Shazana mematikan panggilannya bersama Arjuna .
Mereka berada di ruang tamu rumah Syifa .
Syifa memandang Shazana .
"Arjuna cakap apa ?" Tanya Syifa .
Shazana sudah tersengih seperti kerang busuk .
Syifa memandang Shazana pelik .
Dah kenapa minah ni ? Dah buang tabiat ke ?
"Kau dah kenapa ni tersengih macam orang tak betul je aku tengok ." Kata Syifa .
"Arjuna cakap , dia nak kitaorang kahwin bulan depan !" Kata Shazana dengan gembira .
Terkejut beruk Syifa dibuatnya .
"Bulan depan !? Kau nak kahwin bulan depan !?" Tanya Syifa tidak percaya .
"Sape nak kahwin ? beruk ni ke ?" Sampuk Syafiq yang tiba-tiba muncul entah dari mana .
Terkejut Syifa dan Shazana dibuatnya .
"Kau ada masalah mata ke ? Ke dulu kau tak sekolah sampai tak boleh bezakan beruk dengan manusia ?" Tanya Shazana geram .
Ada ke patut muka dia yang lawa macam Anna Jobling tu dipanggil beruk ?
Tak patut , tak patut .
"Whatever tapi serius lah kau nak kahwin ?" Tanya Syafiq .
"Haah , kenapa ?" Tanya Shazana .
"Tak ada , saja tanya . Ada ke orang nak dengan kau ni ? Muka macam makcik kantin ." Kata Syafiq .
Shazana memandang Syafiq tajam .
Syifa sudah menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku Syafiq dan Shazana .
Daripada zaman sekolah memang bergaduh je kerja dua orang ni .
Macam anjing dengan kucing .
"Mestilah ada orang nak aku , aku kan lawa . Bukan macam kau , muka macam tukang kebun sekolah sebab tu single sampai sekarang ." Balas Shazana .
Syafiq tetap kelihatan tenang .
"Aku single at least jauh dari maksiat ." Kata Syafiq .
"Memang sampai ke tua lah kau hidup single ." Kata Shazana .
Syifa yang dari tadi memerhatikan mereka berdua mulai bersuara .
"Dah , tak payah gaduh . Korang ni tak pernah berubah . Dari zaman sekolah sampailah sekarang , asyik bergaduh ke kerja ." Kata Syifa .
Syafiq dan Shazana terdiam mendengar kata-kata Syifa .
"Umu dengan walid mana dik ?" Tanya Syafiq .
"Diaorang keluar ." Jawab Syifa ringkas .
"Oh , kalau macam tu aku nak keluar jugak lah . Malas duduk serumah dengan makcik kantin ni ." Kata Syafiq kemudian dia berlalu pergi .
Shazana hanya berdiam , malas mahu melawan .
Syifa kembali memandang Shazana .
"So kau duduk sini sampai bulan depan la ?" Tanya Syifa .
Shazana mengangguk kepalanya .
"Ye , boleh kan ?" Tanya Shazana .
"Boleh je ." Jawab Syifa sambil tersenyum .
"Btw , kau dengan Justin macam mana ? Okay ?" Tanya Shazana .
Syifa menggigit bibir bawahnya .
Alamak , kenapa Shazana tiba-tiba tanya pasal dia dan Justin ni .
"Err ... Sebenarnya ..." Syifa teragak-agak untuk bercakap .
YOU ARE READING
aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ]
Fanfictionjodoh memang di tangan tuhan , tuhanku atau tuhanmu ?