BAB 2

36 5 0
                                    

•••

RENÉE
—reborn, born again.
l'histoire se répète

"Nduk, Kang Kuswan ketemu sama ibu semalam. Malam nanti, kamu dijemput nyanyi. Ada majelis di rumah pak penghulu."

Aku tidak jadi hendak beredar ke bilik aku apabila Mbak Kyati memberhentikan aku di ruang tengah rumah kayu ini.

Barangan yang sudah aku beli, diletakkan di atas meja tengah. Usai mengeluarkan dua bungkusan kain berisi rempah dan juga satu bungkusan buah-buahan yang aku beli dalam perjalanan pulang tadi, aku mengemaskan pegangan aku pada beg di sisi aku.

"Baik mbok. Malam nanti Delima ke sana. Nuwun, mbok." Mbak Kyati mengangguk.

"Siang ini kamu mahu masak atau mbak yang masak?" Soalnya lagi.

Aku tersenyum. "Delima iso masak, mbak. Apa mbak tidak ke pusat desa hari ini?" Aku bertanya sementara aku duduk di kerusi kayu tengah-tengah ruang.

"Hanya bertanya. Rapopo kalau nduk ora iso masak. Mbok boleh masak. Lagipun, pusat desa sudah terisi dengan mbak-mbak lain."

"Rapopo, mbok. Delima iso masak." Aku mengikut langkah Mbak Kyati menuju ke ruang tamu rumah. Bunyi papan rumah berkeriut seiring langkah kaki.

Rumah tradisi Jawa ini agak besar meskipun hanya kami berdua sahaja menjadi penghuninya. Dahulu kata Mbak Kyati, rumah ini adalah rumah pusaka nenek moyang aku. Keluarga Mbak Kuati turut tinggal di sini memandangkan keluarga Mbak Kyati adalah pengasuh dan inang-inang keluarga moyang aku.

Aku dengar, keluarga aku dulu keluarga kehormat Kerajaan Jawa Tengah. Pun begitu, kesemua ahli keluarga aku telah terbunuh dalam satu peristiwa yang hanya menyisakan aku.

Aku... langsung tidak tahu tentang peristiwa itu. Aku tidak bertanya selepas pertama kali aku bertanya dahulu, Mbak Kyati mengelak daripada membuka cerita.

"Kalo gitu, mbok keluar dulu. Ngati-ngati ngurus omah. Jogo awakmu." Tangan yang dihulurkan oleh Mbak Kyati, aku sahut. Dicium belakang tapak tangan dan perut tangannya.

"Sebelum awokmu metu kanggo nyanyi, ngenteni mbak mulih dulu, yo." (Sebelum kamu keluar untuk bernyanyi, tunggu mbak balik dulu ye.)

Aku tidak membalas. Kami hanya saling berbalas senyum sesama kami. Tangan aku di sisi sempat memegang kejap layangan Pruwadi. Tidak sabar hendak membaca kiriman kekasih hati aku yang satu itu.

Sebaik sahaja figura Mbak Kyati sudah hilang dari pandangan mata aku, aku melabuhkan duduk di atas lantai.

Tangan membuka lipatan kertas berwarna kekuningan itu. Satu demi satu perkataan dan perkhabaran yang diceritakan oleh Raden Pruwardi Wiyawan aku baca dengan teliti.

Sesekali aku tertawa halus apabila Pruwadi bercanda dengan aku melalui rangkai tulisan halusnya. Kepala aku terbayang senyuman manis jejaka berdarah Jawa kelahiran Yogyakarta itu.

Di akhir baris surat, Pruwadi sempat menitipkan pesan agar aku ngati-ati dan sentiasa menjaga diri juga cinta kami. Sempat Pruwadi berjanji bahawa dia akan pulang dari Banyuwangi hujung purnama nanti.

Aku menutup surat itu dengan senyuman manis dan hati yang berbunga.

"Aku bakal menantikan mu mas. Kamu berjuang di sana dengan tenagamu, aku berjuang di sini dengan suaraku. Nanti... kita ketemu."

Aku memeluk surat tersebut erat. Baru aku hendak bangkit ke dapur bagi menyediakan bahan masakan, kedengaran satu suara memekik dari bawah.

"Mbak Kyati!"

Aku berkerut dahi. Itu suara lelaki. Ada apa waktu-waktu begini sudah ada lelaki bertandang ke rumahku?

Aku bangkit. Sanggul aku kemaskan dan baju kebaya yang agak terlipat hujungnya, aku kemaskan tertib. Langkah lenggang-lenggok anak dara, aku bawa ke muka pintu.

RENÉE Where stories live. Discover now