BAB 3

18 5 0
                                    

•••

RENÉE
—reborn, born again.
l'histoire se répète

Aku terkebil-kebil merenung siling. Nafasku dihela sebelum dilepaskan berat. Kepala aku ditelengkan sejenak, menilik jam dinding bilik.

Jam lima pagi.

Malam tadi, aku tidak dapat lena bahkan sepicingpun. Sudahlah aku hanya tidur selepas jam dua pagi dek menyiapkan urusan aku yang tergendala sejak baru pulang dari Perancis. Kusangkakan lelap dalam lena, rupanya dihantui mimpi entah apa-apa.

Aku mengeluh lagi.

Entah kenapa aku rasakan mimpi kali ini sangat jelas bahkan bagaikan aku rasakan sendiri bahawa akulah Delima yang menjadi peran utama dalam penceritaan mimpi aku itu. Delima Wardiya Adiratna, anak gadis Pak Endra Adiwilaga. Seorang gadis yang bekerja sebagai penghibur di desanya di Jawa Tengah. Kekasih kepada Raden Pruwadi Wiryawan.

Aku mengangkat tangan kanan dan melekapkannya pada dada kiri aku. Bibir terketap rapat.

Kalau mimpi ini adalah mainan tidur semata-mata—

Mengapa detak jantung aku sama derasnya dengan detak jantung Delima di dalam mimpi tadi? Mengapa... aku rasa lelah dan nafasku sedikit terhimpit seakan-akan akulah Delima yang berlari tanpa berkasut semata-mata hendak keluar dari rumah penghulu desa seusai melakukan hal yang tidak patut pada tetamu penghulu desa?

Mengapa... setiap butiran mimpi itu, bahkan sensasi sentuhan lelaki bernama Nadim kepada Delima sepertinya melekat di dalam kepala aku?
Aku bangkit dari baring. Kini, aku duduk dengan menyandarkan belakang badan aku pada kepala katil besar di bilik utama rumah ini. Rumah yang dihadiahkan oleh bapa aku, Mr. Tristan sebelum aku pulang ke sini lagi.

Aku tersenyum kelat mengingatkan bapa aku yang sedang tinggal bersendirian di bumi Perancis sebaik sahaja aku memutuskan untuk pulang ke Malaysia. Mengenangkan bapa angkat aku itu, aku turut sama terbawa kepada kehidupan aku bertahun-tahun sebagai seorang Reine Tristan.

Aku sendiri sebenarnya kurang jelas dengan asal-usul aku. Perihal yang aku tahu, aku adalah seorang anak gadis berketurunan Melayu yang djumpai oleh bapa aku semasa dia bekerja di Malaysia suatu ketika dahulu. Walaupun begitu, dek 'pekerjaan' ayah angkat aku, aku berjaya didaftarkan sebagai seorang yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Perancis dan Malaysia.

Hidup sebagai satu-satunya ank gadis kepada Mr Tristan yang tidak pernah berkahwin menjadikan aku dijaga oleh lelaki itu bagaikan menatang minyak yang penuh. Walaupun pekerjaan ayah aku tidak semurni pekerjaan ayah orang lain, aku sedikit pun tidak pernah berasa kurang. Semua yang aku mahukan, akan tersedia depan mata. Meskipun, perlu didapatkan dengan menumpahkan darah manusia.

Aku tidak ramai kawan. Bahkan, sejak aku kecil lagi, aku homeschool. Lagipun, aku lebih suka tidak berkawan. Sebabnya?

Ramai kawan aku yang akan mati di tangan ayah aku sendiri.

Aku mengeluh lagi. "Banyak sangat dah kau fikir ni, Reine." Gebar yang menyelubungi hingga ke kaki, aku selak ke tapi. Aku bangkit dari dudukku dan mengambil langkah ke meja solek. Ingin mendapatkan telefon yang aku letakkan di atas meja solek.
"Agaknya, kalau duduk luar tengok tv, tau-tau boleh tidur kot?"

