LFFA | 24

133 12 0
                                        

   Fariz yang baru sahaja keluar dari bilik meeting bersama Hans Ayden di sisinya mula terserempak dengan Zayyan yang elok berdiri di hadapan meja Hafiya. Zayyan melihat Fariz. Fariz juga melihat Zayyan. Ewah dia buat macam office tu dia punya pula Zayyan ni.

   Hans Ayden yang melihat mereka berbalas pandangan itu mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ha mula dah peperangan dingin.

   "Fariz, mana Fiya?" Soal Zayyan bersama tangan disilangkan ke dada. Gaya-gaya seperti dia pula yang boss.

   "Kenapa nak tahu pasal pekerja aku?" Fariz membalas pertanyaan Zayyan dengan soalan juga. Zayyan mengeluh kecil.

   "Aku nak ajak dia lunch." Balas Zayyan.

  "Lunch ja yang dia tahu. Tak ada benda lain." Membebel Hans Ayden seorang diri.

  "Tak boleh. Dia busy." Balas Fariz pula dengan nada dinginnya. Hans Ayden mula naik hairan.

   "Bila pulak boss bagi kerja dekat Fiya?" Tanya Hans Ayden polos. Fariz menjeling tajam ke arah Hans Ayden. Hans Ayden angkat kedua belah tangannya tanda menyerah.

  "Ayden dah cakap Fiya tak busy. Mana dia?" Soal Zayyan lagi untuk kali yang kedua.

   "Aku cakap dia busy. Dah balik."

   "Aku tak akan balik if aku tak jumpa Fiya." Balas Zayyan dengan berani. Sesuka hati dia ja nak halau orang.

Ting!

   Hans Ayden memandang ke arah poket seluarnya apabila telefon bimbitnya mula bergetar menandakan ada notifications masuk. Dia mula menyeluk tangannya lalu mengambil telefonnya dari poket seluar kerjanya.

   Buah Hati Boss Fariz.

  "Ayden, saya balik office lambat sikit tau. Cakap dekat boss, kereta saya ni ha tetiba pula tak boleh start."

   Hans Ayden mendekatkan dirinya dengan telingan Fariz untuk memberi tahu sesuatu.

   "Boss, Fiya WhatsApp saya, dia kata dia masuk lewat sikit. Kereta rosak katanya." Tutur Hans Ayden dengan nada berbisik. Tapi cukup untuk membuat orang sekeliling itu dengar apa yang dia katakan. Tak function pun bisik.

   Dengar sahaja yang apa dikatakan Hans Ayden, terus sahaja fail yang berada ditangan Fariz dari tadi diletakkan diatas fail lain yang berada di tangan Hans Ayden. Lalu terus berlari keluar dari officenya untuk mendapatkan kereta miliknya.

   Begitu juga dengan Zayyan. Laju sahaja lari keluar selepas mendengar apa yang dikatakan Hans Ayden. Tidak berkelip Hans Ayden dibuatnya.

   Tergamam Hans Ayden apabila kedua-kedua jejaka itu berlari keluar dari office milik Fariz seolah-olah kena kejar dengan anjing. Laju betul!

   "Eh eh! Boss! Er good luck!" Jerit Hans Ayden kuat meskipun bayang Fariz sudah lama menghilang.

   Hans Ayden jatuh melihat fail-fail yang bertambun di atas tangannya sewaktu ini. Sempat kepala digeleng sebelum memandang sekeliling. Terlihat ada sesetengah pekerja yang melihat ke arahnnya. Hans Ayden senyum.

   "Biasalah assistant berjaya memang macam ni." Tutur Hans Ayden sebelum kaki melangkah pergi. Naik lenguh tangannya membawa kesemua fail itu.

Love For Fariz AffanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang