Dengar sahaja azan subuh berkumbangan, Fariz terlebih dahulu terjaga. Tetapi kali ini terasa asing baginya. Mata beralih ke arah satu susuk tubuh yang masih lena dibuai mimpi berbantalkan lengannya. Siapa lagi kalau bukan isterinya, Hafiya.
Bibirnya naik menguntum senyuman kecil. Wajah lena Hafiya ditatap penuh cinta. Alahai isteri, tidur pun cantik.
Lengannya yang masih dijadikan bantal oleh Hafiya itu mula ditarik dengan perlahan. Tangannya pula naik menyentuh bahu Hafiya lalu dengan suara yang rendah, Fariz mula bersuara dengan lembut.
"Fiya..." panggil Fariz perlahan.
Hafiya yang terasa tidurnya diganggu mula membuka kelopak matanya. Wajah tampan Fariz menjadi pandangannya yang pertama ketika ini. Sepantas kilat Hafiya menarik selimut lalu dibawa ke arah mukanya. Malu!
Bangun-bangun ja dah nampak muka hensem suami. Lemahlah macam ni! Sudahlah baru bangun tidur, entah-entah muka pun penuh dengan cacat cela! Adu malunya!
Fariz ketawa melihat reaksi Hafiya. Sempat kepala digelengkan perlahan.
"Jom, kita solat subuh sekali," ajak Fariz seraya bangun dari katil.
Hafiya hanya angguk kecil sebelum dia turut bangun dari posisi baringnya. Matanya hanya memandang Fariz yang kini berjalan menuju ke arah tandas. Sambil-sambil itu, Hafiya melirik sekeliling.
Kini mereka menetap buat sementara waktu di rumah keluarga Fariz. Sempat jugalah Hafiya membuat drama sedih semalam angkara terpaksa meninggalkan ibu dan ayahnya. Anak bongsukan.
Sedang leka Hafiya melihat setiap inci ruangan bilik tidur Fariz, gegendang telingan menagkap bunyi tapak kaki yang kini menghampiri ke arahnya. Itu petanda menunjukkan bahawa Fariz sudah selesai membersihkan diri. Kini gilirannya pula.
Kepala diangkat untuk melihat Fariz yang betuk-betul berdiri di hadapannya sekarang. Lengkap berpakaian baju t-shirt hitam bersama kain pelikat. Ini kali pertama Hafiya melihat Fariz mengenakan kain pelikat.
"Asal? Tak pernah tengok orang pakai kain pelikat ka?" Soal Fariz bersama kening diangkat sebelah. Hafiya ketawa kecil.
"Pernah ja. Tapi ni first time awak pakai." Balas Hafiya. Fariz hanya memusingkan matanya. Malas nak layan karenah isterinya.
Tuala yang diambil oleh Fariz dari tadi mula dicampak dihadapan muka Hafiya. Tersentak Hafiya dek tindakan itu.
"Awak! Tak baiklah! Cuba kasi elok-elok!" Marah Hafiya bersama jelingan maut. Nasib Fariz ada wuduk tidak lama dah cubit ketamnya singgah di lengan Fariz. Tak guna punya suami!
"Baiklah tu, tolong isteri ambilkan tuala." Selamba Fariz menjawab bersama senyuman penuh mengusik. Hafiya hanya menjeling. Dosa tak dosa, nak jeling juga! Ada dia baling tuala dekat muka cantik aku ni?
"Dah pergi mandi sana. Tak baik lewat-lewatkan solat," arah Fariz.
"Baiklah Encik Suami," balas Hafiya acuh tidak acuh. Hafiya mula bangun daripada katil lalu berjalan ke arah tandas. Fariz hanya senyum sebelum kaki melangkah ke arah tempat solat. Sejadah mula diambil oleh Fariz lalu dihampar ke atas lantai.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Fariz Affan
RomancePertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...
