Zayyan toleh memandang pemilik suara yang baru sahaja menumbuknya.
Fariz Affan.
Pandangannya bertukar gelap sebaik sahaja matanya bertembung dengan anak mata Fariz. Begitu juga Fariz, pandangannya terhadap Zayyan begitu dingin ketika ini.
Hafiya juga menoleh ke arah Fariz. Serta-merta hatinya berasa lega. Berkali-kali dia mengucapkan syukur. Dengan pantas dia berlari duduk di belakang Fariz, ingin berlindung daripada Zayyan.
Hafiya juga tidak duga dengan tindakan. Kakinya seolah-olah berjalan sendiri tanpa harus dia berfikir terlebih dahulu. Sungguh refleks. Tetapi Hafiya hanya membiarkan saja.
Sempat Fariz melirik ke arah Hafiya yang kini berada di belakangnya. Jelas ketakutan di wajah jelita itu. Tidak pernah dia melihat Hafiya takut sampai begini. Pasti Zayyan sudah melakukan hal yang tidak sepatutnya dia lakukan.
Tangan mula mengepal membentuk satu penumbuk. Rahang Fariz juga diketap kuat. Wajah Zayyan yang berada di hadapannya dipandang geram.
Zayyan ketawa sinis sebelum darah yang mengalir di tepi bibirnya dikesat kasar dengan belakang tangannya. Setelah itu dia menepuk kedua belah tangannya.
"Tak sangka hero ada di mana-mana, kan?" Sinis Zayyan.
"Kau buat apa dekat dia?" Soal Fariz dingin.
"Ouh! Tak ada apa-apa pun, kan honey?" Zayyan memandang pula ke arah Hafiya yang masih berada di belakang Fariz. Fariz bertapak ke hadapan bagi melindungi pandangan Hafiya dari terus dilihat Zayyan.
"Honey tengkorak kau!" Bentak Fariz geram. Kolar baju Zayyan direngkuh kuat.
Zayyan membiarkan sahaja Fariz berbuat demikian. Malahan dia menyembur tawanya kuat. Seolah tidak takut dengan manusia yang berada di hadapannya ini.
"Kau tak payah nak lagak hero sangatlah bro. Kau tak tahu ke yang perempuan yang sama-sama kita kejar tu dah tunang?" Zayyan sangkakan Fariz akan terkejut sama dengan dirinya. Tetapi jejaka itu hanya senyum. Bahkan senyuman yang puas.
"Kau senyum asal?" Soal Zayyan. Apa Fariz tidak terkejut dengan berita yang baru sahaja dia katakan?
"Tak sangka akhirnya kau tahu juga berita tu." Nafi Fariz. Kolar baju Zayyan masih dipegang erat.
"Maksud kau?" Zayyan tidak faham. Sekali lagi Fariz tersenyum sinis.
"I'm her fiance." Fariz mengangkat tangannya sebelum menunjukkan kepada Zayyan cincin tunangnya. Terkedu Zayyan. Begitu juga Hafiya.
Selama ini, Farizlah tunangnya?
Zayyan jatuh melihat ke arah cincin yang elok tersarung di jari Fariz. Rupa cincin itu seakan-akan sama dengan rupa cincin milik Hafiya. Mengapa dia tidak mengetahui hal ini dengan lebih awal. Stupid!
Mengapa Hafiya sekan-akan tidak marah dengan Fariz selepas mengetahui dia adalah tunangnya yang selama ini ibu dan ayahnya rahsiakan? Bahkan, dia berasa lega. Sungguh rumit kisah hidupnya!
Zayyan mendengus geram. Kenapa harus manusia ini yang menjadi tunang Hafiya?!
Kolar baju Fariz juga direngkuh Zayyan. Kini mereka bersama-sama memegang kolar baju masing-masing. Fariz hanya ketawa kecil. Suka dia melihat reaction Zayyan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Fariz Affan
RomancePertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...
