Hafiya menatap wajahnya yang sudah dipenuhi make-up di hadapan cermin. Debaran di dada mula terasa. Hari ini dia akan bergelar isteri kepada Fariz Affan. Seorang jejaka yang sudah lama bertahkta di hatinya. Tapi biasalah malu nak berterus terang.
Matanya jatuh pula pada busana nikahnya bewarna putih yang elok tersarung ditubuhnya. Makin kencang debaran dadanya apabila membayangkan waktu akad nanti. Tanganya pula telah dihiasi inai merah yang telah melengkapkan lagi penampilannya sebagai seorang pengantin.
Hafiya leka memandang jari-jemarinya yang merah dengan inai itu. Ia menjadi saksi, sebuah impian yang sudah lama dia bayangkan akan bertukar menjadi nyata. Sungguh mendebarkan!
Hafiya tarik nafas dalam-dalam sebelum dia melepaskan perlahan-lahan.
"Masya-Allah cantiknya anak dara ibu ni." Kata Puan Hannisa sebaik sahaja dia memasuki bilik Hafiya. Tangan Puan Hannisa perlahan-lahan menyentuh bahu anaknya. Faham sangat, pasti Hafiya nervous.
"Ish ibu..." balas Hafiya perlahan. Senyuman manis diberikan kepada ibunya. Tidak mahu riak wajah cemasnya terlalu menonjol. Memang tidak dapat dinafikan, dia betul-betul berdebar sekarang ni. Hati ini bagaikan mahu pecah!
"Ibu, Fiya takut." Luah Hafiya dengan nada yang menurun. Sungguh dia takut, tapi pada masa yang sama dia bahagia. Entah mengapa, terlalu banyak perasaan yang bercampur aduk dalam hatinya ketika ini, seolah-olah tiada ruang untuk dia bertenang.
"Insya-Allah, semua akan berjalan dengan lancar. Istighfar sayang." Pujuk Puan Hannisa bagi menenangkan Hafiya. Wanita itu mula menggosok lembut bahu Hafiya, cuba untuk menyalurkan kekuatan.
Hafiya senyum manis.
"Fiya nak ibu jalan sekali dengan Fiya ke sampai dekat pelamin?" Soal Puan Hannisa. Mereka memilih untuk akad di rumahnya kerana itu adalah pilihan keluarganya. Untungnya keluarga Fariz hanya menurut.
"Tak apa lah ibu, lagipun Fiya dah janji dengan Sofea yang dia akan iring Fiya sampai ke pelamin. Ibu cuma tunggu Fiya je dekat sana nanti." Balas Hafiya bersama senyuman manis. Puan Hannisa hanya angguk.
"Ibu keluar dulu tau, nanti kita jumpa dekat bawah ye, sayang?" Hafiya angguk. Puan Hannisa hanya tersenyum sebelum umbun-umbun Hafiya dicium sekilas. Hafiya ketawa kecil.
Baru sahaja Puan Hannisa keluar dari biliknya, Sofea pula masuk dengan senyuman melebar. Jelas kelihatan gembira pada hari bahagia sahabatnya. Mana tak gembiranya, kalau satu-satunya sahabat yang dia ada akan sah bergelar isteri orang pada hari ini.
Melihat wajah gembira Sofea pun sudah berjaya membuatkan Hafiya ketawa. Over betul Sofea ni!
Sofea pergi mendekati Hafiya.
"Huwa my baby tembam aku dah nak kahwin!" Sofea berkata dengan nada yang sedih. Lepas ni tiada lagi orang yang boleh dia bergaduh pagi-pagi.
Hafiya ketawa sebelum lengan Sofea dicubit kecil.
"Ish kau ni, aku kahwin je bukannya aku pindah planet!" Balas Hafiya bersama gelengan kepala.
Sofea muncung.
"Tak pelah janji nanti aku jadi aunty." Bibir Sofea naik menguntum senyuman mengusik. Ha mula dah dia.
"Malas layan kau." Hafiya bingkas bangun apabila salah satu ahli keluarganya yang berada di muka pintu memberi isyarat kepadanya untuk mula turun ke bawah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Fariz Affan
RomancePertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...
