"Fiya..." panggil Kak Khadeejah sebaik sahaja dia berada di hadapan meja Hafiya.
Hafiya mengangkat wajahnya untuk memandang ke arah Kak Khadeejah. Senyuman sempat diukir buat gadis itu.
"Ye kak?"
"Nah." Sejambak Bunga Ros diberikan kepada Hafiya. Naik hairan Hafiya dibuatnya. Hari ini bukan birthdaynya, mengapa Kak Khadeejah memberikan dia bunga?
"Elelele sweetlah akak ni." Hafiya mengambil bunga itu dari tangan Kak Khadeejah.
"Apa yang sweet?"
"Ni bagi bunga." Hafiya senyum manis. Eleh Kak Khadeejah ni buat-buat tak faham pulak.
"Siapa cakap tu Kak Khadeejah bagi?" Hafiya kerut dahi.
"Habistu?" Kak Khadeejah hanya menjongketkan bahu bersama senyuman lalu dia kembali semula ke arah mejanya.
Makin hairan Hafiya. Bunga ros itu ditatapnya. Matanya tertangkap ke arah satu kad yang diletakkan dicelah-celah Bunga Ros tersebut.
"A beautiful flower for a beautiful person. Hope these bringten your day."
-Mr Secret.
Tanpa tersengaja, bibir Hafiya menguntum senyuman. Kak Khadeejah hanya memerhatikan Hafiya sejak dari tadi. Ingin tahu juga apa yang ditulis di kad itu.
"Amboi amboi amboi...bukan main senyumnya. Dia tulis apa?" Kak Khadeejah mula mengesot kerusinya mendekati meja Hafiya yang berada disampingnya. Kepala dijenguk-jenguk ke arah bunga itu. Niat ingin melihat apa yang ditulis atas kertas itu.
Terlepas tawa Hafiya. Ada-ada saja Kak Khadeejah ini.
"Mana boleh tengok! Dia bagi dekat Hafiya bukan dekat Kak Khadeejah!" Hafiya mula menjauhkan kad itu dari dilihat Kak Khadeejah lalu menayang wajah berlagaknya. Sempat Hafiya menjelir ke arah Kak Khadeejah.
Kak Khadeejah memuncungkan bibirnya bersama tawa kecil.
"Hmph! Tak hairanlah dengan kad tu!" Kepala ditoleh ke arah lain. Merajuklah dikatakan.
"Alolololo Kak Khadeejah busuk masam acam ni.." dengar saja kata-kata Hafiya itu, mereka berdua ketawa bersama. Apa yang lucu pun tak tahu.
"Ehem ehem..."
Kak Khadeejah dan Hafiya serentak menoleh ke arah pemilik suara.
Siapa lagi kalau bukan Hans Ayden.
"Uyoo! Dapat bunga! Siapa bagi?" Soal Hans Ayden ingin tahu. Kedua tangannya digosok berkali-kali, menunjukkan dia tidak sabar mahu mendengar jawapan atas pertanyaannya sebentar tadi.
Ni sorang lagi, penyebuk.
"Adalah! Mana boleh bagitahu!" Hans Ayden mula menjeling selepas mendapat jawapan bagi pertanyaannya.
"Ish bidadari dunia! Tahulah diri tu banyak peminat!"
"Tahu pun." Hafiya menayang wajah belagak.
Ketawa Kak Khadeejah dan Hafiya.
"Dahlah! Malas nak layan bidadari dunia. Baik layan anak bini saya..." selepas berkata demikian, Hans Ayden mula berlalu pergi meninggalkan meja Hafiya.
Hafiya dan Kak Khadeejah saling berpandangan sebelum kedua-duanya ketawa.
Suka sungguh mereka berdua ketawa ya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Fariz Affan
RomancePertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...
