BAB 9

8 4 0
                                    

•••

RENÉE
—reborn, born again.
l'histoire se répète

Aku memperkemaskan ikatan kain batik pada pangkal dadaku. Rambut yang masih basah aku sebak kesemuanya di belakang leher. Tidak aku hiraukan air yang menitis dari hujung rambutku yang masih basah. Lantai kayu bilikku di dek tengah jong ini juga basah dengan air dari betisku. Walaupun air di bilik mandi tadi agak dingin ditambah lagi dengan puputan pawana melalui celahan kayu dinding, aku tidak endahkan.

Aku rasa panas. Mungkin bukan jasadku yang panas tetapi jiwaku.

Lagipun, sekejap lagi aku perlu naik ke dek atas semata-mata hendak menemui Nadim. Pembetulan, bukan aku yang hendak menemuinya tetapi dia yang beria-ia menyuruh aku menemuinya. Kalau tidak, tiadalah Mbak Endang disuruh mengetuk pintu bilikku sebentar tadi.

Agaknya, kalau aku tidak naik ke dek atas, Nadim sendiri yang turun ke bilikku di dek tengah dan itu... adalah perkara paling aku tidak mahu. Bukan kerana aku takut dia melihatku dalam keadaan aku belum bertatarias sebagaimana kebiasaannya, hanya saja aku tidak mahu dia mengesan satu lagi 'jiwa' yang aku bawa bersamaku.

Mbak Kyati bilang, untuk memastikan bahawa 'jiwa' itu tidak dikesan oleh mana-mana jiwa yang lain, aku perlu mengawal kuasanya. Dalam erti kata lain, membenarkan kulitku bersentuhan dengan kerambit itu akan mampu mengawal 'jiwa'nya.

Agak rumit tetapi... begitulah.

Aku menggunakan kain tuala yang tersedia di dalam bilik ini lalu rambutku dikeringkan dahulu. Paling kurang hingga tiada lagi titisan air yang membasahi lantai dek. Kasihan pula kalau bilik orang yang berada di dek bawah aku ini, akan dihujani dengan air. Entah ada bilik atau tidak di bawah aku, aku pun tak tahu. Lebih kepada malas hendak ambil tahu.

Seletah berpuas hati, rambut itu aku ikat sanggul sedikit berselerak. Tangan mula membuka lipatan kain batik aku. Kain yang lembap itu aku turunkan lalu disimpul pula pada pinggang membiarkan bahagian atas badanku terdedah disapa puputan bayu dari celahan dinding jati. Tangan mencapai kebaya yang sudah aku sediakan di atas katil. Kebaya hitam berkain nipis itu aku pakaikan sesudah bahagian dalamnya aku kancingkan.

Setelah selesai, kain kebaya pula aku capai lalu dipakaikan dari bawah kain batil basahan yang tersarung di tubuhku. Setelah kain itu aku kancingkan barulah kain basahan tersebut aku buka simpulannya membiarkan ia jatuh di atas lantai.

Satu lagi pantang-larang Mbak Kyati yang tidak pernah aku tinggalkan sejak aku mendara adalah, jangan pernah sekalipun berbogel di mana-mana sekalipun. Kalau mandi, pastikan berkemban. Kalau berpakaian, pastikan jangan membuka pakaian sepenuhnya. Kain batik basahan perlu sentiasa ada.

Saat aku bertanyakan kepada Mbak Kyati sama ada pantang-larang itu memang diguna pakai oleh semua anak dara atau keturunan Jawa Solo sahaja, Mbak Kyati sekadar menggeleng. Katanya, anak-anak dara dari keturunan terpilih sahaja kerana ada di antara mereka yang jiwanya menjadi dambaan beberapa roh. Mendengarkan kata-kata lembut Mbak Kyati yang bagaikan tersirat dengan pelbagai maksud halus di baliknya, aku jadi tidak berani hendak bertanya lebih lanjut. Memang sejak dari dulu lagi, aku menerima bulat-bulat segala pantang-larang yang Mbak Kyati turunkan pada aku.

Kalau dengan menuruti pantang-larang itu kesemuanya, aku akan lebih terpelihara dari yang tidak-tidak, apalah salahnya. Kan?

Sedar bahawa aku sudah terlalu berlama-lama dan remang fajar sudah mula menerobos masuk ke bilikku jiwa melihat kepada garis-garis jingga yang terbentuk dari celahan papan dinding, aku mempercepat perilakuku. Rambutku disikat seadanya. Tangan mengemaskan sanggulku dengan hanya mencucukkan satu cucuk sanggul berantai sahaja.

Cucuk sanggul dengan batu mutiara hitam itu tampak sepadan dengan kebaya hitam yang tersarung di badanku. Seusai itu, tangan mencapai bedak dalam bekas kompak milikku. Beberapa kali wajahku ditatarias dengan tepekan bedak nipis lalu pemerah bibir aku calitkan sebagai penyudah. Sekadar tidak mahu wajahku pucat.

RENÉE Where stories live. Discover now