part 12

55 7 26
                                    

Daniel dan Dania kini berada di taman di sekitar kawasan kolej mereka .

Dania mengajak Daniel untuk berjumpa kerana ada hal yang dia perlu cakap dengan Daniel .

"Hal apa yang you nak cakap dengan i Dania ?" Tanya Daniel .

Dania menghembuskan nafas berat sebelum duduk di atas kerusi yang ada situ .

Daniel memandang Dania .

Nampak macam kes berat je .

Dania memandang Daniel dengan pandangan yang serius .

"Family i nak jodohkan i dengan orang lain ." Luah Dania .

Daniel terkejut .

Dania bakal dijodohkan ?

"Habis tu you setuju ke ?" Tanya Daniel dengan nada serius .

Dania menggelengkan kepalanya .

"I buntu Daniel , i sayangkan you tapi dalam masa yang sama i tak nak jadi anak derhaka ." Dania hampir menangis .

Daniel mengeluh .

Mengapa begitu sulit sekali ujian mereka ?

"Biar i jumpa family you ." Cadang Daniel .

Dania memandang Daniel .

"Kalau family i tak terima you ?"

"Belum cuba belum tahu Dania , suka tak suka itu belakang punya cerita yang penting i pergi jumpa diaorang dan buktikan yang i ikhlas sayangkan you ." Terang Daniel .

Air mata Dania mula mengalir .

Sungguh dia terharu dengan semangat Daniel .

Daniel yang menyedari Danie menangis itu dengan segera mengelap air mata Dania .

"Don't cry , i tak suka tengok bidadari i menangis ."

Dia bertekad , walau apa pun ujian yang akan datang . Dia tidak akan mengalah dalam hubungannya bersama Dania kerana dia benar-benar tulus mencintai gadis itu .

-----------------------------------------------------------

Syafiq berada di hadapan rumah sewa Syifa . Dia datang bersama sahabatnya . Sengaja dia mahu menjumpai adiknya itu untuk melepas rindu .

"Assalamualaikum ."

"Eh , sapa pulak yang datang ni . Abang JnT ke ?" Kata Shazana yang mendengar orang memberi salam itu .

Dia mengintai dari dalam rumah .

"Oh , abang Syifa ." Dia dengan segera pergi ke bilik Syifa kemudian dia mengetuk bilik sahabatnya itu .

"Syifa oo Syifa ." Panggil Shazana .

Syifa membuka pintu biliknya .

"Ye ? Ada apa kau panggil aku ?"

"Abang kau datang tu kat luar ." Kata Shazana .

Syifa memasang muka pelik .

Dah kenapa abang dia datang ?

Dia dengan segera mengenakan tudung sarung kemudian pergi untuk berjumpa dengan abangnya .

"Abang , kenapa abang datang ?" Tanya Syifa sebaik saja membuka pintu rumahnya .

Syafiq tersenyum melihat adiknya itu .

Syifa melihat ada seseorang yang datang bersama abangnya .

Siapa pula dia ni ?

"Haih , tak kan tak boleh nak datang jumpa adik abang ni ." Kata Syafiq .

"Tak kan lah abang datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa adik je ?" Tanya Syifa .

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now