BAB 21

7 1 0
                                    

TENTANG PUTRI MAWAR SRI AYU

•••

BAB 16

JANTAKA NALA GARJITA

TRANSLASI BAHASA MELAYU

-

HIKAYAT PUTRI MAWAR SRI AYU.

Menurut catatan kalam hikayat purba, dahulu kala ada sebuah empayar bernama Nala Garjita di tanah Jawa. Empayar itu adalah sebuah empayar ghaib iaitu empayar bunian. Para penguasa di seluruh Tanah Jawa sedia maklum tentang kewujudan empayar berkenaan dan perkampungannya namun begitu... disifatkan bahawa empayar tersebut langsung tidak menunjukkan diri kepada para penghuni Tanah Jawa. Bahkan, tepat-tepat lokasinya juga tidak diketahui.

Hanya sahaja sekiranya berlaku apa-apa kepada manusia di kawasan Tanah Jawa yang mana ianya membahayakan buana, pihak penguasa berkenaan akan mendapat surat dari Empayar Nala Garjita.

Entahkan betul entahkan tidak, cerita tentang Empayar Nala Garjita sering disampaikan dari mulut ke mulut, generasi ke generasi. Disifatkan bahawa di kerajaan bunian yang entah di mana letaknya itu, para arjuna dan ratnanya muda-mudi belaka. Mereka tidak akan tua dari segi rupa meskipun ada di antara mereka yang hidup beratus tahun lamanya.

Kerajaan berganti tampuk pimpinan pada satu era kegelapan Tanah Jawa. Saat itu, semua tanaman orang-orang Jawa begitu mudah rosak dan tidak menjadi. Kesannya, keterbatasan kuasa ekonomi telah menambahkan kadar kesusahan di Tanah Jawa. Penguasanya saat itu iaitu Raja Budiono Rajiman menjadi buntu. Tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang beberapa tahun menghantui rakyatnya.

Saat itulah, ada seorang pedagang dari Sunda yang begitu berjaya dan menjadi sebutan orang-orang. Bahkan, kehadiran Pedagang bernama Adeng Kuswani itu tidaklah ia sekadar hendak berdagang tetapi jua hendak membantu para penduduk di Tanah Jawa.

Kebaikan demi kebaikan Adeng Kuswani menjadi sebutan orang. Ke sana ke sini, dia membantu orang ramai dan menjual dagangannya dengan harga yang murah. Pun begitu, hartanya tidak pernah tiris. Bahkan, ada sesetengah yang mencemburuinya. Setelah beberapa ketika di Jawa, Adeng mengambil keputusan untuk mencari apa-apa hasil hutan yang istimewa di Tanah Jawa untuk dikembangkan menjadi sebuah produk dan dijual di tanah asalnya.

Saat dia di hutan itulah, dia dipertemukan dengan seorang gadis yang rupanya persis bidadari syurga sehingga Adeng terasa seluruh alam di sekelilingnya berubah. Rupa-rupanya, Adeng telah berjalan terlalu jauh ke dalam hutan sehingga secara tidak sedar dia melepasi gerbang ghaib antara Empayar Raja Budiono dan Empayar Nala Garjita. Di situlah, Adeng menemui si gadis berkulit mulus bak baldu dan putih seakan salju. Busana asli kebaya Jawa singkat yang dipakainya benar-benar serasi disarungkan si gadis. Selendang organza di atas kepala hingga ke bahunya menambah seri si pemakai.

Asalnya, Adeng hendak berpusing dan mencari jalan keluar dari tempat berkenaan namun, tangannya tiba-tiba sahaja dipegang oleh si gadis dari belakang. Baru sahaja dia berpaling dan mereka bertentang mata, Adeng merasakan dunianya gelap gelita.

Saat mata kembali dipaksa sedar dari lena, dia sudah berada di satu mahligai yang mana di dalamnya ada beberapa orang lelaki dan perempuan. Meskipun bingung, Adeng bangkit dalam keterpaksaan. Saat itulah, dia disapa oleh si lelaki muda yang turut ada di tempat kejadian. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Dika Sri Abhimanyu. Katanya, dia adalah wali kepada Putri Mawar Sri Ayu, anakandanya. Adeng langsung tidak bertanya tentang rupa paras Dika Sri Abhimanyu yang tampak seakan sebaya dengannya meskipun dia memperkenalkan diri sebagai bapa kepada gadis yang dilihatnya tadi.

Melihatkan situasi di situ, Adeng terus bertanya kepada Dika Sri Abhimanyu tentang keberadaannya dan asbab mengapa dia berada di sini.

Saat itu, Dika Sri Abhimanyu sendiri meminta maaf kepada Adeng kerana secara tidak sengaja, anaknya iaitu Putri Mawar Sri Ayu telah menarik Adeng ke empayar mereka dengan mewujudkan satu laluan yang tidak dapat dilihat mata kasar melainkan mata Adeng semata-mata. Dika selaku bapa meminta maaf kerana anaknya telah terlanjur suka akan Adeng dan sering mengekori Adeng ke mana-mana.

RENÉE Where stories live. Discover now