BAB 22

22 3 0
                                    

Aku melabuhkan pandangan kosong ke arah tingkap. Tingakp yang sudah menjadi satu-satunya medium untuk aku melayangkan fikiranku jauh dari neraka dunia ciptaan Tuan Nadindra ini.

Setelah sepekan lebih aku di sini, tahulah aku bahawa tiada satupun dari kata-kata Nadim Rajuna yang wajar aku pegang. Tiada satu aksarapun yang mampu aku sematkan dari bicaranya. Semuanya dusta.

Katanya, aku akan dia jaga dengan baik.

Dusta. Bahkan aku dilayan persis hamba dalam kurungan. Makan minumku hanya seadanya. Aku hanya dibekalkan dengan keperluan asas seorang manusia seolah-olah aku adalah makhluk yang tidak berakal dan berkeinginan. Kebebasan aku hanyalah ruang sempit berkatil satu ini.

Katanya, hanya sekadarnya sahaja akan dia ambil darahku.

Dusta. Dalam sepekan ini, setiap hari akan ada jururawat entah dari mana yang akan mendapatkan darahku dari tebukan yang sudah dia buat pada belakang tanganku.

Aku... bukan lagi aku. Rupa parasku, ramping badanku, bahkan semangat dalam ruhku sudah tidak lagi seperti dulu.

Kalaulah begini kira hidupku, lebih baik aku mati sahaja dari terus diperlakukan sebegini.

Mataku aku larikan ke segenap ruang bilik. Langkah aku buka menghampiri tandas. Setelah menyedari bahawa aku juga manusia yang perlu bergerak ke sana ke mari untuk menguruskan diri sendiri, aku tidak lagi tergari pada kepala katil seperti sebelum ini.

Aku merenung wajahku pada pantulan di cermin tandas. Pucatnya bibirku bagaikan tiada langsung salur darah yang berfungsi di bawahnya. Hujung bibirku merekah-rekah dek kedegilan aku mengambil makanan dan minuman yang dihidangkan kepadaku selama seminggu ini.

Aku bagaikan mayat hidup. Kulit yang dahulunya mulus kini tidak lagi seperti gadis sunti yang terjaga luar dalamnya. Mataku kuyu dan pipiku cengkung sesungguhnya.

Agaknya, berapa kali lagi darahku diambil sebelum akhirnya nyawaku pula yang akan diambil?

Kenapa... aku masih tidak mati-mati lagi?

Aku berjalan mendekati cermin itu. Bisikan-bisikan syaitan dapat aku dengar dari ruang-ruang jiwaku yang terbuka. Aku... benci wajah ini. Aku... benci hakikat bahawa aku berada di sini semata-mata kerana hikayat mengarut bergelar Nala Garjita. Apa adilnya aku menghadap jantaka sebegini sebelum sempat aku tahu tentang siapa aku sebenarnya?

Kepala aku terasa berasap-asap. Jiwaku mulai gosong dibakar oleh tenunganku sendiri. Bagaikan kini, ada satu ruang kusung yang sudah terbakar hangus dek bisikan-bisikan syaitan di telingaku.

Aku mengepalkan tanganku. Kepalan kitu aku angkat lalu tanpa perasaan, cermin di hadapanku aku tumbuk kuat hingga pecah berderai.

Aku meringis sakit dek kekuraku yang berdarah namun... bukan itu yang mengisi kepalaku saat ini. Tanpa menghiraukan titis-titis darah yang sudah mengotori lantai bilik mandi ini sehingga menitisnya ia benar-benar membasahi kakiku sendiri, tangan lagi satu aku hulurkan ke arah cermin yang masih belum jatuh itu.

Satu serpihan terbesar aku keluarkan dari bingkainya. Hujung jariku turut sama tergores dengan serpihan tajam itu namun aku hanya buat tidak endah.

Tangan kanan dengan kekura yang sudah dibasahi darah aku angkat. Aku genggam kuat hingga urat-urat di pergelangan aku timbut. Tangan kiri menggenggam serpihan cermin tadi, Kini, kedua-dua tanganku sudah berdarah meriah. Aku sempat melirik ke arah pantulan bibirku yang pucat dpada serpihan berdarah yang berada dalam genggamanku saat ini.

"Bersaksikan darahku yang bakal menyimbah lantai nanti, susur galur seorang Nadim Rajuna..."

Aku menekan bahagian sisi serpihan tadi pada urat yang timbul sehingga darah mula membanjiri lantai. Meriah. Pun begitu, perlakuan aku tidak berhenti. Semakin kuat aku menekan serpihan itu pada pergelangan tanganku. "... tidak akan pernah tenang."

RENÉE Where stories live. Discover now