"Alaaa , jom lah Syifa teman aku . Please ~" Pujuk Shazana . Dia meminta Syifa untuk menemaninya berjumpa dengan kekasih hatinya , Arjuna . Syifa memandang Shazana sebelum menghembuskan nafas berat .
"Ish , fine . Aku teman kau ." Jawab Syifa . Shazana sudah tersenyum lebar kemudian dia memeluk Syifa .
"Thank you Syifa , nanti aku belanja kau makan chicken chop dengan restoran favourite kau tu ." Kata Shazana . Syifa hanya tersenyum dan mengangguk kepala .
-----------------------------------------------------------
Arjuna kini berada di cafe ditemani oleh sahabatnya , Justin .
"Lambat lagi ke awek kau ni Juna ?" Keluh Justin .
"Kejap lagi sampai lah tu ."
Setelah sekian lama menunggu akhirnya orang yang dinantikan oleh Arjuna telah tiba .
"Mika !" Sapa Shazana . Mika adalah nama gelaran manja yang dipanggil Shazana kepada Arjuna manakala Arjuna pula memanggil Shazana dengan gelaran Anna .
"Anna , sampai pun . Kenapa lambat ? Mika rindu tahu tak ?" Tanya Arjuna dengan nada yang sedikit manja .
Justin sudah memasang muka geli melihat si sahabat yang tiba-tiba menjadi manja . Haih , nasib baik kawan kalau tak memang dah lama kena lempang .
"Oh sorry , tadi Anna kena pujuk Syifa dulu suruh teman Anna ." Jelas Shazana .
"Oh , mana dia ?" Tanya Arjuna sambil mencari kelibat Syifa . Anna berpusing mencari Syifa .
"Eh , tadi dia ikut Anna . Mana pulak dia pergi ?" Shazana memasang muka pelik .
Justin berdehem . Diaorang ni kalau boleh bersweet sampai lupa kewujudan Justin di situ . Haih , nasib kau lah Justin . Siapa suruh single .
Shazana menghiraukan Justin , dia mencari kelibat Syifa . Mana pula lah sahabatnya ni . Tidak lama kemudian , kelibat Syifa kelihatan .
"Syifa !" Panggil Shazana . Syifa kemudian dengan pantas menuju ke arah Shazana .
"Sorry , aku kena jawab call abang aku dulu tadi . Aku nak bagitahu kau tapi kau jalan laju sangat ." Jelas Syifa . Shazana mengangguk faham .
Justin memandang Syifa .
Damn , cantik macam bidadari .
Syifa menyedari bahawa Justin sedang memandangnya lalu dia tersenyum manis kepada Justin .
Justin dapat rasakan debaran hebat di dadanya . Sah , dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan Syifa .
Dia memberanikan diri untuk menyapa Syifa .
"Hai Syifa , Im Justin ." Sapa Justin .
Arjuna memandang Justin pelik .
Aik , tak pernah-pernah dia tegur perempuan . Dia kena sampuk ke ?
"Hai Justin , nice to know you ." Sapa Syifa sambil tersenyum .
Shazana dan Arjuna hanya memandang mereka yang saling menyapa itu .
"Mika rasa , Justin dah jatuh hati dengan Syifa lah ." Bisik Arjuna perlahan kepada Shazana agar tidak di dengari oleh Justin dan Syifa .
Shazana hanya mengangguk kepala tanda dia menyetujui apa yang dikatakan oleh Arjuna .
Justin yang sedar dirinya diperhati oleh sepasang kekasih itu terus berdehem .
"Korang nak pergi mana lepas ni ?" Tanya Justin .
YOU ARE READING
aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ]
Fanfictionjodoh memang di tangan tuhan , tuhanku atau tuhanmu ?