Kelopak mata Hafiya mula terbuka apabila terasa lenanya diganggu dengan sinar cahaya matahari yang tembus dari langsir bilik itu. Matanya digosok perlahan bagi menghilangkan rasa mengantuk yang masih tersisa. Lena sungguh gadis itu tidur. Terima kasih pada katil yang empuk dan luas ini. Seketika Hafiya teringat akan sesuatu. Sekelilingnya dipandang.
Tepat sangkaannya, dia masih berada di bilik tetamu rumah mummy dan daddy Fariz. Jadi, kejadian semalam bukanlah mimpi tetapi nyata. Cepat-cepat Hafiya mencapai telefonnya yang berada di atas meja sisi katilnya. Untung saja dia membawa powerbank di dalam handbagnya. iPhone miliknya mula ditekan on.
Selepas telefonnya sudah hidup, terpapar jelas
30 missed call dari 'Sofia Bestiak 🔐🌷' .
Dahinya ditepuk sendiri. Aduh! Pasti Sofea risau akan dirinya. Kukunya digigit sambil berfikir alasan apa yang akan dia bagi kepada Sofea.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Hafiya toleh memandang telefonnya yang jelas terpapar nama Sofea. Makin tidak senang duduk dirinya. Hafiya berfikir sejenak sebelum telefonnya diambil lalu memencet button hijau di screen telefonnya.
"Helo..." sahut Hafiya perlahan.
"NUR HAFIYA NAMIRA! KAU PERGI MANA? BARU RETI NAK ANGKAT CALL KE? KAU BAGITAHU AKU SEKARANG KAU DEKAT MANA?!" Tempik Sofea kuat. Hafiya menjauhkan telefonnya dari telinganya. Aduh boleh pecah gegendang telinga aku dengan minah ni.
Hafiya merapatkan semula telefonnya ke telinga.
"Aku...aku..aku dekat.." tergagap-gapap Hafiya dibuatnya. Aduh, tak kan dia nak beritahu hal yang sebenar? Nanti lagi kena marahlah dia!
"Teraku-aku! Pandai pula gagap! Yang angkat phone tu tak reti pulak!" Bengang Sofea dibuatnya dengan perangai sahabatnya.
Hafiya muncung bibir. Huwa kena marah dengan Akak barista!
"Ish janganlah marah-marah!" Balas Hafiya bersama bibir yang masih dimuncungkan ke hadapan. Sofea memusinkan matanya.
"Kau dekat mana ni, Fiya? Seharian aku call tak angkat-angkat. Risau aku tau." Nada Sofea menurun. Kini nadanya lebih ke arah risau. Risau takut apa-apa terjadi kepada sahabatnya ini. Sudahlah orangnya pun degil.
"Urmm...nanti aku bagitahu okay? Aku ada hal ni, bye!" Cepat-cepat Hafiya menamatkan panggilan tersebut. Nafas dihela lembut. Hafiya melihat pula ke arah screen telefonnya untuk melihat jam. Matanya terbuka luas.
Sudah pukul 9:40!
Habislah! Macam mana dia boleh terlajak tidur ni! Sudahlah dia berada di rumah bakal mertuanya aduh!
Kalut-kalut Hafiya bangun dari katilnya lalu mula mengemas katilnya. Justeru itu, dia lari masuk ke dalam bilik air yang sudah tersedia ada dalam bilik itu. Kaki dihayun ke arah singki. Cermin yang berada di hadapannya ditatap.
Hafiya mula membuka kepala paip kemudian dia membasahkan mukanya. Selepas dia berpuas hati dengan dirinya, barulah dia melangkah keluar dari tandas. Dengan perlahan, dia melangkah pula ke arah pintu keluar.
Tombol pintu dipegang tetapi tidak dibuka lagi. Berdebar-debar pula hati Hafiya. Sabar hati, jangan berdegup kencang sangat.
Perlahan-lahan Hafiya membuka pintu lalu bertapak keluar dari bilik tetamu itu. Kaki dihayunkan ke arah anak tangga untuk menuju ke tingkat bawah. Sempat Hafiya melihat sekeliling, tidak kalah cantik juga rumah mummy dan daddy Fariz ini walaupun di tingkat dua. Di tingkat bawah pun sudah cantik apatah lagi di tingkat dua ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Fariz Affan
RomansPertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...
