part 2

92 13 8
                                    

Syifa kini berada di dalam kereta bersama Justin . Setelah sekian lama mereka berbual , Justin kemudiannya menawarkan diri untuk menghantar Syifa pulang .

Sejujurnya , Syifa sudah merasa selesa bersama Justin . Justin sangat la baik terhadap malah dia menghormati Syifa sebagai perempuan .

Setelah 15 minit pemanduan , kini mereka tiba di destinasi iaitu rumah sewa Syifa bersama sahabat-sahabatnya .

"Syifa duduk sini berdua dengan Shazana je ke ?" Tanya Justin setelah memberhentikan keretanya di hadapan rumah itu .

Syifa menggelengkan kepala .

"Tak , kitaorang duduk sini berempat ." Jawab Syifa .

Justin mengangguk faham lalu tersenyum kepada Syifa .

"Terima kasih sebab sudi hantar Syifa balik ." Ucap Syifa sambil tersenyum manis .

Justin memandang wajah Syifa yang sedang tersenyum itu .

Senyuman itu , sangat manis di pandang .

"Sama-sama , Syifa . But the way . Kalau nanti Justin nak ajak Syifa keluar , Syifa sudi tak ?" Tanya Justin .

Syifa hanya menggangguk perlahan .

"Boleh je , Syifa masuk rumah dulu okay ? Justin drive elok-elok tau ." Kata Syifa kemudian dia turun dari kereta .

Syifa tersenyum kepada Justin kemudian melambaikan tangan kepadanya .

Justin tersenyum kemudian memandu pergi dari perkarangan rumah sewa Syifa .

Damn , im already fall in love with her .

Setelah kelibat kereta itu hilang dari pandangan matanya , Syifa pun melangkah masuk ke dalam rumah .

"Assalamualaikum ."

"Kau balik dengan boyfriend ke Syifa ?" Tanya Dania yang dari tadi mengintai Syifa daripada jendela . Syifa terkejut .

"Ish kau ni Dania , terkejut aku . Kot ya pun , jawab lah salam aku dulu . Dania tersengih .

"Hehe , waalaikumussalam ." Dania menarik tangan Syifa dan mereka duduk di sofa .

"Boyfriend kau ke yang hantar kau tadi ?" Tanya Dania . Syifa hanya berdiam .

"Tapikan tu bukan Justin ke ?" Tanya Dania lagi .

"HAH ! SIAPA ? " sergah Angelina yang datang daripada dapur . Dari tadi dia hanya mendengar perbualan dua orang sahabatnya itu .

Syifa dan Dania terkejut .

"Ish kau ni Angel , terkejut aku . Nasib baik aku tak ada sakit jantung kalau tidak sia-sia je aku mati tadi ." Kata Dania .

Angelina menundukkan kepalanya sikit sebagai tanda minta maaf kemudian dia juga turut serta duduk di sofa itu .

"Yang hantar kau balik tadi Justin kan ?" Tanya Dania lagi . Dania dan Angelina kini memandang Syifa , menantikan jawapannya .

Syifa menghela nafas kemudian menjawab .

"Ye , yang hantar aku balik tadi tu Justin."

Dania dan Angelina sedikit terkejut .

"Kau dengan dia ada apa-apa ke Syifa ?" Kini Angelina pula yang bertanya .

Syifa menggelengkan kepala .

"Aku baru je kenal dia . Macam ni cerita nya , tadi aku teman Shazana pergi jumpa Arjuna . Arjuna bawa Justin . Then masa aku sampai tiba-tiba kawan korang tu cakap dia ada hal dengan Arjuna lepas tu diaorang tinggalkan aku dengan si Justin tu sebab tu la tadi aku balik dengan dia . " Terang Syifa .

Dania dan Angelina mengangguk faham .

"Mengutuk aku ke ? Aku dengar ada orang sebut nama aku tadi ." Kata Shazana yang sedang turun tangga dari tingkat atas .

Syifa , Dania dan Angelina terkejut .

Haih , kenapa semua orang macam ni harini ? Suka main sergah dan buat orang terkejut .

Syifa memandang Shazana pelik .

"Bila masa kau balik Shazana ? Bukan ke kau ada hal dengan Arjuna ?" Tanya Syifa .

"Dah settle so aku balik lah dulu ." Jawab Shazana .

Syifa hanya mengangguk .

Shazana duduk di sebelah Dania kemudian dia memandang Dania dan Angelina .

"Korang punya assignment dah siap ? "

Dania dan Angelina serentak menganggukkan kepala .

"Aku naik atas dulu lah ye , nak bersihkan diri lepas tu solat sekejap ." Syifa meminta diri kemudian dia membawa diri ke biliknya .

----------------------------------------------------------

Justin merehatkannya dirinya di atas sofa . Dia terkenangkan wajah manis Syifa kemudian dia tersenyum sendiri .

Sah , dah dia dah angau .

"Jauh termenung , ingat kat sapa tu ?" Tegur Daniel yang sudah mengambil tempat di sebelah Justin .

Justin hanya tersenyum kecil lalu menggelengkan kepala .

"Member tengah angau tu ." Sindir Arjuna yang berada di meja makan .

Justin memandang Arjuna .

"Eh , bukan kau kata kau ada hal ke tadi ?" Tanya Justin pelik .

"Dah settle dah pun , macam mana date ? okay ?" Sakat Arjuna .

"Ha ? Justin date ? Dengan sape doe ?" Tanya Kevin yang juga turut ada disitu .

"Dengan Syifa , kawan awek-awek kita tu ." Jawab Arjuna .

Daniel dan Kevin terkejut lalu memandang Justin .

Justin mengangkatnya sebelah keningnya .

"Kau serius lah dengan Syifa ?" Tanya Daniel tidak percaya .

Justin menjeling tajam ke arah Arjuna .

"Takde lah , aku baru je kenal dengan dia tapi kalau boleh jujur memang aku dah jatuh hati dengan dia . " Kata Justin sambil tersenyum .

"Ahhh , cinta pandang pertama lah ni ." Sakat Kevin .

Justin hanya tersenyum kecil .

Ya , dia telah jatuh hati dengan Syifa bukan kerana wajah cantiknya tetapi kerana keperibadian Syifa . Syifa seorang yang lemah-lembut dan sopan-santun . Cara dia berpakaian pun sopan dan menutup aurat .

Justin memandang sahabat sahabat nya itu . Mereka melihat Justin dengan pandangan yang penuh tanda tanya .

"Aku nak minta tolong korang boleh ?" Tanya Justin .

"Tolong apa ?" Jawab Arjuna .

"Awek-awek korang kan berkawan dengan Syifa . Boleh tak minta tolong diaorang satukan aku dengan Syifa ?" Pinta Justin sambil tersenyum .

"Boleh tu boleh Justin tapi kau kena ingat yang kau tu kristen and Syifa tu muslim ." Kata Daniel .

Justin terdiam seketika .

Betul juga apa yang dikatakan Daniel tu .

Tapi sekarang ni ramai je yang bercinta dengan orang yang berbeza agama .

"Tapi aku betul-betul dah sayangkan dia Daniel ." Justin menunjuk riak wajah sedih .

"Ala , kalau diaorang bercinta sekali pun .. apa salahnya ? Don't worry Justin , aku akan tetap support kau . Nanti aku minta tolong dengan Anna ." Kata Arjuna sedikit memberi kepada Justin .

Justin tersenyum memandang Arjuna .

"Thanks bro ."

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now