BAB 5

26 3 0
                                    

•••

RENÉE
—reborn, born again.
l'histoire se répète

POV REINE

Aku memperkemas kemeja hitam aku. Dimasukkan ke dalam seluar hitam jenis jeans milik aku. Rambut yang beralun ditiup angin, aku jambak dan disatukan sebelum tangan sebelah lagi mengikatnya kepada satu sanggul rendah.

Aku kira aku sudah sihat sepenuhnya. Sudah sehari berlalu. Gangguan entah apa-apa tidak lagi berlaku. Aku sudah minta pembantu rumah yang baru sahaja diambil bekerja— Shaikha untuk menutup cermin meja solek bilikku dengan apa-apa kain yang dia ada. Mungkin sebab itu juga aku sudah tidak diganggu.

Mata aku menelek pada imej seluruh badanku di hadapan cermin panjang bilik. Cermin yang baru aku beli memandangkan aku sudah membuang semua cermin yang ada di rumah ini kerana trauma.

Eloise ada bertanya sebab kenapa aku tidak membuang sama meja solek yang menjadi 'sebab' aku dirasuk tempoh hari tetapi aku tidak menjawab. Entah kenapa, aku rasa ada sesuatu dengan cermin itu yang aku sendiri perlu selidik. Nanti, bukan sekarang.

Lamunan aku hangus apabila telefon di dalam kocek aku bergetar sedikit menandakan ada mesej masuk. Bahuku terangkat sejenak. Tangan menyeluk poket sendiri lalu telefonku dicapai.

'Dato tu dah nak sampai.'

Mesej dari Albert, partner aku untuk tugas kali ini aku baca sekilas. Aku hanya meninggalkan tanda biru untuknya tanpa membalas apa-apa. Tangan mencapai topi hitam di meja berdekatan sebelum langkah aku dibawa keluar dari pintu utama dengan pantas.

Aku ada kerja.

Aku memandu Mini John Cooper milikku. Bukan milik aku pun sebenarnya sebab kereta ni, rumah aku duduk dengan Eloise tu pun milik Mr. Tristan, bapa aku. Kami... anak yatim yang dijadikan asuhannya. Seterusnya, kami bekerja dengannya sebagai salah satu cara membalaS budi lelaki itu membesarkan kami.

Family relationship with benefit. Mungkin?

Pemanduan aku pantas. Ada sesekali aku cekap menyelit di antara barisan kenderaan lain dengan berpandukan aplikasi penunjuk arah perjalanan. Maklumlah, aku tak berapa biasa dengan jalan di sini.

Aku ke sini pun, atas alasan kerja dan arahan bapaku...

Pemanduan aku berhenti di petak parkir satu bangunan belum siap benar-benar dengan bangunan firma tempat sasaran aku akan bertemu nanti. Aku menukarkan gear kepada P. Mata aku melirik ke arah cermin pandang belakang di ruang tengah kaca hadapan kereta.

Aku terkaku saat satu wajah menyapa pandangan aku dari tempat duduk belakang. Bagaikan baru disuntik dengan dose paralytic anesthesia, aku terkaku. Anak mataku terus ditangkap oleh sepasang anak mata bulat itu.

"Neng..."

Aku membalas. Hanya saja degup jantung aku semakin menggila sewaktu senyuman wanita itu terlorek lebar. Wanita ini... Delima Wardiya Adiratna yang aku pernah lihat di dalam mimpi aku sebelum ini. Wajahnya... mirip dengan aku. Hanya sahaja lekuk mukanya lebih—nyata seperti seorang gadis asli dari seberang. Apatah lagi dengan berpakaian tradisi masyarakat Jawa Tengah itu.

"Waktune wis teko. Apa awakmu ora mahu nututi leluhurmu?"

Aku terpana. Bahasanya asing tetapi... aku faham. Aku faham apa yang dia kata!

'Waktunya sudah tiba. Apa kamu tidak mahu menurut nenek moyangmu?'

Aku menelan liur seraya berdehem. Cuba untuk berlagak tenang sedangkan kalau dikira kadar degupan jantung aku saat ini dengan menggunakan sphygmomanometer, mungkin mesin berkenaan boleh meletup.

RENÉE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang