Sudah 30 minit Hafiya menunggu Zayyan di hadapan pagar rumahnya. Kata Zayyan sudah on the way, tapi sampai sekarang batang hidungnya pun tidak kelihatan. Mundar-mandir Hafiya dibuatnya.
Sejurus itu, kereta BMW milik Zayyan mula kelihatan bergerak ke arah depan rumahnya. Panjang umur, baru saja ingin telefon, tengok-tengok sudah sampai. Hafiya hanya senyum selepas wajah tampan Zayyan mula menghiasi pandangannya.
"Sorry sorry! I ada hal tadi!" Ucap Zayyan serba salah. Kasihan pula pada Hafiya, pasti gadis itu sudah tunggu lama.
Hafiya hanya senyum kemudian dia menggeleng kepala sekali. Menunjukkan dia tidak memarahi jejaka itu kerana lewat. Zayyan hela nafas lega. Takut juga kalau gadis itu mula menarik muka hanya kerana dia lewat daripada masa yang telah dia tetapkan.
Malam ini, Zayyan tampak sedikit berbeza. Lebih kemas dan cantik pakaiannya dan juga lebih tampan dibandingkan hari-hari sebelum ini. Wajah jejaka itu juga tampak begitu gembira. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan dia terlihat berbeza pada hari ini.
"Awak nampak lainlah malam ni Yan." Tegur Hafiya. Zayyan ketawa kecil. Sudah tentulah dia terlihat berbeza dah kalau malam ini adalah malam yang dia nanti-nantikan selama ini.
Malam di mana dia ingin melamar Hafiya.
"Ada-ada sajalah you ni. I biasa je lah tetap tampan seperti sediakala." Zayyan menayang wajah bangganya. Ketawa Hafiya dibuatnya.
Sementara itu, ada lagi satu kereta mewah yang parking agak sedikit jauh dari kawasan perkarangan rumah Hafiya. Tidak lain tidak bukan, semestinya...
Fariz.
Niatnya ingin berjumpa dengan Hafiya. Tetapi melihat sahaja Zayyan yang terlebih dahulu sampai daripadanya, dia membatalkan saja niatnya. Fariz hanya melihat mereka dari jarak jauh sahaja. Tiada lagi niat untuk pergi dan berjumpa Hafiya. Sekali sekala tangannya memegang stering keretanya dengan kuat.
Kemudian, Fariz memilih untuk beredar dan pulang ke rumahnya. Sia-sia sahaja dia datang ke rumah Hafiya kalau dia hanya melihat keakraban antara Hafiya dan Zayyan dari jarak jauh.
Mata Hafiya lari melihat ke arah kereta yang baru saja bereda. Tidak dapat dia melihat dengan jelas kerana kedudukan mereka agak sedikit jauh. Tapi entah mengapa hatinya tidak rasa sedap. Matanya pula asyik ingin melihat ke arah sana. Mungkin hanya kata hatinya saja.
Hafiya cuba membiarkan saja kata-kata hatinya. Mata memandang semula ke arah Zayyan.
"So, shall we?" Zayyan memandang ke arah Hafiya. Dengan wajah yang sama dan riaksi wajah yang sama. Iaitu wajah yang tampak bahagia.
"Sure." Balas Hafiya. Zayyan angguk sebelum dia bertapak menuju ke arah pintu penumpang bahagian depan lalu membukakan pintu tersebut kepada Hafiya. Hafiya hanya senyum. Sempat berkata terima kasih kepada Zayyan.
Zayyan membawa dirinya ke arah bahagian pemandu selepas Hafiya selamat masuk ke dalam keretanya. Selepas Zayyan selesai membaca doa naik kenderaan di dalam hatinya, dengan cermat keretanya mula meluncur di atas jalan raya.
Semasa dalam perjalanan, entah mengapa Hafiya terdetik untuk melihat ke arah jari-jemarinya. Pandangannya jatuh pada jari manis yang masih elok tersarung cincin tunangnya. Serta-merta perasaan bersalah menyeleburi dirinya. Dia sudah reda yang dia akan berkahwin dengan seorang lelaki yang dia sendiri belum melihat dan juga kenal.
Ibu dan ayahnya masih merahsiakan siapa tunangnya. Apatah lagi nama mahupun wajah. Sudah tentu dia belum mengetahui. Fikirannya jauh melayang entah sampai mana sambil mata masih memandang ke arah cincin tunang itu. Sampaikan Zayyan menyeru namanya berkali-kali pun tidak didengari.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Fariz Affan
RomancePertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...
