Die for You | Junminjae

46 6 11
                                    

• My first attempt writing a horror themed one-shot.

(It turned out to be an angst chapter)

- Might be bosan sebab banyak ayat penyata.

.

.

TW ; mention of blood and some other disturbing scenes.

.

.

.

Akan ada yang terkorban dan ada yang perlu merelakan pemergian pasangannya.

Sama ada saya atau awak

Sama ada saya atau awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.

.

Junmin meremat dadanya kuat.

Detak jantungnya yang memacu laju sedaya upaya dia cuba tenangkan.

Sedari tadi, kaki longlainya tidak berhenti berlari.

Dia perlu terus bergerak maju, pantas tanpa terjatuh.

Sekali dia tersungkur atau tersadung sahaja, semua perjuangan Minjae akan menjadi sia-sia.

.

.

.

Darah yang mengalir dari mulut serta lengannya dibiarkan merembes mengotori kemeja putihnya.

Sekilas, senyuman tipis terbit di bibirnya.

Minjae akur, inilah pengakhirannya.

Pandangannya berubah kelam, kepalanya yang berdenyut diabaikan.

Kemeja putih nan suci itu ternoda oleh merah.

Benci, kemeja kesayangan pemberian Junminnya itu terlencun dek darah.

Namun timbul rasa gembira dalam pilu baginya kerana dia tahu bahawa kemeja ini jugalah yang akan menemani detik hembusan nafas terakhirnya.

Berkorban atau terkorban.

Walaupun seribu kali dia hidup, dia akan tetap melindungi dan berkorban segalanya buat Junmin.

Tiada sebarang penyesalan.

Minjae tidak akan pernah dapat berfikir bagaimanakah caranya untuk dia meneruskan kehidupannya tanpa Junmin.

Disebabkan itulah dia tekad.

Menjadi taming yang menghadang Junmin daripada menjadi korban seterusnya.

Minjae tidak tahu apa yang menggigitnya, yang pasti hanyalah makhluk itu ialah hasil ujikaji haram yang berleluasa di makmal usang ini.

Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now