part 22

43 10 27
                                    

"Habis tu ? Kau sukakan sape ? Justin ?" Sampuk Syafiq yang tiba-tiba datang itu .

Puan Suraya dan Syifa memandang Syafiq .

Syifa menelan air liur .

Alamak , kenapa la abang dia perlu datang waktu macam ni .

"Apa yang kamu cakap ni Syafiq ?" Tanya Puan Suraya .

"Kalau umi nak tahu , anak yang umi banggakan ni , anak yang umi walid didik dengan didikan agama dari kecik ni . Dia buat hal umi ." Kata Syafiq .

Dia tidak boleh bersabar lagi .

Baginya , Syifa sudah melampaui batas .

"Ha ? Apa maksud kamu Syafiq ?" Soal Puan Suraya yang tidak mengerti .

Syifa hanya menunduk dan mendiamkan diri .

"Kalau umi nak tahu , anak umi ni dia ada hubungan dengan si Justin tu ." Kata Syafiq .

Puan Suraya sedikit terkejut tapi dia masih tidak faham .

Anaknya ada hubungan dengan Justin ?

Hubungan seperti apakah yang dimaksudkan oleh Syafiq ?

"Syifa ada hubungan dengan Justin ? Hubungan apa ?" Soal Puan Suraya .

"Dia dengan mamat tu bercinta umi ." Jawab Syafiq .

Dia tersenyum sinis .

Puan Suraya memandang Syifa yang masih menunduk itu .

"Syifa , betul ke apa yang abang cakap ni ?" Soal Puan Suraya .

Syifa hanya mendiamkan diri .

Dia tidak tahu harus berkata apa .

"Mengaku je lah Syifa ." Kata Syafiq .

Syifa memandang Syafiq .

"Abang ni kenapa ? Kenapa buat adik macam ni ? Apa salah adik ?" Tanya Syifa bertubi-tubi .

Dia ingin menangis tetapi dia tahan .

"Kau boleh tanya aku apa salah kau ? Sini aku bagitahu apa salah kau . First , salah kau sebab bercinta dengan si Justin tu . Kau tahu kan , dalam islam couple tu haram ? Dah lah couple tu haram and berdosa lepas tu kau boleh pulak bercouple dengan orang yang bukan islam . Second , kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat dekat sana selama ni dik . Kau jangan ingat yang aku tak tahu yang kau selalu keluar berdua-duaan dengan dia siap makan bersuap bagai . Kau tak malu ke ? Kalau ada orang nampak , apa kata orang ? Anak Haji Syaiful dan Hajjah Suraya keluar berdua-duaan dengan lelaki siap makan bersuap bagai ." Bebel Syafiq .

Puan Suraya mengeluh .

Syifa pula hanya berdiam kerana apa yang dikatakan oleh abangnya itu adalah benar .

"Adik , aku dah cakap yang aku tak benci pun dengan Justin tu . Aku cuma tak suka kau bercinta dengan dia . Cinta tu buta dik . Kau sedar tak ? Sejak kau bercinta dengan dia , kau dah berani nak lawan aku . Aku ni bukan nak marah kau cuma aku tak nak kau terus buat perkara yang salah . Lagi satu , aku tak nak nanti kau kecewa sebab Justin . Ye lah , korang bercinta lah berapa lama pun tapi akhirnya nanti korang tak akan boleh bersama sebab tembok antara korang tu terlalu tinggi ." Terang Syafiq .

Syifa menghembus nafas berat .

"Nurul Syifa ." Panggil Encik Syaiful yang sebenarnya telah berada di situ sejak tadi .

Dia hanya memerhati dua orang anaknya itu dari tadi .

Syifa memandang Encik Syaiful .

"Wa-walid ." Syifa sudah tergangap .

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now