Fairy Sumin - Hasrat Yechan

14 4 0
                                    


• Awal dari Segalanya

Awal dari segalanya ?

- Kisah Yechan ;
Dua tahun lalu.

.

" Hyungdeul, masa rehat dah habis.
Mari kita sambung berlatih. ", suara Yechan kedengaran.

" Dah sampai dah ketua kecil kita ni, hm. " , perli seorang rakan pelatih.

" Dengan suara nyamuk, high pitchnya lagi, nak rap ?
Macam tak sesuai ja, hahaha. "

" Tulah, suara budak belum akil baligh. "

"HAHAHA."

Yechan hanya berlalu pergi tanpa kata.

Dia sudah lali.

Para trainee di sini tidak melayaninya dengan baik. Benar, Yechanlah yang paling muda di situ namun Yechan jugalah yang paling lama berlatih di situ.

Dia masuk ke KQ Entertainment pun kerana dia dicadangkan oleh pihak akademi tariannya dahulu.

Ikutkan perancangan awal, Yechanlah yang seharusnya menjadi ketua kumpulan. Kiranya, dia pasti akan debut.

Kerana itulah dia dilayani dengan sangat buruk oleh trainee lain.

Mereka dikaburi hasad yang mengatakan bahawa hanya kerana Yechan telah lama berlatih di sini, dia telah ada 'tiket' untuk debut.

Mereka tidak menghormatinya selayak ketua kerana mereka semua lebih tua daripada Yechan.

Ada juga yang tak habis-habis mempertikaikan skil menari serta rap Yechan. Katanya, mereka lebih baik daripada apa yang anak kecil itu hidangkan.

Hari-hari Yechan sebagai trainee ditempuhi dengan penuh syahdu.

Setiap hari ini dia berfikir;

Akan debutkah dia ?

Dapatkah dia pergi jauh ?

Betulkah apa yang dia pilih ini ?

Jalan ini .. Benarkah buatnya ?

Yechan cuba untuk kuat.

Hari berganti minggu seterusnya berubah bulan.

Dia tak tahan.

Mereka mula memulaukan dirinya.

Tanggungjawab Yechan untuk memastikan semua urusan trainee dan latihan berjalan lancar.

Jadi tiada salahnya apabila
Yechan mengadukan perihal trainee yang tidak berdisiplin.

Ada yang lewat, suka bermain-main, tidak serius ketika berlatih, kegiatan membawa masuk makanan berat serta meninggalkan sisa dan bekas makanan di dalam bilik latihan.

Makin lama makin menjadi pula perangai mereka.

Dia buntu.

Pernah beberapa kali juga dia terfikir untuk.. berhenti . Tarik diri, ubah kepada syarikat trainee yang lain.

Namun semua itu tetap dicubanya untuk ditegah seterusnya hasrat itu dihumban jauh-jauh.

Dia tidak begitu gemar untuk menjadi ketua.

Di sini juga dia tidak ada rakan sebayanya.

Malam itu, Yechan tertidur di dalam bilik latihan berendamkan air mata.

.

.

.

Yechan terjaga dari tidur.

Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now