RENÉE
—reborn, born again.
l'histoire se répèteCHAPTER 15
POV NADIM
Senyuman aku melebar dalam langkah kaki aku mengejar derap tapak kaki si gadis di hadapanku. Meski hanya belakang badannya sahaja menjadi jamahan panca indera lihatku, aku dapat melakar sendiri riak wajah di gadis dalam bayangan mata.
Pasti, bibir itu sedang tidak tersenyum, tidak jua mencebik sedih. Pasti anak mata itu tidak redup, tidak juga mendung. Yang aku yakin, ekspresi si rupawan yang sedang melangkah deras di hadapanku ini pasti... bersulam kerut dan tikaman belati dari pandangan. Andai lorong gelap yang kami sedang rentasi ini adalah sutau jasad, pasti jasad itu sudah lumat dikerjakan oleh amarah si dewi di depanku.
Aku tidak mahu berkata apa-apa. Aku tahu, Delima perlukan waktu. Bukan waktu untuk menerima perihal ini dalam balutan kesedihan tetapo waktu untuk menjinakkan api yang marak dalam dadanya agar ia tidak menghangus fikiran warasnya. Delima yang aku kenal— begitu.
Dalam masa beberapa minit, kini kami tiba di hadapan titi botyang sudah diturunkan sebaik sahaja pengawal bot; orang suruhan aku berjaya menancap kelibat kami berdua menghampiri hujung jeti. Semakin dekat dengan jong, semakin kuat tamparan bayu laut kepada kami.
Pun begitu, aku masih terasa hangat. Hangat daripada bahang amarah si gadis di hadapanku bersama suamnya kepuasan hati aku. Selepas ini, amarah itu akan aku gumpalkan bersama perancanganku agar Raden tahu bahawa bulan lepas, dia sudah mencuri dagangan dari pelayar yang salah.
Terlepasnya dia bukankah kerana nikmat Tuhan padanya. Terlepasnya Raden adalah pintu kepada perangkap lelaki itu sendiri dan kini, racun yang menjadi makanan si mangsa di dalam perangkap itu adalah... Delima.
Pintu jong ditutup sebaik aku dan Delima sudah berada di dalam dek bawah. Kini, kesejukan pawana laut yang mencengkam ke tulang sulbi tidak lagi terasa. Kehangatan dari obor yang tersusun sebagai penerang laluan dek ini menggantikan kedinginan tadi.
Delima berpusing badan kepadaku.
"Bawa aku ke dek atas. Ada sesuatu perlu kita bincangkan."
Aku menelek sejenak riak si gadis. Tenang. Setenang lahar yang meleleh di kaki gunung berapi yang baru meletus. Hangat dan warnanya merah. Merah menyala seperti bibir di gadis yang diolskan gincu. Aku mengangguk. Tanpa kata, aku berjalan dahulu dengan Delima di belakangku. Dia, aku bawa ke tangga besar di ruangan tengah untuk naik terus ke bahagian dek paling atas.
Bahagian yang hanya boleh diakses oleh aku dan orang-orang yang aku izinkan.
"Apa sebenarnya sebab engkau benar-benar hendak membuktikan kecurangan Raden pada aku? Opo pengenmu mas." Delima bertanya dalam keadaan dia membelakangi aku. Aku menyembunyikan senyumku sedikit. Ada getarannyang dapat aku garap dari nadanya. Entahkan marah entahkan terkilan.
"Kau tahu opo pengenku, neng. Kamu," jawabku.
Terus sahaja Delima berpaling ke arah aku. Pandangannya tajam menikan. Anak matanya bagaikan sinaran mentari menusuk terus ke dalam bebola mata aku. Cuba mencari keikhlasan yang aku palsukan dari balik pandangan redupku.
Delima... dia tidak perlu tahu betapa aku inginkannya. Betapa kuasaku sebagai Randi dan keturunanku benar-benar memerlukannya. Aku bertanya, "Kau percaya pada cinta pandang pertama?"
"Kalau kau hendakkan perawan sunti dari tanah aku, kampung aku. Lebih biduan dan rupawan berbandingku, tidak perlu bersusah kau memutuskan hubunganku dengan pacarku." Delima tidak menjawab. Sebaliknya, dia masih menginterogasi aku.
"Dan mereka tidak sepertimu." Aku masih cuba meyakinkannya. Menyuntik agendaku kasihku kononnya— ke dalam kepalanya.
"Kau ora wis kenal koyo opo aku, kangmas." Bicaranya masih tajam. Delima masih cuba memangkas satu demi satu bujukan yang aku lingkarkan pada pagar hatinya. "Kita ora kenal. Aku pernah hampir membunuhmu kangmas." Tegas sungguh Delima berbunyi kali ini.