Justin melihat sekelilingnya .
Dia kini berada di rumah yang dia tinggal bersama sahabat-sahabatnya itu .
Dia terasa sunyi .
Ye la , Daniel dan Arjuna sudah berkahwin dan mempunyai kehidupan masing-masing .
Dia menghembuskan nafas berat .
Tiba-tiba dia teringatkan Syifa , gadis yang di cintanya itu .
Ya , dia masih mencintai Nurul Syifa dengan sepenuh hatinya walaupun mereka telah rasmi berpisah .
Tidak dia sangka gadis itu telah menjumpai pengganti dirinya .
Tapi apakan daya , ini semua sudah takdir .
Dia mencintai gadis itu dan kerana itu dia sanggup korbankan perasaannya untuk kebahagiaan gadis itu .
Dia tidak mahu Syifa menjadi anak derhaka dengan mempertahankan hubungan mereka .
Tiba-tiba pintu rumahnya di buka .
Dia melihat ke arah pintu .
Terlihat Daniel dan Arjuna yang baru memasuki rumah .
Justin memandang mereka pelik .
Kenapa diaorang balik sini ?
"Ada apa korang balik sini ni ?" Tanya Justin .
Daniel dan Arjuna melabuhkan punggung bersebelahan dengan Justin dan kini Justin sedang duduk di antara mereka berdua .
"Amboi , macam halau ye ." Kata Daniel .
Justin menggelengkan kepalanya .
"Bukan halau tapi pelik je . Korang dah kahwin kan and ada rumah sendiri tapi kenapa still balik sini ?" Tanya Justin .
"Oh , kitaorang balik sebab nak ambik barang kitaorang yang still ada kat sini ." Jawab Arjuna .
Justin mengangguk faham .
"Kau bila pulak nak balik Korea ni ?" Tanya Daniel .
Justin tersenyum kecil .
"Aku akan stay kat sini , uruskan syarikat bapak aku kat sini ." Jawab Justin .
Daniel dan Arjuna terkejut dengan pernyataan Justin tersebut .
"Sejak bila bapak kau ada syarikat kat sini ?" Tanya Arjuna .
"Dah lama , aku pun baru tahu sebab selama ni bapak aku rahsiakan dari aku ." Jawab Justin .
"So kau balik Korea selama ni untuk apa ?" Tanya Arjuna .
"Untuk belajar tentang selok belok syarikat dengan bapak aku lah ." Jawab Justin .
Daniel dan Arjuna mengangguk faham .
Daniel menepuk bahu Justin .
"Welcome back bro ." Kata Daniel .
"Thanks tapi lepas ni mesti aku sunyi duduk rumah ni sorang-sorang ." Jawab Justin dengan nada yang agak sedih .
Daniel dan Arjuna tersenyum kecil .
"Kalau macam tu kau kena cepat-cepat cari orang rumah lah Justin ." Usik Daniel .
Justin melihat Daniel .
"Huh ? Orang rumah ? Maksudnya kau nak aku cari penyewa ke ?" Tanya Justin .
Arjuna menepuk dahinya .
Ya Allah Justin , harap muka je handsome tapi otak bengap .
"Maksud Daniel tu , cari bini bukan cari penyewa bengap ." Kata Arjuna .
YOU ARE READING
aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ]
Fanfictionjodoh memang di tangan tuhan , tuhanku atau tuhanmu ?