BAB 11

15 2 0
                                    

•••

RENÉE
—reborn, born again.
l'histoire se répète

CHAPTER 11

Tangan yang terluka dek ulah aku di dapur tadi, aku ubati dengan plaster. Ini semua salah Eloise. Boleh pula anak jati Perancis itu pergi ke rumah keluarga teman lelakinya berhari-hari dan tidak pulang-pulang.

Terpaksalah aku yang tidak gemar meluangkan masa untuk makan di luar ini, masak sendiri. Itupun, aku godek je apa yang ada dalam peti sejuk orang bujang. Rumah je besar, peti aisnya boleh kira apa yang ada.

Perlakuan aku mati apabila anak mata aku tertancap ke arah skrin telefon yang menyala sedikit. Mesej dari Dominique.

Aku tersenyum segaris. Pantas, tangan aku mencapai telefon bimbit berkenaan. Mesej Dominique yang bertanya kalau-kalau aku sedang sibuk itu aku tekan lalu aku balas laju. Memaklumkan kepada si kekasih hati bahawa aku sedang tidak melakukan apa-apa.

Kurang seminit, satu panggilan masuk dengan penamanya milik Dominique. Senyuman aku melebar. Tanpa berfikir panjang, aku menekan butang terima panggilan lalu aku terus sahaja melekapkan telefon bimbitku ke telinga kanan.

"How are you my dear?"

Bibir aku herot menahan senyuman dari terus terkoyak lebar. Aku bangkit dari tempat dudukku di kerusi meja makan sambil mengorak langkah menuju ke ke sofa. "I would say I am half cooked." Aku melabuhkan punggung sambil menyilangkan kaki.

Dapat aku dengar Dominique tertawa di hujung talian. Barangkali sudah menjangka jawapan aku sebegitu. Well, memang setiap kali dia bertanya pun, aku akan jawab sebegitu.

"Maybe, we need to get married first for you to answer that your life are wonderfully exciting." Dominique membalas dengan canda tawanya seperti biasa. Aku turut sama tertawa kecil.

"How about you? Anything new?" Aku bertanya pula kali ini. Jari yang sudah tertampal dengan plaster aku telek. Comel juga plaster warna pink yang Eloise simpan dalam almari dapur ni. Sangat Eloise. Vibe-vibe gadis paling feminine abad ini.

"Monotonous life. Maybe I would say a little more boring cause you are not here with me." Dominique membalas bersama nada lembut. Aku tertawa kecil. Dapat aku bayangkan wajahnya yang masih sudah mencebik mengenangkan aku tidak ada bersamanya.

Tuntutan kerja dia dan tuntutan kerja aku membuatkan kami sering kali terpisah. Dominique sebagai international insurance broker sering merantau mengikut kepada tempat di mana khidmatnya diperlukan. Pun begitu, Dominique dikira beruntung kerana walaupun kerjanya itu adalah freelance, semua kliennya faham sendiri bahawa segala kos perjalanan dan penginapan Dominique adalah termasuk dalam bayaran khidmat.

Dominique benar-benar lelaki berotak business.

"Your work, how was it? Anything new?" Soalan tiba-tiba dari Dominique membuatkan aku tersedak liurku sendiri. Dalam sela masa sesaat, aku berdehem perlahan.

"Nothing new. Every day just passed by like the day before. A document for a client and then... case closed." Aku memberikan jawapan paling neutral dan kedengaran biasa-biasa semampuku. Tidak akan aku ceritakan kepada Dominique tentang kerja aku yang sebenar-benarnya.

Walaupun dia tahu aku adalah anak angkat perempuan dari Jeu de la Mort, dia tidak perlu tahu siapa aku sebenarnya dalam kesebelasan pasukan berkenaan. Cukuplah selama ini dia hanya fikir aku ini, orang pejabat yang menguruskan dokumen-dokumen perjanjian antara Jeu de la Mort dan pelanggan mereka.

Titik noktah sampai situ. Bukan koma.

"When will you be available again for a meet up?" Aku memulangkan soalannya dengan soalan biasa. Sebagai pasangan yang sudah teramat selesa dengan keadaan percintaan jarak jauh kami, memang itu selalunya menjadi perbahasan. Bila dan di mana mereka akan berjumpa sekadar untuk berbicara dari hati ke hati, dan mata ke mata.

RENÉE Where stories live. Discover now