LFFA | 28

166 15 0
                                        

   Butik makngah Fariz menjadi tempat di mana mereka akan kunjung. Pada mulanya Hafiya juga terkejut apabila Puan Farinie membawanya ke sini untuk fitting  baju kahwin tetapi mahu hairan apa dah kalau butik makngah Fariz menjadi pilihan sebagai butik baju yang terbaik di Kuala Lumpur.

   Kehadiran Puan Farinie, Fariz dan Hafiya disambut baik oleh pekerja-pekerja di situ. Sungguh ramah mereka semua. Terus aja bayangan makngah dicari Puan Farinie. Ternyata makngah berada di mejanya.

   "Kak!" Panggil Puan Farinie sedikit kuat bagi mendapatkan perhatian kakak iparnya.

   Apabila namanya terasa dipanggil terus saja makngah toleh ke arah pemilik suara sebelum senyuman manis mula terukir. Wanita itu mula bangun dari duduknya lalu menghampiri mereka.

   "Ya Allah Rinie lamanya tak jumpa!" Tubuh adik iparnya dipeluk seolah-olah setahun tidak jumpa. Puan Farinie hanya ketawa sebelum dia juga membalas pelukan kakak iparnya. Selepas pelukan dileraikan Puan Farinie menyalam tangan makngah. Sempat mereka berdua berlaga pipi.

   Giliran Fariz dan Hafiya pula yang menyalam tangan makngah. Makin melebar senyuman makngah. Tak sabarnya nak tengok anak buahnya kahwin!

   "Yang ni lagi sorang, lama tak jumpa!" Makngah tujukan kepada Fariz. Tangan wanita itu naik mencubit pipi Fariz. Teringat sewaktu Fariz kecil dahulu, suka betul dia apabila makngah mencubit pipinya.

   "Apa ni makngah, tiba-tiba cubit pipi Riz! Merajuk kang." Kata Fariz dengan nada yang dibuat merajuk. Sudah besar panjang pun masih manja dengan makngahnya.

   Makngah hanya ketawa.

   "Tepi sikit, makngah nak jumpa bakal anak buah makngah yang baru." Bahu Fariz ditolak ke tepi apabila bayang Hafiya dilindung Fariz.

   Fariz hanya membiarkan. Sudah terbiasa dengan sikap makngahnya yang satu ini. Nasib sayang ngat ngat!

   "Masya-Allah makin berseri-seri bakal anak buah makngah ni! Ish geramlah!" Pipi Hafiya dingomel-ngomel oleh makngah. Geram sungguh! Comel sangat!

   Hafiya ketawa.

   "Janganlah makngah nanti habislah pipi Fiya yang comel ni!" Balas Hafiya. Dia sudah tidak malu dengan makngah Fariz. Malahan, siap boleh bergurau senda tau! Keluarga Fariz semuanya baik-baik saja.

   "Biarlah nanti biar Fariz tak suka, lepastu Fiya kahwinlah dengan anak makngah!" Gurau makngah. Terus berubah riak wajah Fariz mendengar kata-kata makngahnya. Kahwin dengan sepupunya? Ouh tidak sama sekali!

   "Hensem tak anak makngah?" Sengaja Hafiya menanyakan soalan itu apabila dia menangkap perubahan wajah Fariz. Ingin saja dia tertawa.

   "Ush! Bukan setakat hensem, tapi bau duit kuat!" Balas makngah lagi. Dia mahu membuat anak buahnya jealous. Puan Farinie juga tertawa lalu menggeleng kepala. Ada saja mereka berdua itu mahu kenakan Fariz.

   "Ehem! Ehem! Riz dekat sini." Fariz berdehem untuk mengingatkan mereka yang dia masih berada di situ dan mendengar perbualan mengarut mereka itu. Makngah dan Hafiya saling berpandangan sebelum kedua-duanya ketawa.

   "Lah ada ke? Ingatkan dekat luar tadi." Fariz menjeling makngahnya.

   "Makngah jangan nak hasut bakal isteri Riz untuk kahwin dengan anak makngah ye. Apa ingat Riz tak hensem ke? Riz pun bau duit tau! Ingat anak makngah je ke? Sekeh karang!" Kata Fariz. Apa ingat dia tak cemburu?

   "Ouhhhhhh cemburulah ni? Alololo Riz sayang makngah ni." Ketawa makngah.

   "Dahlah tak mau kawan." Ucap Fariz merajuk. Tanganya naik peluk tubuh.

Love For Fariz AffanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang