•••
RENÉE
-reborn, born again.
l'histoire se répèteKelopak mataku, aku angkat meskipun masih berat terasa dek kepala yang berpinar-pinar. Anak mata aku melilau ke sekeliling. Aku kenal bilik ini. Ini bilik tempat aku kena 'ganggu' tadi.
Tangan aku naik menekan pelipis kepalaku. Perlakuan aku terbejat apabila dapat aku rasakan yang lengan aku seakan terlalu lenguh. Dahi aku berkerut.
Kenapa?
Mata diliarkan ke sekeliling bilik sementara aku beralih sedikit ke belakang agar badan aku boleh bersandar pada kepala katil. Kaki aku juga lenguh seakan baru sahaja menghabiskan larian pecut untuk beberapa ratus kilometer.
Aku terasa hendak melsung memanggil nama Eloise tetapi anak tekak aku bagaikan terikat. Perit. Perit seperti aku baru menjadi penyanyi utama untuk satu festival nyanyian yang menyaksikan aku menyanyikan berpuluh-puluh buah lagu.
Dahi aku berkerut. Meja solek yang terletak bertentangan dengan pintu bilik jadi fokus aku waktu iini. Kejadian yang berlaku awal pagi tadi menjadi isi perhatian aku semula.
Seingat aku, aku nampak 'sesuatu' dari pantulan cermin berkenaan kemudiannya, aku pengsan. Seingat akulah.
Beberapa saat kemudian, pintu bilik aku terkuak kecil dari luar. Dahi aku semakin berkerut sebaik aku dapat mengesan Eloise yang sedang mengendap seakan hendak mencuri di dalam bilik aku. "Eloise?" Aku bertanya dalam masa yang sama menyapa. Bukaan pintu terkatup sejenak.
Entah kenapa, aku seakan dapat mengesan rasa takut dari perilaku Eloise. Mana pernah gadis itu sekaget itu semenjak kami berdua berkawan.
"Eloise, kau kenapa? Kenapa tak nak masuk?" Aku bertanya lagi. Kali ini, pintu terkuak lagi. Perlahan-lahan, Eloise membukanya hingga figuranya yang sedang berdiri tegak di muka pintu menjadi jamahan mata aku. Kening aku terangkat merenungnya.
Tangannya menggigil.
"Apa yang jadi?"
"Kau siapa?" Soalnya semula.
Aku terpana. Aku... siapa? "Apa maksud kau Eloise?" Soalan berbalas soalan, aku jawab dengan soalan lain. Kenapa Eloise menggigil? Apa yang jadi pagi tadi?
"Kita first meet dekat mana?" Eloise bertanya takut-takut namun suaranya dikeraskan cuba berlagak berani. Tangannya disatukan membentuk genggaman kuat.
"Kau kenapa?"
"Jawab!" Nafasnya seakan tersekat. Oktaf nadanya memuncak tiba-tiba hingga bahu aku terhinjut.
"Kita jumpa dekat bakery Cedric, favourite baker kau. Aku selamatkan kau dari kena tarik dengan lelaki gila. Tiga tahun lepas, musim luruh." Aku menjawab dengan penuh yakin.
Mendengarkan jawapan aku, Eloise tersebik. Laju gadis itu berjalan mendekati aku dan memeluk aku erat. Aku kaku. Langsung tidak membalas dakapannya.
"Ini Reine. Ini Reine Tristan aku..." Suara Eloise bergetar hebat membuatkan aku tersentak. Apa maksud Eloise?
Pelukannya akhirnya dileraikan. Kedua-dua tanganku dia pegang erat. Bagaikan tidak mahu lepas. "I was very afraid that i lost you. Sumpah, tadi pagi kali pertama aku takut dengan kau despite your profession, Reine."
"Apa yang jadi pagi tadi? Aku... pengsan kan?" Dalam ragu aku cuba menebak. Entah kenapa, hati aku jadi tidak sedap melihat raut Eloise saat ini. Eloise di depan mataku, menggigit bibir bawahnya.
"This morning, you are possessed."
"WHAT?!"
-
IMBAS KEMBALI POV ELOISE