Hari ini merupakan majlis resepsi Justin dan Syifa .
Mereka memilih warna putih sebagai warna tema mereka .
( Justin dan Syifa )
Tidak ramai yang hadir di majlis tersebut kerana mereka hanya menjemput saudara mara yang terdekat sahaja .
Justin memandang Syifa .
Syifa juga turut memandang Justin kemudian dia tersenyum manis kepada suaminya itu .
Siapa sangka Justin adalah jodohnya ?
Daniel menepuk bahu Justin .
"Jangan lupa janji kau bro ." Kata Daniel .
Justin memandang Daniel kemudian dia mengangkat sebelah keningnya .
"Huh ? Apa ?" Tanya Justin yang keliru .
"Halah kau ni , buat-buat lupa pulak ." Sampuk Arjuna .
Justin masih tidak mengerti apa yang Daniel dan Arjuna cuba sampaikan .
Daniel dan Arjuna memusingkan mata mereka .
Justin ni memang lupa atau dia buat-buat lupa ?
"Kau ada janji yang kau nak sponsor kitaorang pergi honeymoon dengan kau ." Kata Arjuna .
Justin menganggukkan kepalanya .
Baru dia ingat .
"Ye lah , korang nak pergi honeymoon kat mana ?" Tanya Justin .
"Perancis ." - Daniel
"Jepun ." - Arjuna
Serentak Daniel dan Arjuna menjawab .
Justin menggelengkan kepalanya .
Mana satu diaorang nak pergi ni ?
"Kita pergi Perancis lah , aku nak date depan Eiffel Tower ." Kata Daniel .
"Banyak kau punya Eiffel Tower , aku nak date depan Tokyo Tower ." Kata Arjuna .
Justin hanya berdiam .
Sorang nak pergi Perancis , sorang lagi nak pergi Jepun .
Pening kepala kalau macam ni .
"Apa yang Perancis , apa yang Jepun ni ?" Tanya Syifa yang tiba-tiba muncul di sebelah Justin .
Justin memandang Syifa kemudian dia tersenyum kecil .
"Diaorang ni sayang . Sorang nak pergi honeymoon dekat Perancis , sorang lagi nak pergi honeymoon dekat Jepun ." Jelas Justin .
YOU ARE READING
aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ]
Fanfictionjodoh memang di tangan tuhan , tuhanku atau tuhanmu ?