Shazana dan Dania kini berada di rumah Syifa bagi menolong menyiapkan persiapan perkahwinan Syifa dan Rykarl .
Puan Suraya menghidangkan minuman kepada mereka .
"Jemput minum dulu ." Pelawa Puan Suraya .
Shazana dan Dania hanya tersenyum .
"Terima kasih umi ." Kata Shazana .
"Sama-sama ." Kata Puan Suraya .
Dania memandang sekeliling .
"Mana pergi bakal pengantin kita umi ?" Tanya Dania .
"Oh , dia ada tu kat dalan bilik ." Jawab Puan Suraya .
"Kitaorang pergi tengok dia sekejap ye umi ." Pinta Shazana .
Puan Suraya menganggukkan kepalanya .
"Pergilah ." Kata Puan Suraya .
Kemudian Shazana dan Dania pun pergi ke bilik Syifa .
Shazana mengetuk pintu bilik Syifa .
Syifa membuka pintu biliknya .
"Oh , korang . Masuklah ." Pelawa Syifa .
Shazana dan Dania kemudian masuk ke dalam bilik Syifa lalu duduk bersama dengan Syifa di atas katil .
"Apa perasaan kau sekarang ?" Tanya Dania .
"Mestilah aku nervous , esok dah nak jadi bini orang ." Jawab Syifa .
Shazana dan Dania faham apa yang Syifa rasa saat ini kerana itulah apa yang mereka rasa ketika mereka hendak berkahwin dulu .
"Kau betul ke nak kahwin dengan mamat tu Syifa ?" Tanya Shazana .
Syifa memandang Shazana .
"Ye lah , ada nampak macam aku main-main ke ? Dah kenapa kau tanya macam tu ?" Tanya Syifa .
"Tak ada lah , cepat sangat kau move on dari Justin ." Kata Shazana .
"Dah kitaorang memang tak ada jodoh , nak buat macam mana kan ? Nak tak nak aku kena terima kenyataan jugak ." Kata Syifa .
Dania memandang dua orang sahabatnya itu .
"Dah dah lah tu Shazana , dah memang jodoh Syifa dengan si Rykarl tu . Kita nak buat macam mana lagi . Kita doakan je lah supaya diaorang ni bahagia selalu ." Kata Dania .
Syifa menganggukkan kepalanya tanda setuju .
"Betul cakap Dania tu . Aku sendiri dah redha dengan takdir aku , kenapa kau nak sedih pulak ?" Kata Syifa .
Shazana mengeluh .
"Ye lah , apa-apa je lah asalkan kau bahagia ." Kata Shazana .
Syifa tersenyum .
Kemudian dia memeluk dua orang sahabatnya itu .
Alangkah indahnya jikalau saat ini Angelina juga turut ada bersama mereka .
-----------------------------------------------------------
Rykarl memandang sepasang baju melayu yang tergantung rapi itu .
Ya , itu merupakan baju yang akan dipakainya untuk majlisnya besok .
Dia menghembuskan nafas berat .
Sepatutnya dia bahagia saat ini kerana dia akan berkahwin dengan gadis yang dia sukai .
Tetapi mengapa hati dia berasa tidak tenang ?
Seolah-olah ada perkara yang tidak kena .
"Ya Allah , kau permudahkanlah urusan ku Ya Allah ." Kata Rykarl .
YOU ARE READING
aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ]
Fanfictionjodoh memang di tangan tuhan , tuhanku atau tuhanmu ?