Dating App • Seeun × Yujun

26 6 4
                                    

• Penulisan separa baku.

.
  .
    .

Hidup sebagai student ni payah ya ?

Terkejar-kejar sana, tak cukup duit situ, lelah sini, kebulur situ.

Aish, macam-macamlah.

Nak bekerja sambilan boleh, cuma sekarang dah start busy, tahun depan dah nak intern.

Kalaulah.. kalaulah ada apa-apa yang boleh membant--

Ting !

»

Hi, keberatan tak mahu kenalkan diri awak pada saya ?

Saya Seeun, 24.

Kerja di Bank Flora, District 06

.

" Oh, adakah ini jawapan kepada rungutan aku tadi ? "

Baru setahun jugalah aku install dating app ni .

Semestinya, setiap profile di sini aku taruhkan curiga.

Tapi, apa kata...

Sekali ni saja, aku cuba ?

Kalau terasa ada baur-baur catfish atau scammer ke, aku larilah. Hehe.

Profil si penghantar pesanan tadi aku buka.

Park Seeun
24 tahun
District 09, Flora Golly

Kelihatan begitu meyakinkan.

Kerana semua gambar-gambar di postingnya memaparkan wajah insan yang sama.

Setelah berasa begitu yakin, Yujun menaip;

" Send me a video of you touching your forehead sambil baca sifir tiga dulu.

Then I'll trust you. "

Kedengaran agak tidak masuk akal. Namun itulah hakikatnya.

Kecanggihan AI sekarang sungguh memudaratkan. Ramai yang tertipu kerana teknologi ini mampu memanipulasi semua orang.

Wajah dan suara begitu mudah untuk ditiru. Seram.

A video has been sent

Play

.

.

Yujun tersenyum kecil sebaik sahaja teringat bagaimana awal kisahnya berkenalan dengan si Seeun dari dating app.

Setakat ini, mereka masing-masing kenalan di balik layar.

Sepulangnya dia dari kuliah, dia terus merebahkan diri ke atas katil kemudian menilik telefonnya.

Sudah seminggu dia berbual dan berkenalan dengan Seeun ini.

Setakat ini, memang tiada apa yang mencurigakan.

Mereka juga sudah saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Setelah memenuhi syarat Yujun dalam video yang dihantarnya tempoh hari, Yujun memberanikan diri untuk berpanggilan video dengan insan itu.

Seeun berkongsi kisahnya. Mengapa dia terjerumus ke dalam aplikasi ini.

Dia baru sahaja putus cinta.

Buat ketiga kalinya dengan bekas kekasihnya. Empat tahun mereka menjalin hubungan, namun hampa apabila si dia tetap berperangai liar.

Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now