"Kenapa ibu ayah suruh Fiya balik ni?" Tanya Hafiya seraya menyalam tangan ibu dan ayahnya.
"Ada perkara penting yang kami nak beritahu Fiya ni." Balas Tuan Nazrien terlebih dahulu. Umbun-umbun kepala anak perempuannya dicium lembut. Begitu juga Puan Hannisa.
Iris coklat cair milik Hafiya menangkap kereta Audi R8 GT milik abangnya.
"Abang Rien pun ada?" Soal Hafiya lagi. Tuan Nazrien dan Puan Hannisa hanya angguk bagi menjawab pertanyaan anak dara mereka itu.
Terus tersenyum lebar Hafiya sebelum kaki dibawa masuk ke dalam rumah agam keluarganya. Tuan Nazrien dan Puan Hannisa hanya mampu menggeleng dan tersenyum.
Masuk saja Hafiya ke dalam rumah agam itu, kelibat Hazrien dicari. Wajahnya jelas terpapar senyuman gembira. Kata ayahnya tadi ada perkara penting yang ingin diberitahu. Mungkin abangnya akan berkahwin?
"Abang Rien!" Laung Hafiya kuat.
"Ye! Bakpo mung!" Nyahut Hazrien. Dia pergi mendekati adiknya.
"Ayah cakap ada perkara penting nak beritahu. Abang nak kahwin ehh?" Tutur Hafiya teruja. Wajah abangnya tidak lari dipandangnya.
Hazrien beralih melihat ke arah Puan Hannisa dan Tuan Nazrien yang hanya senyum. Confident betul anak perempuan mereka itu. Mata Hazrien kembali melihat ke arah Hafiya yang masih menanti jawapan daripadanya.
"Siapa kata abang nak kahwin?" Balas Hazrien bersama tawa kecil. Pipi tembam Hafiya dicubit geram.
Hafiya menjeling tajam ke arah abangnya.
"Habistu?" Hazrien hanya mengjongketkan bahunya tanda tidak tahu.
Puan Hannisa mula melangkah mendekati anak daranya sebelum lengan Hafiya disentuh lembut dan dibawa ke arah sofa yang tersedia ada di ruang tamu itu. Hafiya hanya menurut dan mengikut langkah ibunya.
Tuan Nazrien dan Hazrien turut mengikuti langkah mereka berdua.
Sebaik sahaja Hafiya melabuhkan punggung di sofa empuk itu, terasa tangannya digenggam Puan Hannisa. Makin hairan dia dibuatnya. Apa yang sebernanya ibu dan ayahnya ingin memberitahu dirinya?
"Fiya..." panggil Puan Hannisa lembut. Hafiya melihat ke arah ibunya.
"Kalau ibu cakap, ada orang masuk meminang Fiya, Fiya percaya tak?" Tutur Puan Hannisa berhati-hati.
Terkejut Hafiya selepas mendegar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya itu. Wajah Puan Hannisa ditatap tidak percaya.
"Hahaha! Pandailah ibu buat gurau. Sebernanya Abang Rienkan yang nak kahwin?" Tanya Hafiya lagi. Wajah ibu dan ayahnya dipandang bersilih ganti. Inginkan jawapan yang sebernanya.
Hatinya perlahan-lahan berdegup dengan kencang. Seperti apa yang dikatakan ibunya sebentar tadi adalah benar. Tapi siapa? Adakah dia kenal?
Puan Hannisa perlahan-lahan mengeluarkan satu kotak kecil yang ditulis perkataan Pandora diatasnya lalu dibawa ke hadapan Hafiya. Perlahan-lahan Puan Hannisa membuka kotak kecil itu kemudian terpaparlah sebentuk cincin yang mempunyai sebutir permata ditengah-tengahnya.
Cicin itu ditatap Hafiya. Tidak dapat dia nafikan yang dia benar-benar jatuh cinta dengan cincin itu. Sungguh cantik.
Tuan Nazrien, Puan Hannisa dan Hazrien, ketiga-tiganya menatap Hafiya dengan senyuman yang sukar ditaksif. Hafiya pula masih memandang ke arah cincin itu dengan reaksi wajah yang terkejut tetapi pada masa yang sama dia teruja. Entah mengapa perasaan teruja itu boleh terselit dalam situasi begini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Fariz Affan
RomancePertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...
