Deep Talk • xikers|JunMinjae

86 10 1
                                    

• Deep Talk (xikers|JunMinjae)

.

.

Malam ini xikers yang terdiri daripada 10 orang pemuda berkumpul di ruang tamu .

They're having a deep talk tonight.

Bermula daripada luahan Seeun yang mengatakan bahawa dia agak kekok apabila berdepan para staff, Jinsik yang terkadang berasa malu untuk berbual ringkas dengan para senior, Yechan yang ingin menjaga tekaknya supaya dia boleh terus menyampaikan rapnya dengan baik dan tak lupa juga Sumin yang belakangan ini begitu hyper sehingga tak tahu duduk diam .

Semuanya diterima baik oleh para anggota kumpulan . Mereka mendengar dan menyemangatkan mereka dengan baik .

Xikers , inilah safe space mereka .

Home .

Perbincangan mereka malam itu diteruskan dengan isu Hyunwoo yang mula berasa geram kerana tidak boleh minum minuman dingin dalam amaun banyak kerana dia perlu memastikan keadaan suaranya tetap baik bagi mencapai not suara tinggi dan Junmin yang meluahkan rasa kekesalannya apabila ada antara mereka yang melampau-lampau mengusiknya .

Sebaik sahaja Jumin berkata begitu, mereka semua terdiam .

" Hyung .. "

" Kami tak sangka pula kami dah melampau. "

" Kami minta maaf .. "

" Kami tak sedar perbuatan kami akan buat hyung tak selesa . " ;

Itulah antara respons yang kedengaran .

Jinsik yang clingy itu segera merangkul lembut sang hyung yang dibicarakan .

Junmin tersenyum tipis .

" Tak apa . Terkadang bukan kamu semua yang melampau, hyung saja yang can't really take it well .

Inilah tujuan kita adakan sesi luahan hati ni.

Supaya kita boleh baiki kekurangan yang ada .

Maafkan hyung juga sebab hyung bukan tipikal orang yang boleh terima prank atau sebarang gurauan dengan baik . "

Tanpa sedar Junmin mula mengalirkan air mata . Pandangan redup dan serba salah setiap ahli kumpulan tertumpu kepadanya.

Suasana kembali hening .

Hanya esakan dan kata pujukan kecil yang kedengaran .

Terdengar juga pengakuan salah serta permohonan maaf daripada Yechan, Hunter, Sumin dan Jinsik yang sering mengusik hyungnya yang berhati lembut itu .

Sesi itu diakhiri dengan setiap member yang berbahagi pelukan hangat serta kata-kata pemangkin semangat dan maaf antara satu sama lain.

Mereka masih belum boleh beredar kerana sesi perbincangan sesama ahli kumpulan ini bukannya acap kali terjadi .

Jadi sesi ini biasanya akan ditutup dan dirumuskan secara ringkas oleh Leader mereka , Minjae .

" .. dengan semua yang kita bincangkan tadi , semoga semua member dapat figure out apa yang perlu kita perbaiki dan utamakan .

Untuk Sumin, Yechan dan Hyunwoo . Tetap jaga pemakan. Jangan banyak makan makanan pedas dan minuman sejuk. Kerongkong kita nak pakai lama.

Macam yang kita dah bincang tadi, cuba hadkan dan consume these things secara berkala.

.. untuk kes Jinsik dan Seeun. Tak mengapa, kekok dan rasa malu itu biasa. Tak jadi masalah, selagi kamu berdua yakin dan tak sibuk fikir tentang akan memalukan diri sendiri, semuanya akan baik-baik sahaja .

Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now