Aku mencapai telefon bimbit aku di atas meja solek. Gelang emas yang aku pakai di pergelangan tangan kanan aku buka. Tiba-tiba rasa rimas pula. Sebelah tangan membuka laci meja solek lalu gelang tersebut ditolak ke dalam laci berkenaan.

"Ouch." Sontak tanganku ditarik semula ke luar sebaik hujung jari aku bagaikan tertusuk dengan sesuatu yang tajam di dalam laci berkenaan. Aku menelek hujung jari telunjukku.

Berdarah...

Telefonku direhatkan semula di atas meja solek. Jari yang terluka dilap pada hujung lidah aku. Tangan sebelah lagi menarik pemegang lagi agar ruang yang tadinya hanya terbuka separuh kina terbuka sepenuhnya.

Aku tersentak. Kerutan berumah di dahi aku sebaik anak mata aku menancap ke arah sesuatu yang mencederakan hujung jari aku tadi. Aku kaku bagaikan baru sahaja melihat sesuatu yang sangat berbahaya di hadapan mata.

Ini...

Aku mengetap bibir. Besi emas yang ditempa dengan ukiran halus itu aku tenung lama. Batu-batu delima yang dijadikan sebagai perias kepada objek berkenaan aku perhatikan. Dahi aku berkerut lagi.

Ini cucuk sanggul.

Aku kenal cucuk sanggul ini. Cucuk sanggul ini sama dengan yang digunakan oleh Delima semasa menikam Nadim di dalam mimpi aku. Ini... objek itu. Aku yakin.

Bulu roma aku berdiri. Sukar hendak ditafsirkan perasaanku waktu ini. Aku mengelipkan mata beberapa kali. Sebaik sahaja pandangan aku tertala ke hadapan— cermin semula, dahiku berkerut lagi.

Dalam sela masa beberapa saat, aku terjerit kuat! Kakiku longlai. Aku jatuh terduduk sementara mata aku masih membuntang ke arah cermin itu.

Nafas aku seolah tersekat. Anak mataku bagaikan ditangkap oleh sepasang anak mata milik seorang wanita berbusana kebaya di dalam cermin itu. Aku berpaling sejenak ke belakang.

Kosong!

Aku menegakkan pandangan ke hadapan semula. Cuba memberanikan diri menatap wanita di dalam cermin itu. "Selamat pulang... neng." Senyuman wanita itu manis sewaktu menyapaku.

Aku terpaku. Seluruh wajahnya dan rupa serta riasan pemakaiannya aku perhatikan dengan detak jantung yang menggila. Aku rasa aku pernah nampak wanita ini. Aku yakin dia adalah... Mbak Kyati?!

Mulut aku terlopong. Kenapa dia panggil aku neng?

"Waktune wis teko... opo iso mbak nulung awakmu?" Senyuman Mbak Kyati semakin lebar. Semakin lama, lebarnya semakin besar hingga hujung kanan dan kiri bibirnya bagaikan terkoyak dek senyum sendiri. Giginya yang putih namun bermandikan darah menjadi jamahan mataku. (Waktunya sudah tiba. Apa yang boleh mbak bantu kamu?)

Aku terjerit sedikit dek terkejut. Bahu aku terhinjut. Detak jantung semakin menggila. Masanya sudah tiba? Masa apa yang sudah tiba?

Mengenangkan aku tidak membalas, senyuman Mbak Kyai mati. Kini, sepasang matanya perlahan-lahan berubah menjadi putih kesemuanya. Kakinya mula diorak menghampiri aku dari pantulan cermin. "Neng..."

Aku menjerit nyaring. Sepasang mata aku tutup dan tangan pula menutup sepasang telinga. Nafas aku bagaikan mampu terhenti bila-bila masa sahaja. Dada aku seolah mampu bocor dek jantung yang hendak terlompat keluar.

Sejenak, pintu aku terbuka dari luar. "Reine! Apahal ni?" Aku berpaling. Wajah Eloise terpampang pada ruang mata aku. Belum sempat menjawab soalannya, dunia aku sudah bertukar gelap gelita.

•••

RENÉE
—reborn, born again.
l'histoire se répète

RENÉE Where stories live. Discover now