Fariz dan Hafiya mengenakan busana pengantin yang bertemakan songket bewarna biru gelap. Busana itulah hasil tangan makngah Fariz. Sungguh mempersonakan. Tak lainlah kalau orang kata butik makngah itu adalah antara butik yang terbaik.
Mereka mengadakan majlis bersanding di satu hotel mewah milik keluarga makngah. Katanya sebagai hadiah kahwin. Fariz dan Hafiya hanya menerima dengan hati yang terbuka. Orang kata rezeki jangan ditolak. Meskipun Fariz lebih daripada mampu untuk membuat perkara yang sama.
Fariz melirik ke arah Hafiya atau lebih tepat lagi...isterinya.
Gadis itu tidak pernah kalah dalam membuat hatinya berdegup kencang. Apatah lagi apabila Hafiya mengenakan baju songket itu. Sungguh cantik! Persis bidadari. Patutlah Hans Ayden selalu memanggilnya bidadari dunia.
Hafiya yang terasa dirinya dipandang terus saja dia mendongak sedikit untuk melihat orangnya. Tepat sangkaannya apabila anak matanya bertembung dengan anak mata milik Fariz. Kedua-duanya hanya membisu.
Mereka kini berdiri betul-betul di hadapan pintu dewan hotel itu sebelum mereka bersama-sama melangkah masuk ke dalam. Waktu yang ditetapkan untuk mereka masih belum tiba, itu yang mereka harus menunggu dalam beberapa minit lagi.
"Kenapa? Makeup saya tak cantik ka?" Soal Hafiya memecahkan kesunyian antara mereka.
Fariz senyum kecil. Apa punya soalanlah isterinya ni.
"Sikitlah." Gurau Fariz. Terus sahaja wajah Hafiya bertukar cemburut. Pastilah bersedih kerana suaminya sendiri berkata makeupnya tidak cantik. Setahunya, dia sudah menempah mua yang terbaik di Kuala Lumpur ni. Tak kan masih tidak cantik.
Dah kalau suaminya pun berkata tidak cantik, apatah lagi para tetamu nanti. Huwa!
"Kidding, wife." Cepat-cepat Fariz berkata hal yang sebenar. Karang muka Hafiya hanya sedih sahaja di pelamin nanti. Jelingan maut diberikan kepada Fariz. Tak dan apa-apa lagi sudah mendapat dosa. Siapa suruh main-main!
Fariz ketawa kecil.
Tangan naik mencuit lembut hidung Hafiya. Tersentak Hafiya dengan perbuatan Fariz. Aduh janganlah main cuit-cuit hidung, karang ada hati ni yang buat kerja.
"You're beautiful as always, cutie pie." Pipi Hafiya berona kemerahan mendengar panggilan yang baru sahaja Fariz beri kepadanya. Mata dibawa lari ke arah lain, tidak mahu anak mata mereka bertembung. Malu!
"Malu?" Soal Fariz meskipun jawapan sudah jelas di depan mata.
"Siapa yang malu? Saya tak," nafi Hafiya.
"Bila masa pula aku cakap dekat kau? Catch you, wife." Hujung bibir Fariz naik menguntum senyuman sinis. Dia ni memang tak pernah nak bagi orang menang!
"Ish, awak ni!" Fariz ketawa seraya menghulurkan lengannya kepada Hafiya. Meminta gadis itu untuk berpaut pada lengannya. Sungguh gentleman! Seperti dalam drama pula rasanya. Tak sia-sia Hafiya suka menonton drama. Dapatlah juga dia merasa dalam kehidupan sebenar.
Terkelip-kelip Hafiya memandang Fariz yang masih menghulurkan lengannya kepada Hafiya. Tanpa berfikir panjang, Hafiya menyambut huluran itu. Fariz mengukir senyuman.
Fariz tampak seperti orang lain pada hari ini. Mungkin sebab hari ini adalah hari bahagia mereka?
"Ready?" Soal Fariz dalam nada berbisik.
"Ready, husband." Mereka berdua saling berpandangan sebelum sama-sama mengukirkan senyuman.
Pintu dewan dibuka oleh pelayan, lalu dengan perlahan Hafiya dan Fariz melangkah masuk ke dalam dewan. Seiring dengan rentak lagu yang mengiringi langkah mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Fariz Affan
RomancePertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...
