part 13

52 8 59
                                    

Daniel sedang menonton cerita kegemarannya 'The Marvels' di televisyen .

Arjuna yang baru turun dari biliknya itu terus duduk di sebelah Daniel .

"Tengah buat apa tu ." Tanya Arjuna .

Daniel menjeling Arjuna .

Sudah terang lagi bersuluh dia sedang menonton televisyen tapi si Arjuna boleh bertanya lagi .

"Tengah cuci taik gajah ni , ko tak nampak ke ? Dah nampak aku tengah tengok tv ni still nak tanya lagi ." Perli Daniel .

Kini Arjuna pula menjeling Daniel .

Eii mamat ni , memang konsep hidup dia suka perli orang ke macam mana ?

Arjuna memandang sekeliling .

"Justin dengan Kevin mana ?" Tanya Arjuna .

"Kevin cakap tadi dia nak pergi gereja , hari ni kan hari ahad lepastu dia cakap dia nak keluar pergi beli barang baby dengan Angel . Kalau Justin aku tak tahu dari tadi tak nampak batang hidung , maybe dia dah pergi gereja awal-awal lagi ." Jawab Daniel .

Arjuna mengangguk faham .

"Sape cakap aku pergi gereja ?" Kata Justin yang tiba-tiba muncul .

Daniel dan Arjuna terkejut .

Astaghfirullahalazim , ini kalau ada sakit jantung memang dah lama kembali jumpa Tuhan .

"Kau ni Justin , terkejut aku . Nasib baik aku takde sakit jantung kalau tidak memang membujang si Anna aku ." Kata Arjuna .

Justin dan Daniel membuang muka , menyampah .

"Kau tak pergi gereja harini ?" Tanya Daniel .

Justin hanya menggelengkan kepalanya kemudian dia duduk di atas sofa .

Daniel dan Arjuna memandang Justin pelik .

Setahu mereka Justin ni orang yang berpegang teguh kepada agamanya , tidak pernah lagi Justin ponteng pergi ke gereja .

"Tak pernah kau tak pergi gereja ni , kau ada masalah ke ?" Tanya Daniel .

Justin sekali lagi menggelengkan kepalanya .

"Sebenarnya , aku nak minta tolong dengan korang ." Kata Justin .

Daniel dan Arjuna saling memandang satu sama lain sebelum mereka kembali memandang Justin .

"Tolong apa tu ? Kalau kitaorang boleh tolong insyaallah kitaorang tolong ." Kata Daniel .

Kemudian Justin menceritakan apa yang dia mau mereka menolongnya .

-----------------------------------------------------------

Syifa baru selesai menunaikan solat zohor .

Dia melipat sejadah lalu di letakkan di atas katil kemudian dia duduk di atas katil .

Tiba-tiba telefonnya berdering .

Dia dengan segera mengambil telefonnya kemudian dia melihat siapa yang menelefonnya dan orang itu adalah Justin .

Syifa tersenyum kemudian dengan segera dia menjawab panggilan itu .

"Hai sayang "

Syifa tersenyum selepas mendengar suara Justin .

Dia merindui suara itu . Sejak kebelakangan ini mereka agak sibuk jadi kurang luangkan waktu bersama .

"Hai , kenapa you call ni ?"

"Aik , dah tak boleh ke i nak call you ?"

Syifa tergelak kecil .

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now